Nuffnang

Saturday 29 August 2015

PBR : Pokok Mulberry

entri kali ini aku nak cerita pokok Mulberry yang aku tanam dalam polibeg beberapa bulan lepas dah tumbuh. Memandangkan menanam ini cuma hobi taklah aku 100% berada di belakang rumah. aku jenguk cuma nak siram pagi dan petang je.

nampaknya semua yang aku tanam dalam polibeg ni menjadi. jiran aku yang sering melawat projek belakang rumah aku ni. sejak akhir-akhir ni pun aku lihat jiran aku beli tomato dan pokok markisa untuk dia tanam. 

punyalah aku cemburu kakak sebelah rumah aku ini dah tanam pokok markisa hahahahahah aku cemburu dia tanam dulu dari aku pulak.. aku memang nak tanam pokok markisa ni tapi tak tau nak beli kat mana.



Pokok Mulberry aku dah tanam dalam pasu. Kawan aku suruh tanam atas tanah tapi aku nak juga tanam dalam pasu. sayang pasu kat belakang rumah ni tak diguna jadi aku guna sekurangnya ada juga hasil menghias di belakang rumah.

Sejak adik aku tahu aku ada tanam pokok Mulberry dia nak aku semai pokok mulberry untuk dia. 


Selingan kejap, Gambar kat atas nie pokok Habatus Sauda yang nenak aku tanam kat kampung. hahahahaha saja nak iklankan dia ada tanam pokok habatus sauda. aku mintak lah ngan nenek aku nie biji benih aku nak tanam. nanti kat entri yang akan datang aku ceritalah ye...

Aku ni jenis orang yang suka kongsi ngan budak opis aku apa yang aku tanam. aku tunjuk gambar pokok Mulberry nie kat mereka. bukan main seronok mereka ni. mereka kata kalau mereka tanam mesti mati. aku tanam semua menjadi. hahahaha tangan ada rezeki kata mereka. bagi aku senang je kalau nak tanaman senang tumbuh. kena banyak membaca pasal nak menanam nie. kalau tak ada ilmu memang lah apa yang kita tanam tak tumbuh.

mereka tanya aku guna hormon ke tidak nak bagi cepatkan akarnya tumbuh. aku tak gunapun hormon tu hahahah aku rendam batang tu dalam air 3 hari. lepas tu baru aku tanam dalam polibeg. Tempat aku menanam nie bawah pokok suasana nya redup redup manja getoh...

bila aku traveling aku biar lah jer.. nasib baik ada jiran prihatin mereka ada juga siram pokok pokok aku nie. Thank Abang Kamil kerana sudi siram siram. hahahha




Aku semai 5 batang Mulberry ni untuk adik, sepupu dan ada 2 orang budak opis aku nie minta aku tanam untuk mereka. Lepas ni aku nak berjual tiada lagi FOC. hahahahah

Dalam aku sibuk-sibuk cari herba ke sana ke mari setiap hari sabtu. ada dua polibeg pokok Mulberry yang aku semai ini berbuah. 



aku memang terkejut dengan pokok mulberry ni berbuah. Hahaha kecik kecik dah berbuah.

berita pokok berbuah ni aku whatapps ngan adik aku. punya lah dia gembira. hahahahaha

Aku tak sabar nak makan buah mulberry nie nanti.. tak payah nak ke pasar cari buah petik je dari belakang rumah...

Bersih 4: Hak asasi perlu berlandaskan undang-undang - Musa

KUALA LUMPUR: Peserta demonstrasi Bersih 4 yang mempertahankan tindakan berhimpun di atas faktor hak asasi perlu menyedari setiap perbuatan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, walaupun undang-undang memberi kebenaran untuk perhimpunan aman, namun perlu mengikut keputusan polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Kita ada peraturan dan undang undang. Walaupun perhimpunan aman dibenarkan, tetapi mereka yang terlibat perlu mengikut arahan selain menghormati tugas polis yang menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang berdemonstrasi.

"Namun Bersih 4 sudah diharamkan, jadi mereka sudah melanggar undang-undang jika berhimpun walaupun dari mereka dari segi hak asasi mereka mempunyai hak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Musa mengulas perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung hari ini dan esok.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, peserta perhimpunan BERSIH 4bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mereka tetap mahu berhimpun walaupun tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi berhimpun.

Bagaimanapun menurut Tajuddin, orang ramai dibenarkan hadir di sekitar Dataran Merdeka bagi tujuan melihat perbarisan pada Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, kata Musa, polis boleh mengambil tindakan kepada peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang.

"Jelas apabila undang-undang tidak dipatuhi, polis boleh bertindak," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharamkan penggunaan warna kuning dengan disertai perkataan Bersih 4 serta sebarang penerbitan berkaitan perhimpunan haram itu.


Arahan itu mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015 dan mula berkuatkuasa pada Jumaat.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan di dalam catatan di laman Facebooknya menyatakan, mereka yang ditahan polis kerana berpakaian kuning boleh mempertikaikan tindakan itu jika tiada tulisan Bersih 4 pada baju berkenaan.


Bersih 4: Peserta degil, ibarat abai notis larangan buang sampah - Pakar psikologi

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Bersih 4 didorong emosi yang terlalu tinggi sehingga merelakan diri menyertai gerombolan kumpulan baju kuning.

Pakar psikoterapi, Azman Shah Aziz berkata tarikan dan minat sama untuk berhimpun yang dianggap menyeronokkan menyuntik semangat peserta Bersih 4 untuk bersama walaupun dilarang pihak berkuasa.

"Ia seperti semangat yang didorong emosi tinggi di dalam pemikiran peserta perhimpunan.

"Mereka mempunyai minat yang sama dan merasakan ia menyeronokkan. Pada fikiran mereka tindakan itu untuk mencabar selain mempunyai hak untuk melakukannya.

"Dari segi sikap mereka anggap tindakan itu tidak salah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bersih 4 dijadual berlangsung dari pukul 2 petang ini sehingga tengah malam Ahad.

Ia akan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.

Di Kuala Lumpur, lima lokasi telah ditetapkan sebagai lokasi berhimpun iaitu di Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan mengandaikan tindakan berhimpun seperti mentaliti degil masyarakat terhadap beberapa isu setempat.

"Semuanya mengenai minda, apa yang dilarang itu yang masyarakat suka buat.

"Contohnya, apabila ada notis larangan buang sampah, di bawah notis itulah orang ramai akan membuang sampah, situasi itu boleh dilihat di mana-mana," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang