Nuffnang

Friday 28 August 2015

Penutupan jalan di Kuching sempena himpunan Bersih 4.0


KUALA LUMPUR: Polis Sarawak akan menutup tujuh jalan menuju ke Padang Merdeka sempena 'Op Aman 8 Bersih 4' setelah himpunan Bersih 4 dibenarkan diadakan di Padang Song Kheng Hai.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata tujuan penutupan tersebut adalah bagi menjaga ketenteraman awam di bandaraya tersebut.

Penutupan jalan akan bermula pada jam 8 pagi Jumaat, 28 Ogos dan berakhir jam 12.01 tengah malam Ahad, 30 Ogos 2015.

Jalan-jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan RTM/Jalan Satok traffic light
2. Jalan Reservior
3. Jalan Mcdougall
4. Jalan Wayang
5. Jalan Main Baazar
6. Jalan Market/Jalan Power
7. Jalan Masjid

"Orang ramai dikehendaki untuk menggunakan jalan alternatif ke kawasan sekitar Padang Merdeka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, katanya orang ramai juga dinasihatkan mengikut tanda-tanda isyarat lalu lintas oleh pegawai polis bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

Penjawat awam Sarawak tidak dibenarkan sertai Bersih 4.0 - Adenan

KUALA LUMPUR: Walaupun perhimpunan Bersih 4.0 diberi lampu hijau untuk dianjurkan di Kuching, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertainya, kata Tan Sri Adenan Satem.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan walaupun perhimpunan seumpamanya yang mengikut undang-undang merupakan hak masyarakat sivil, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertai Bersih 4 kerana mereka tertakluk dalam Perintah Am.

Kenyataan Adenan merujuk pada kekeliruan yang timbul daripada jawapan beliau sebelum ini tentang perhimpunan tersebut.

Di Sarawak, perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mendapat kebenaran untuk mengadakannya di padang Song Kheng Hai pada 29 Ogos.

Bagaimanapun pada masa yang sama, Adenan menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan urusan iaitu segalanya perlu berjalan dengan lancar dan aman.

Adik Ashraf Sinclair Cabar Rakan Sekerja Rasa Kesakitan Ketika Bersalin!

Mengapa kita perlu menghormati dan menjaga wanita yang sedang atau telah bersalin? Kerana golongan ini sahaja yang dapat merasai pengalaman dan keperitan di saat mereka sedang bertarung nyawa melahirkan sebuah zuriat.

Tidak mustahil ibu yang berbadan dua sering diberi keutamaan dari pelbagai aspek terutamanya melibatkan perkhidmatan atau pengangkutan awam.

Oleh dengan itu, stesen radio berbahasa Inggeris iaitu MIX Fm telah mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan orang ramai bagaimana rasanya seorang lelaki ingin mendapatkan pengalaman melahirkan anak.

Cabaran yang dikenali dengan #MIXLifeSwap ini memerlukan dua penyampai MIX Fm iaitu Aishah Sinclair dan Prem untuk bertukar kehidupan mereka di mana Aishah akan menyelami kehidupan Prem dan Prem pula sebaliknya.

Menerusi #MIXLifeSwap, Prem telah menyahut cabaran untuk melakukan percubaan misi melahirkan seorang bayi seperti yang dilalui Aishah yang kini bergelar seorang ibu.

Apa yang menarik, Prem menerima pujian orang ramai dilaman sosial kerana berani mencuba detik-detik untuk merasai kehidupan seorang ibu yang melahirkan anak.

Rakaman video ini merupakan kisah terakhir Aishah Sinclair dan Prem apabila tamatnya #MIXLifeSwap. 

Mari kita tonton, apakah perasaan Prem yang telah mengandung selama sehari dan dirinya telah merasai mesin yang boleh memberikan rasa kesakitan ketika seorang wanita untuk melahirkan seorang anak!

Diharapkan agar kita semua menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan setiap nyawa di dunia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang