Nuffnang

Monday 17 August 2015

'Saya kini lebih popular daripada Siti Nurhaliza' - Muhyiddin

PONTIAN: Walaupun sudah tidak bergelar Timbalan Perdana Menteri atau menjawat sebarang jawatan dalam Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kini mendapat sokongan yang lebih banyak daripada rakyat.

Malah beliau secara berseloroh menyifatkan tahap popularitinya lebih tinggi berbanding penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

"Orang mahu berselfie (bersama saya). Saya fikir saya lebih popular daripada Siti Nurhaliza.

"Saya tahu ini bukan sentimen orang Melayu (sahaja), orang Cina dan India salam saya dan berkata 'support you'.

"Tindakan yang saya ambil ini mereka lihat wajar dan munasabah untuk perjuangkan nasib mereka, bukan orang Melayu sahaja tetapi semua kaum dalam negara ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pontian, Johor pada Ahad.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang