Nuffnang

Friday 2 October 2015

Kisah Strawberry Lagi

Ingat tak aku pernah post pasal buah strawberry yang aku beli dari pasar raya dan aku cungkil biji dari kulit strawberry. Nah hari ini aku nak beri gambaran yang jelas. Kira nya nak buat kronologi.


Selepas aku lihat di youtube cara-cara untuk mengeluarkan biji benih strawberry. jadi aku beli sebungkus strawberry dari pasar raya mulalah aku cungkil-cungkil biji dari buah strawberry.


Aku cungkil 2 biji strawberry tetapi aku dapat banyak biji benih nyer. memang sengsara nak cungkil biji benih nie. hahahah nasib baik buah nya besar senang nak pegang.


Lepas tu kan. aku semailah dalam tanah campor nie. aku tak tahu lah tanah ni boleh guna ke tidak. aku pakai je mana-mana tanah. Aku pernah masukkan bekas aku semai biji strawberry ni dalam peti ais. hahahaha konon nak dapatkan suasana sejuk ala-ala cameron highland. hahahahaha dah boring letak dalam peti ais. aku letak kat luar.. lama juga aku letak dalam peti ais seminggu macam tu.

Lepas tu bila aku letak kat luar... nak terkejut aku biji biji nya mula bercambah macam tauge.



dan yang terkini mereka dah tegak berdiri macam gambar kat bawah nie. lepas nie aku sibuk nak cari tanah campur nak semai dalam pasu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang