Nuffnang

Tuesday 9 September 2014

Keputusan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Wah...berbaloi juga exam sabtu rupa nya aku lulus hahahahahaha tahniah tahniah kepada aku..bakal ditemuduga

Aku nak ulas balik Soalan Setiap Seksyen dalam peperiksaan hari tu. 

Seksyen A : Pengetahuan AM
bahagian ni macam-macam soalan tentang pengetahuan AM di Malaysia. Ada 40 soalan masa 40 minit. Pengetahuan am tentang sejarah, isu semasa, tentang Malaysia, Ekonomi, Politik, Budaya dan Bahasa.

Contoh soalan yang saya masih ingat..Putra Jaya merupakan sebuah bandar?  siap google lagi hahah dapat lah jawapan. eh paling best nya setiap soalan tu kita boleh google yang penting cukup masa nak menggoogle..

Seksyen B : Mathematik
Bahagian ini lagilah mencabar bagi mereka yang tidak suka math. Kepantasan untuk anda berfikir, mengira jawapan amatlah perlu. 40 Soalan 45 minit je. soalan dia bukan 1+1 =?. menyelesaikan masalah then kena membuat pengiraan yang cepat dan tepat. Banyak masa dihabiskan untuk membaca dan memahami kehendak soalan. Serba serbi math..kalau tidak suka math memang main tembak je lah...

Sekysen C : Ujian Psikometrik
Bahagian ni tak payah risau .. jawapan tidak ada betul salah. cuma ada YA, TIDAK dan TIDAK PASTI. soalan dia ingin nak tahu personaliti kita macam mana.


Okey tak sabar rasa nya nak interview... hahahhahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang