Nuffnang

Monday 30 December 2013

Kejadian Yang Membinggungkan 30 Disember 2013

Pada 30 Disember 2013 pagi jam 8am aku berangkat ke tempat kerja sambil melihat sungai dibelakang rumah air nya cetek. dalam hati aku wah air tak naik. syukur lah.. sempat juga aku sembang dengan kak suraya jiran sebelah rumah yang membuka perniagaan kedai dhoby.

Hari ini di pejabat aku menyiapkan semua tugasan yang perlu di buat. seperti biasa juga aku masih meradang dengan Maybank cek yang aku terima hari itu masih floating 1 day sejak hari sabtu. Hari isnin pun floating.. 

Aku ke pejabat perbendaharaan untuk collect cek. memang sibuk sangat aku hari ini. banyak benda nak di urusakan. walaupun di pejabat sepi. sampai di Treasury mereka lagi sibuk main fire drill. tunggu lah lama.. 

OTW balik ke opis aku menerima berita baik. Cek HOTFM sudah sampai di pejabat. aku dapat tahu dari teman aku Razi. jadi aku sampai opis rehat kejap n keluar baik nak bank in check. memang remeh jugalah.. 

Maklumlah sejak minggu yang lalu kuching city memang hujan jer. mendung tapi alhamdulillah air sungai tak naik...alang-alang aku ke satok untuk urusan cek aku update terus TAC Maybank aku ke nombor telefon yang baru. mereka kata TAC ada masalah. lantak lah aku tak kisah pun.. yang penting aku sudah update TAC. dulu bagus-bagus dapat update kat ATM Mesin korang nak guna manual pulak.

Satu masalah timbul MyKad atau IC tak boleh nak baca pulak. Sah sah alamat surat menyurat aku di Kementerian. Minta driving lesen. urmmm apa lagi nak minta. Kad Perubatan memang aku kasih.. lepas tu Kad apa Kad Bonus Link bole no hal.. rasa orang asing je. tak cukup itu, Customer service tu siap tanya aku, bila tarikh akhir withdrawal duit. mana lah aku ingat.. lepas tu berapa jumlah.di ATM mana. waduh... bukan main mereka nie aku ni sah sah rakyat malaysia. bukan warga asing. korang tu kalau org yang betul korang tapis dalam dalam.. orang asing buat akaun bank guna IC palsu lepas pulak...hahahah lucu kan orang BANK ini...

semua urusan aku selesai hari ini balik ke Opis dengan memberi 2 set KFC huhuhu biasalah dah dapat RM1700.00 dari hotfm kena sharing-sharing ngan member opis.

Jeng Jeng jam 4:00pm seorang staff aku heboh bagi tau air naik mendadak. Adehhhh aku langsung tak percaya ingat mereka memain. tak lama lepas tu telefon Ibu sarinah maklum air sungai naik mendadak.. nah kompem aku kena balik. sebab rumah aku tepi sungai. 

aku dalam keadaan nervos balik memandu laju bagai nak berlumba. apa yg ada dalam otak aku adalh kucing kucing ku. mereka mesti basah kena air.. adehhhhh mula aku sampai memang sudah depan pintu utama air. aku mula mengemas barang barang penting dan hantar ke rumah atas. 

dalam keadaan berpeluh aku mengemas barang. simpan barang. semua aku main campak2 dalam kotak. aku binggung juga sebab barang penting dan diguna akan di masukkan dalam kotak lepas nie kompem aku lupa kat mana aku letak...

jam 7:00pm aku berehat kejap nak ke Mall beli gula. dan perbaharui Cosway member... wahhh RP aku ada 60 hebat kan.. kekek dapat lg baucar rm500. gila punya pasal...aku beli chopper...

Dalam pada itu, sempat nak BBQ plan asal malam besok 31 Disember 2013 kena buat awal.. takut nie lah banjir..,

jam 12:00 malam aku mandi ... wah memang memenatkan kompem besok lambat bangun...

Saturday 28 December 2013

Musim Hujan Tanda Berakhirnya Tahun Semasa

Sejak bulan november 2013, hujan lebat mula turun di Malaysia. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Sabah adalah negeri yang teruk di landa banjir akibat hujan lebat yang melanda.

Menurut Portal Banjir, Negeri Pahang mengalami masalah banjir yang teruk berbanding Terengganu dan Kelantan.


Source: http://portalbanjir.mkn.gov.my/ boleh cek di sini ye...


Namun Amaran berhati-hati gelombang ke dua hujan lebat telah di keluarkan yang memungkinkan banjir lagi telah di keluarkan. ini membolehkan semua penduduk membuat persiapan awal.

Namun aku bersyukur setakat ini Kuching esspecially rumah aku belum lagi masuk air. bersyukur sangat... kalau biasanya aku akan sibuk membersihkan rumah sebab rumah masuk air sungai bila hujung tahun begini. aku terus berdoa agar tidak banjir lagi....




Tuesday 24 December 2013

Kejadian Aneh di Sabah

hari ini 24 Disember 2013 cukup mengemparkan seluruh warga di Sabah dan Malaysia. Kejadian itu berlaku di Lahat Datu Sabah dimana ikan banyak menghampiri pinggir laut di saksikan ramai penduduk di kawasan itu.

Persoalan yang timbul kenapa ikan tersebut banyak menghampiri pantai tanpa disedari.

Kejadian aneh ini dikaitkan dengan kejadian Tsunami bakal berlaku samaada besar atau kecil. Mereka yang tinggal di pinggir pantai juga diberi amaran supaya beringat sentiasa berwaspada. walaupun tiada maklumat yang shahih namun disarankan agar semua penduduk berdoa agar kejadian yang tidak diingini dihindarkan.

Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.


Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996. 


Kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi kejadian bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....

Saturday 21 December 2013

My Convocation Day - @PWTC 14 Disember 2013 Sidang 2

Lima tahun yang lalu aku mengalami masalah kewangan yang serius. Sehinggakan kereta kesayangan aku terpaksa di Surrender ke pihak bank. Gara-gara aku tertipu oleh teman sepejabat untuk menyertai perniagaan shipping peralatan sony ke Brunei. 

Kalau hendak diikutkan duit yang aku labur itu, hasilnya dapat melangsaikan hutang-hutang, sambung belajar tanpa meminjam PTPTN, Kereta Habis Bayar atau dipendekkan bebas daripada hutang. Namun aku di tipu bulat-bulat.

Sejak itu, aku terpaksa berjimat cermat, macam-macam masalah bertimpa-timpa yang aku hadapi waktu itu. Ini betul-betul Ujian buat aku.

2009 aku memohon lagi untuk masuk OUM, permohonan aku berjaya untuk kali ke dua. Mei 2009 aku bergelar pelajar part time. Jika waktu itu aku tidak bertindak, tidak mungkin 2013 aku mendapat segulung Ijazah. 

waktu itu aku serba kekurangan, waktu itu aku cuma ada RM200 cash dalam tangan. aku perlukan rm500 lagi untuk mendaftar sebagai pelajar. Minimum payment waktu itu RM700. 

Aku pinjam duit RM500 dari kawan aku sendiri. Baki yuran aku selesaikan dengan menggeluarkan wang KWSP. Waktu ini aku naik motorsikal ke Kelas. jam 6:00am dah berangkat ke OUM. Batu 10 tu jauh sangat dari rumah..jalan ke batu 10 ni bukan apa lori-lori besar dan laju melalui jalan ini. sebab itu aku turun awal. kalau balik kelas petang aku kena balik jam 5:00pm sebab waktu tu dah sepi. kelas biasa sabtu n ahad. cuma pagi and tengahari je sibuk jalan nie...

Aku pernah turun exam final hujan lebat. tengah perjalanan basah kuyup. macam mana nak exam.. namun semua itu tetap aku tempuh..kalau orang lain aku pasti tak nak turun exam.

itu adalah kisah aku sepanjang aku belajar di OUM demi untuk mendapatkan segulung ijazah. Aku bukan pelajar pandai, namun alhamdulillah aku graduate on time dan CGPA pun layak untuk sambung master. 

14 Disember 2013 hari yang amat bermakna. Akhirnya aku memijak Stage PWTC untuk menerima ijazah disaksikan oleh kedua orang tua aku. 

Niat aku sudah tertunai untuk membawa ke dua orang tua aku untuk melihat aku menerima ijazah. selain itu, itu adalah hadiah untuk kedua orang tua aku.


Aku berterima kasih terutama bos aku yang memahami aku kerja dan belajar. kalau tidak macam mana aku nak study sambil kerja.

Perancangan aku selepas ini untuk menyambung ke peringkat master. Menunggu ada rezeki lebih...

kalau ada duit sekarang... memang nak terus sambung,,,, jangan sesekali mengalah untuk mencapai kejayaan. Kena rehat dulu lah...mana tahu... tahun 2014 ada rezeki....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang