Nuffnang

Friday 15 August 2014

Meminjam Duit dengan Meminjam Emas


Pagi ini aku tetiba je teringat kisah seorang perempuan yang aku anggap dia ni memang hidup senang. Sebab suami dia kerja sebagai supervisor di kilang kayu. Mereka buat rumah memang sekejap jew siap memang beruang sangat. kalau bukan beruang memang lah rumah nak siap.

tahun demi tahun dia ni telah membuka mulut orang kampung untuk mengumpat pasal perangai dia. Dia akan mula berkawan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai asset seperti emas atau simpanan ASB.

Cara dia memang lecek tetapi ketahuan akhirnya apabila orang sering mengata-mengata cara dia. Aku ada juga terdengar pakcik aku cerita dia ni suka pinjam Emas orang untuk di gadai lepas itu hasil gadaian itu akan di bahagi 2 supaya beban untuk menebusnya bukan dia tanggung seorang. lihat lecek kan, akhir nya ketahuan saudara mara mereka tetapi hanya senyap je lah.. 

Biasalah orang kampung kalau mereka mengata ada pro and con. Bukan nak mengata orang kadang-kadang nak kita marah mereka pun mereka dah besar panjang dah ada anak sepatutnya mereka fikirkan. Kalau hendak meminjam wang dari orang kenalah fikir kesusahan orang bakal di terima mereka. Meminjam wang dari orang ini bukan nya tidak bagus tapi kenalah berfikir juga.

Dia juga memang kaki berhutang dan kaki memberi statement mengerandkan diri. Aku hairan dia ni tahu semua harta orang sebab agenda dia hendak meminjam itu sebab nya. Dia sanggup untuk membawa surat dari post office untuk disampaikan kepada tuan punya surat. Lebih-lebih lagi surat ASB, Pencen, Bank dan sebagainya. Selepas itu tak tahu lah dia buka atau tidak. Menurut pak cik aku dia hairan kenapa dia tahu jumlah pancen yang diterima oleh beliau sedangkan beliau tidak pernah untuk mengheboh dengan orang. Dia adalah suspek utama sebab dia yang membawa surat pencen itu membuka dan membacanya.

Jika kita rapat dengan dia ni memang kita anggap dia baik sangat. atas dasar sanggup membantu apa sahaja. 

diharap sekarang sudah hidup senang, tidak menyusahkan orang. adapun aku sekadar untuk meluahkan perasan di sini. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang