Nuffnang

Thursday 31 December 2015

Happy New Year 2016


Happy New Year 2016 semoga tahun ini memberi sinar baru dalam hidup saya.

Setelah mengharungi 365 hari di tahun 2015 banyak kisah duka yang menjadi memori. Tidak dapat dilupakan tahun 2015 aku mula giat menjalankan aktiviti bertanam.

Semoga tahun ini mendapat hasilnya.

Happy New Year 2016

Tuesday 24 November 2015

Buah Tebulus @ Engkalak Pembangkit Selera Makan


Buah Tebulus atau Buah Engkalak merupakan salah satu buah eksotik yang ada di Sarawak. kali ini aku nak share pula kisah buah Tebulus @ Buah Engkalak.

Buah ini merupakan buah bermusim juga sama seperti buah Dabai yang aku cerita semalam.

Namun buah ini murah sedikit daripada buah dabai. Buah Tebulus adalah dalam bahasa Melanau namun buah engkalak dalam bahasa Iban. 

Buah yang masih muda akan berwarna hijau apabila sudah matang akan berwarna Pink.

Cara makan buah ini adalah sama dengan cara memasak buah Dabai dengan konsep merendam dengan air panas suam.

Rasa buah ini juicy, lemak, manis apabila masak. Tetapi bila masih mentah (pink) agak kelat dan gatal sedikit. tak lah gatal macam keladi.

Buah ini juga amat senitif dengan haba panas. Bila masuk dalam kereta terlupa nak keluarkan alamatnya nanti kena makan cepat-cepat. kalau tak memang tak sedap lah. Buah yang sudah masak tidak boleh di biar lama warna pink nya akan berubah menjadi hitam dan tak sedap.

Makan di cicah dengan garam adalah paling sesuai di makan dengan nasi putih.

Di Kuching aku pernah jumpa buah ini dijual di pasar minggu satok (Medan Niaga Satok, Kubah Ria) setompok RM3.00 buah dia kecil-kecil dan kurang sihat sedikit. Di Sibu pulak pernah saya jumpa RM10.00 untuk 1kg dan buah nya besar-besar sihat dan cantik.

Buah ini banyak dijual di pasar tani jarang dijual dipasaraya. tak pernah jumpa pun kat pasar raya. hahahah

kalau datang sarawak boleh cuba buah ini.



Monday 23 November 2015

Buah Dabai - Musim kini bermula ( Hanya ada di Sarawak )

Kali ini aku nak share salah satu buah exotic yang ada di Sarawak. Sepanjang aku hidup belum pernah lagi jumpa buah ini dijual di semenanjung Malaysia. Dulu masa aku belajar di ITM Shah Alam, aku suruh ibu hantar buah dabai guna post apabila musim buah ini tiba. masa tu pos laju mahal tau lebih-lebih lagi kalau barang yang berat guna parcel dari Sarawak ke Semenanjung mengambil masa seminggu dua macam tu hahaha sampai diterima di tangan sedihhh buah dah kerepot. makan jer lah ingin nak makan.


Apabila tiba musim buah dabai, peniaga tani akan menjual buah ini dengan cukup murah kalau nak dibezakan dengan harga zaman sekarang, Kalau dulu pakai KONG = "CUPAK" RM1.00 sekitar tahun 1990an ada pakai timbang kati (600gm) guna dacing batu tau. masih ingat lagi nie memori zaman dulu dulu.


Dulu aku tinggal di Sibu dalam tahun 1994 masa tu aku kerja di KFC Sibu selepas tamat tingkatan 5, pulang kerja petang memang singah jap di pasar tani beli secupak. Sampai rumah nah ko rendam cepat-cepat tak sabar nak makan tue.

Sekarang pun buah nie dah jadi buah Mahal. Sekilogram boleh mencecah RM50 mengikut daerah. Pernah di khabarkan di bintulu buah ini boleh mencecah RM50++ perkilogram. punya lah mahalkan. Saya pernah labelkan buah ni makanan orang kaya. hahah pandai-pandai je aku labelkan ya.


Cara memasak buah ini cukup mudah. Buah Dabai amat sensitif dengan haba panas. Jika kena panas memang masak dan boleh dimakan. Sedap pulak tu. 

Buah yang telah masak di rendam jangan dibiar kena habiskan kalau dibiar lama warna kuning nya akan berubah warna hitam. rasa nya juga sudah menjadi rasa jeruk dabai.


Ibu aku pernah ajar cara memasak buah dabai secara perfect kata kami kat Sarawak. Masukkan buah dabai dalam bekas (ikut suka banyak mana buah nya tak ada sukatan yang khusus. 

Kemudian tambah air sejuk or air paip separuh dari bekas dan tambah dengan air panas mengelegak dalam bekas tu kemudian biarlah selama 15 minit (anggaran masa je nie)

Nak tahu dia boleh makan .. kena picit buah tu jangan picit kuat-kuat nanti hancur. kalau rasa lembut-lembut kulit dia boleh ngap lah.. hahahaha kalau dah lembut tu buang air nya dan sedia untuk di makan.

Tetapi peringatan " Jangan direbus macam merebus telor " buah yang direbus akan keras macam batu dan tidak boleh dimakan kalau keras.

Cara Hidangan biasa kami makan buah dabai.

1. Campurkan buah dabai dengan garam sedikit ikut rasa. boleh juga cicah dengan garam. biasa kami akan gaul dengan sedikit garam supaya kulit hitam nya ada rasa masin2 sikit.

2. Kicap + gula kemudian masukkan buah dabai yang masak dalam kicap dan gula tadi. 

3. Makan buah macam tu sahaja pun boleh tak ada masalah.

buah dabai di makan bersama nasi putih adalah kombinasi yang perfect. Rasa nya memang sedap kompem nasi akan bertambah. Rasa nya berlemak berkrim disukai ramai.



Selain itu, ada juga yang akan menjeruk "Preserve" buah ini dalam bentuk Dabai Masin. Tapi aku kurang suka rasanya sebab terlalu masin . kalau ibu aku buat memang kurang masin yang ini aku makan. 


Tip untuk mengekalkan kesegaran buah dabai. Bungkus buah dabai yang belum di masak dengan menggunakan surat khabar. Balut dengan tebal ye. Kemudian masukkan dalam pendingin beku. kalau nak makan boleh rendam jer dengan air suam. Rasa nya maintain masih segar. Boleh tahan 3 bulan di dalam pendingin beku.

Kerajaan Negeri Sarawak telah merasmikan produk berasaskan buah dabai baru baru ini iaitu Ais Kream Dabai Sarawak. Punya lah aku xcited nak rasa. seluruh kuching aku drive akhirnya jumpa. kata supermarket aiskream dabai memang cepat laku. akhirnya sempat gak rasa memang sedap ais kream perisa dabai.




Kalau nak tanam biji dia pun boleh juga. Tanam jer tunggu dia pecah dan tumbuh.. perlu ingat biji buah ni memang keras. sebab itu ambil masa yang lama dia nak tumbuh.

Satu rahsia lagi.. Biji buah ini di belah dua menggunakan pisau.. isi di dalam dia boleh di makan.. sedap... hahahhah boleh cuba...kalau yang belom pernah makan...

Buah Dabai - Sebelum di makan
Buah Kenyat - Apabila isi nya sudah di makan tinggal biji



Friday 20 November 2015

Bunga Matahari Kini Mekar


Sudah lama juga aku tak update blog. bukan apa sibuk dengan kerja. biasalah kalau dah nak hujung tahun macam nie sibuk tak kira pagi petang.

okelah, hari ini aku nak share bunga matahari yang aku tanam dahulu dalam entri sebelum ini..




Tidak terasa kan aku tanam bulan september dan bulan november sudah memberi bunga yang sungguh cantik sekali.


Aku tanam bunga matahari dalam polibeg je. sebab nya kawasan belakang rumah saya ni selalu banjir jadi mudah dan senang nak pindah kalau banjir.





Dalam bunga ni mekar, aku ambik serangga kecil nie tengah mengambil madu kot. heheheh comel je dia terbang mendekat dengan bunga matahari yang sedang mekar mewangi. hehehehe


Lihat lah serangga yang sedang terbang ni aku sempat capture dekat menggunakan handpon Lumia 535.


Lihat lah kat kaki dia ada kuning-kuning yang tebal je kan. macam berat je dia nak bawa...




Wednesday 4 November 2015

Buah Kristal

Treat kali ini aku nak kongsi tentang buah exotik iaitu buah kristal yang sedap. Ini bukan kali pertama aku jumpa buah ini. Menurut penjual buah ini di pasar minggu. Buah ini hanya banyak di tanam di Sarawak. dan sekarang adalah musim buah kristal.


Rasa buah ini sukar nak gambar kan sebab ada rasa macam rambutan, ada sedikit rasa laici, ada rasa macam longan dan bau bau durian pun ada. 


Jika kita ke pasar tamu hujung minggu buah ini banyak di jual dengan harga RM17 sekilogram.






Rugi tak rasa buah nie. hahahhaha 

Saturday 24 October 2015

Green Grape & Red Grape

Semalam aku beli pokok anggor hijau dan pokok anggur merah. Aku beli kat nursery, terima kasih kepada kak suraya kerana kalau dia tak bawa aku kesana tak tahu aku kat situ ada nursery. Kalau orang tanya jenis apa.. aku tak tahu anggor ini jenis apa. yang aku tahu cina yang jual tu kata. anggor hijau n anggor merah. 

 Green Grape


Red Grape

dah lama aku mengidam nak tanam anggor nie. Sebab adik aku kat kampung ada juga tanam anggor. rasa cemburu lah kan adik tanam dah tinggi.

baru tercapai lah nak tanam. harap anggor ini hidup dengan suburdi bawah jagaan aku. Yang paling penting berbuah.. cukup masa nanti aku update lagi perkembangan anggor ini.

Lemon Balm


Setelah sekian lama aku bertanam pokok ini baru tahu nama nya Lemon Balm.


Aku beli kat pasar minggu, batang dia macam nie je. Jaga dan lihat dia membesar memang seronok.


Pokok ni memang suka kat kawasan panas. Sebab tu aku letak kat ada cahaya matahari dia memang tumbuh membesar menjadi johan.



Siang, Malam, Pagi, Petang, Tengahari dan Tengahmalam aku ambik gambar.. 

Setiap kali aku siram mesti aku akan layangkan tangan kat pokok nie. cium tangan lepas tu urmmmmmm bau serai dia sedap sangat.







Friday 16 October 2015

Bunga Rama-Rama

Ini pokok rama-rama yang aku beli kat pasar minggu. Dah sebulan lebih aku beli ni. Bunga dia cantik sangat disamping daun nya macam rama-rama.

Memang jarang kita jumpa bunga macam nie. Hari tu aku jumpa warna hijau daun nyer kat pasar minggu masa tu aku tak beli. tunggu minggu satu lagi dah tak ada dah..melepas hahahahaha



aku tanam ni kenapa tak rendang. Macam nie je.. tak sabar nak rendang-rendang meriah di hari raya baru nampak cantikkan.





Nanti kalau jumpa versi lain aku share pulak kat sini...

Rosmarry


Sebelum ini aku tidak menyangka bahawa Pokok Herba Rosemarry boleh tumbuh di Borneo. Biasalah mindset aku nie bila herba orang barat hanya boleh tumbuh di kawasan barat jer.
Bila lihat dalam channel AFC, FoodNetwork dan Rancangan Masakan yang ada kat TV. kebanyakan menggunakan Herba Rosmarry dalam masakan mereka.

kenapa lah aku tak terfikir sebelum ini nak google adakah Rosemarry boleh di tanam. rupa nya ada yang dah tanam. Peluang ini aku nak jual dengan orang kampung aku.

Adik aku kata kat kampung sekarang dah ada pasar tani. Orang jual bunga jew tak ada yang jual herba. urmmmm peluang ini aku nak jadikan sebagai side income.

Aku dah semai banyak-banyak herba-herba ini untuk dihantar ke kampung dijual. mana tau boleh buka nursery..

Halia Berbunga / Ginger's Flower


Aku terkejut halia yang aku tanam berbunga. Bunga pun cantik berseri kembang di waktu pagi. Kata jiran aku ini bukan halia makan, ini adalah Halia bunga. Alkisah nie.. halia nie aku jaga dari tuan asal nyea. dulu macam nak mati dah rupa dia. Jadi aku jaga dia tukar tanah baru dan siram...


Setiap pagi sebelum nak pergi kerja aku lihat bunga halia nie.. cantik sangat gabungan purple dan kuning menyerlah kecantikan nya. Nampak lawa nampak lawa pakai halia..hahahah



Ada juga aku tanya kawan-kawan aku mereka tak tahu. mereka tak tahu mungkin bukan kaki menanam kot.



Sunday 11 October 2015

Tempat Semaian Dari Kertas Surat Khabar.

Hari ini aku nak share bagaimana hendak membuat tempat semaian yang paling jimat dalam dunia ini. Kos dia sikit je,

Watak Utama
1. Kertas Surat Khabar Lama. Baru boleh juga asalkan tak guna lagi.
2. Gunting
3. Silo tape (asalkan silo tape )
4. Botol ( ikut suka lah nak bulat ke nak petak ke.. )


Cara Membuatnya

 Lipat 

Gunting

Lipat supaya panjang kertas tidak over sangat dengan botol
 
Gulungkan kertas menggunakan botol. aku guna botol minyak wangi. sebab macam cukup jer nak letak biji benih.

 Selepas digulung Silo Tape kan. 


 Lipat kat bontot ikut botol. Guntingkan supaya senang nak lipat.


 Dah lipat bontot botol tu silo tape lagi


 jadi lah macam nie....


 Tadaaa Siap... 1




 
Kemudian... Masukkan medium tanah dan masukkan benih... so jimat sikit kos nak beli tempat menyemai...


Selamat Mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang