Nuffnang

Showing posts with label south london. Show all posts
Showing posts with label south london. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

Rakyat Malaysia, Siti Aishah jadi hamba di London, keluarga dedah kisah sebenar

Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada akhbar British itu.


Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London. – 26 November, 2013.

Monday, 25 November 2013

Misteri siapa wanita Malaysia jadi hamba 30 tahun di London didedahkan

Hishamuddin Rais, mendedahkankan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Polis Britain belum mendedahkan identiti mereka tetapi memaklumkan sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Ketika itu Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia “New Malayan Youth” berhaluan kiri di London. Abang kepada Siti Aishah pernah meminta Hishamuddin mencarinya pada 1991, jelas Hishamuddin yang pernah hidup dalam buangan selama 15 tahun di Brixton, London pada lewat 1970-an.

Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung. “New Malayan Youth” adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin pulang ke Malaysia pada 1994 berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa “Colombo Plan”.

Akhbar Britain mendedahkan, pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi menurut Hishamuddin, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis enggan mendedahkan tetapi mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Polis berkata ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual dan tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul, lapor The Malaysian Insider.

Gambar atas, hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia.

Sumber Ekeleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang