Nuffnang

Sunday 10 November 2013

Lanjutan Daripada Pembunuhan Pegawai Ambank


Sahabat pembunuh pegawai AmBank tunjuk aksi Ganas

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap Penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.

Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.

Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan ‘kawalan keselamatan’ bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah.

Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Persoalannya apakah tidak ada langsung pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ? Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing melakukan jenayah ?



Selain beraksi dengan senjata, pengawal keselamatan warga Indonesia ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang berada di Indonesia.

Mereka juga dilihat turut tidak suka memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya, kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Lihat saja gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook pembunuh pegawai Ambank , hampir kesemua gambar ‘pembunuh’ itu bergaya elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang ‘eksekutif’.

Kesimpulannya, ‘senjata api’ dan ‘gaya elit’, perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit, sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.

Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya. 


Justeru bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit, takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa mengekalkan penampilan ‘branded’ dan mewah itu .

Untuk mengekalkannya mereka tak mampu, mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Natijahnya, seorang pegawai bank mati ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim, mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?

Lima hari selepas kejadian pembunuh masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar. Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ? Bertindak biar tegas !!!

Dibawah juga adalah rakan Facebook kepada pembunuh, no I/C yang tertera di kad berkenaan tidak ada dalam rekod rekod SPR, nama yang digunakan di Facebook ialah Joemar Omar, berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia, terakhir aktif di FB pada 23 Oktober 2013. Mohon pihak KDN siasat, jika no I/C berkenaan palsu, bermakna……..Anda Mampu Mengubahnya.




Pembunuh Pegawai Ambank Berjaya Diberkas

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

“Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman… terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia,” ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.


Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Pada pendapat aku Mujur pegawai dan anggota PDRM bertindak cekap sebelum dia melarikan diri ke Indonesia , Ini kerana berdasarkan pendapat aku.


Titik A di atas, Jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi. Kampung Belungkor terletak bersebelahan Tanjung Belungkor. Penjenayah itu berasal dari Sulawesi di sebelah kanan peta di atas.


Jika diteliti peta di atas dan di bawah, lokasi lelaki Indonesia itu diberkas memudahkan dia menggunakan jalan laut, untuk menyusup ke Pulau Tekong, Pulau Batam dan Pulau Bintan. Mujur pegawai dan anggota PDRM bertindak cekap sekaligus meredakan kebimbangan masyarakat.

Jika penjenayah itu berjaya memboloskan diri ke negara asal, dia pasti tersenyum kerana memiliki wang tunai lebih RM400,000 di dalam tangan.


Apapun, itu hanya jangkaan saya. Maklumat lebih terperinci, In Sha Allah akan diperolehi dan dipaparkan oleh media cetak dan elektronik.

Berikutan tangkapan itu, aku jangkakan pelbagai maklumat akan terdedah.

1. Sumber MyKad palsu digunakan penjenayah itu selama ini?

2. Bagaimanakah dia mampu mengelirukan majikannya, Kawalan Prima Sdn. Bhd sehingga diberikan akses menggunakan senjata api?

3. Adakah dia berniat menembak mangsa? Atau akan mendakwa tertembak?

4. Wujudkah sindiket membawa masuk lelaki warga Sulawesi, mendapatkan MyKad palsu dan kemudian bertugas sebagai pengawal keselamatan haram di Malaysia

Majlis Konvo ke 15 OUM

Sedar tak sedar aku sudah habis belajar. Kalau dalam bahasa Melayu lengkap sudah menamatkan pengajian. hahahahah aku rasa macam semalam je masuk universiti alih alih dah nak graduate. 

Nama aku kelihatan dalam website MK15 OUM
memandangkan tarikh konvo ini 14.12.13 hari sabtu jadi aku kena Fly awal ke Kuala Lumpur. huhuhu aku bawa my mother, father n my sister. bercuti sambil berkonvo dah lama juga hajat nak bawa parent ke Kuala Lumpur. Inilah peluang nya.

08.12.13 - MH3692 KUCHING-SIBU
11.12.13 - MH2715 SIBU - KUALA LUMPUR
16.12.13 - OD1674 KUALA LUMPUR - SIBU
17.12.13 - MH3695 SIBU- KUCHING

Berdebar-debar ah...nanti jumpa di PWTC

Demam Akademi Fantasia Malaysia 2013

Logo AF 2013 Malaysia siap berputar-putar you olsss
AKADEMI FANTASIA 2013 GRAND FINAL
17 NOVEMBER 2013

Peserta Akademi Fantasia 2013 yang berjaya ke peringkat akhir hasil daripada penduduk malaysia yang memilih :

NABILA

Komen
Kalau berdasarkan undian : Kemungkinan Nabila TOP 3 ( Silap-silap Juara AF 2013 )
Kalau persembahan dan pencapaian : Tidak layak langsung nak masuk separuh akhir.


AISHAH

Komen
Kalau berdasarkan undian : Tempat ke 4 
Kalau persembahan dan pencapaian : Layak ke Final


AMIRA

Komen
Kalau berdasarkan undian : Tempat ke 5 
Kalau persembahan dan pencapaian : Layak ke Final jika ada azhael azheal layak ke final



INDAH

Komen
Kalau berdasarkan undian : Tempat ke 1 & 2 
Kalau persembahan dan pencapaian : Layak ke Final 


FAIZUL

Komen
Kalau berdasarkan undian : Tempat ke 1 & 2 
Kalau persembahan dan pencapaian : Layak ke Final 

RAMALANKU BERDASARKAN BAKAT DAN KEBOLEHAN
1. Faizul / Indah
2. Indah / Faizul
3. Aishah
4. Amira
5. Nabila

RAMALANKU BERDASARKAN SMS 
( MALAYSIA MEMILIH )
1. NABILA
2. FAIZUL
3. AISHAH
4. INDAH
5. AMIRA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang