Nuffnang

Monday 25 November 2013

Misteri siapa wanita Malaysia jadi hamba 30 tahun di London didedahkan

Hishamuddin Rais, mendedahkankan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Polis Britain belum mendedahkan identiti mereka tetapi memaklumkan sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Ketika itu Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia “New Malayan Youth” berhaluan kiri di London. Abang kepada Siti Aishah pernah meminta Hishamuddin mencarinya pada 1991, jelas Hishamuddin yang pernah hidup dalam buangan selama 15 tahun di Brixton, London pada lewat 1970-an.

Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung. “New Malayan Youth” adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin pulang ke Malaysia pada 1994 berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa “Colombo Plan”.

Akhbar Britain mendedahkan, pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi menurut Hishamuddin, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis enggan mendedahkan tetapi mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Polis berkata ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual dan tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul, lapor The Malaysian Insider.

Gambar atas, hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia.

Sumber Ekeleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang