Nuffnang

Sunday 9 November 2014

Rempuh bot isteri

Song: Selepas gagal memujuk bekas isterinya pulang ke pangkuannya, seorang lelaki bertindak gila apabila merempuh bot dinaiki wanita itu bersama anak mereka berusia dua bulan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Iran, di sini, kelmarin.


Kejadian berlaku jam 1 petang apabila suspek nekad merempuh bot dinaiki bekas isteri yang ketika itu mengiringi anaknya sebaik pulang dari mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

Difahamkan, turut berada dalam bot itu lapan penduduk termasuk empat murid tadika, namun semuanya selamat apabila bot dinaiki tidak karam dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Sumber berkata, sebelum kejadian, wanita berusia 19 tahun itu membawa anaknya berusia dua bulan hasil perkongsian hidup dengan suspek ke Hospital Sibu mendapat rawatan pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, perjalanan dua beranak itu dihalang bekas suaminya yang meminta mangsa pulang ke rumah mereka di Nanga Wai, di sini.

“Mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek sebaliknya tetap ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan anaknya itu. Bagaimanapun, sewaktu menaiki bot untuk pulang ke rumah, suspek yang mengemudi sebuah lagi bot bertindak merempuh bot yang dinaiki dua beranak itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7441#sthash.fkUq5LxU.dpuf

‘Keputusan luar biasa’

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau berasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan .

“Ia satu keputusan agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

“Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang berasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh ‘mencelah’ untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan diteliti semula.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.– BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7931#sthash.Sg239nMY.dpuf

Lelaki bertelur mungkin dijel?



Jakarta: Tersohor atau meringkuk di penjara?

Ada dua kemungkinan dihadapi ‘lelaki bertelur’ yang mencetuskan kegemparan ramai beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah.

“Dia menyebabkan keresahan orang ramai.

“Lebih penting, dia membodohkan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya semalam.

Sinin, 62, yang menetap di Tanjung Wangi, Penjaringan, baru-baru ini mendakwa dia mengeluarkan telur sejak 1998.

Akhir-akhir ini, kata Sinin, kekerapan itu meningkat dan menghasilkan lebih 200 biji sejak ia bermula 16 tahun lalu.

Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan.

“Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu,” katanya.

Menurut Bambang, berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam.

“Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya.

Keganjilan lain termasuk keadaan telur Sinin yang keluar dalam keadaan kering serta bersih.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7602#sthash.Ba2hliHj.dpuf

Bukan doktor ISN


Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan menegaskan bahan terlarang jenis dexamethasone yang didapati dalam sampel pemain badminton negara bukan diberikan oleh doktor Institut Sukan Negara (ISN) sebaliknya daripada sebuah klinik pakar swasta di Kuala Lumpur.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bahan itu biasanya diberikan bagi rawatan kecederaan sukan dan hanya dibenarkan untuk digunakan atlet di luar waktu pertandingan.

"Saya difahamkan, atlet yang berkenaan akan dirujuk oleh ISN ke sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur untuk rawatan sel stem yang mana rawatan ini tidak dibuat ISN sebaliknya di klinik rujukan ISN.

"Ia adalah sebuah klinik khusus dalam perubatan sukan. Mereka juga tahu dexamethasone adalah sejenis ubat yang dibenarkan di luar waktu itu dan ia diguna ramai atlet di luar waktu pertandingan," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Genexter 2014 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Katanya, kebiasaannya dalam tempoh 10 hari, bahan ini patut keluar dari badan atlet bagaimanapun, pihaknya tidak tahu kenapa ia masih ada dalam tubuh atlet itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7818#sthash.qrxpc7Vd.dpuf

Pastikan kawan dalam laman sosial anda bukan individu palsu




Curiga dengan sesetengah akaun di laman sosial yang hendak berkawan dengan anda? Jom semak dengan Basyar Mustapha akaun itu palsu atau tidak?

Anda yang memiliki akaun Facebook atau Twitter mesti pernah ragu-ragu dengan kesahihan beberapa akaun individu yang ingin berkawan dengan anda di laman sosial. Apabila sekali imbas, timbul persoalan adakah akaun itu akaun individu yang betul-betul wujud atau mungkin palsu. Perasaan serba salah sama ada hendak luluskan permintaan itu atau tidak pasti timbul.

Mungkin anda patut periksa guna beberapa kaedah ini pada akaun yang nampak mencurigakan.

Lihat gambar profil akaun itu.

Jika hanya ada gambar pemandangan, objek ataupun hanya satu saja gambar profil individu itu, nampak sangat akaun berkenaan mencurigakan dan kemungkinan besar individu itu menyamar.

Cuba lihat kemas kini status dan komen di muka depan akaun mereka.

Jika individu itu sudah lama atau tidak konsisten kemas kini status mereka dan tidak ada orang pula yang berhubung dengan mereka, kemungkinan besar akaun itu akaun palsu.

Kalau akaun itu betul, mesti ada rakan atau saudara-mara yang berhubung dengan individu itu. Jarang sangat individu yang aktif Facebook atau Twitter tapi tidak kemas kini status.

Lihat pula aktiviti terbaru mereka.

Adakah individu ini banyak tambahan rakan secara rambang dan macam ada satu paten orang lain yang dia berkawan.

Contohnya, hanya tambah rakan dengan wanita saja atau hanya tambah rakan lelaki saja. Lepas itu tidak ada pun kongsi apa yang minat mereka atau 'Like' di dalam akaun itu. Nampak sangat menyamar!

Cuba kaji latar belakang individu itu.

Jika tidak ada maklumat tentang sekolah, kolej atau apa mereka buat sekarang, lebih baik jangan layan sebab kalau mereka jujur hendak berkawan, kenapa perlu terlalu berahsia? Bahaya!

Tengok tarikh lahir yang terpampang di akaun itu dan gambar atau aktiviti mereka dalam akaun.

Contohnya, kalau muka dalam gambar profil sekeping saja itu nampak macam matang tapi buat komen dan kemas kini perkara macam tidak sesuai dengan usia, mungkin dia menyamar.

Kalau akaun gadis atau lelaki kacak tapi ada letak nombor telefon dan suruh pula hubungi, memanglah patut dicurigai.

Cuba fikir, mana ada rakan perempuan atau lelaki kacak begitu mudah letak nombor telefon di bahagian profil untuk diberi kepada orang yang tidak dikenali. Pelik sangat!

Cuba tengok muka depan profil itu kalau ada orang lain katakan terima kasih kerana tambah mereka sebagai kawan dan tanya adakah mereka saling mengenali tapi individu ini tidak pula memberi sebarang jawapan.

Kalau dia tidak menyamar, dia akan jawab dan kalau tidak jawab langsung, nampak sangat menyamar dan tidak tahu hendak cakap apa.

Lihat bahagian tarikh lahir individu itu kalau tarikh lahirnya 1 Januari atau 31 Disember, kemungkinan besar itu akaun palsu.

Ini kerana apabila seseorang itu mendaftar akaun di laman sosial dan perlu meletakkan tarikh lahir, laman web itu akan secara automatik mengeluarkan salah satu

tarikh ini sebagai pilihan permulaan dan individu yang sedang membuat akaun palsu memang malas hendak memikirkan apa tarikh hari dan bulan yang patut diletak dan hanya menggunakan tarikh itu.

Cuba tarik gambar akaun individu itu dan letakkan ke dalam kotak carian Google dan tekan butang cari. Jika gambar itu wujud di satu sumber laman web lain, anda boleh melihat sumber itu dan tahu kepunyaan siapa sebenarnya gambar itu. Ini kerana setiap gambar yang wujud di Internet ada kodnya dan boleh dicari.

Sekarang ini sudah ada beberapa aplikasi yang boleh membantu anda menentukan sama ada sesuatu akaun individu adalah benar atau palsu. Aplikasi seperti FakeOff dan Fb Checker yang boleh dimuat naik di telefon bimbit dan komputer tablet boleh menentukan sama ada akaun itu palsu atau tidak dalam beberapa minit saja. Memang ini kes berat di laman sosial sampai ada aplikasi khas!

Jadi itulah langkah yang boleh kita lakukan jika hendak pastikan akaun individu yang mencurigakan di akaun laman sosial kita itu individu yang betul-betul wujud atau hendak menyamar saja. Hati-hatilah berkawan di laman sosial dan jangan terlalu mempercayai orang yang kita tidak kenali.

Jika anda sudah tahu sememangnya akaun individu itu palsu, jangan berlengah dan keluarkan saja mereka daripada senarai kawan anda. Kemudian beritahulah kawan anda supaya berhati-hati dengan akaun individu ini. Jaga diri!
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7788#sthash.ITacQ96Y.dpuf

‘Ramai nak tengok Sharnaaz lembut’



Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang yang 'versatile' apabila berjaya melakonkan apa juga watak yang diberikan.

Terbaru menerusi drama bersiri 20 episod, Suamiku Encik Sotong terbitan Global Station Sdn Bhd, Sharnaaz berjaya memecahkan rekod penonton apabila rating mencapai sehingga 1.28 juta selepas tayangan episod pertamanya pada 27 Oktober lalu.

Melalui drama adaptasi daripada novel tulisan Syikin Zainal itu, buat pertama kalinya Sharnaaz melakonkan watak sebagai lelaki lembut berbeza sebelum ini dia lebih banyak berlakon sebagai lelaki normal termasuk gangster.

Selain Sharnaaz drama ini turut dilakonkan Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha.

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa ketika dihubungi berkata, dia sendiri terkejut tidak menyangka gandingan Sharnaaz dan Amyra di dalam cerita ini berjaya menarik perhatian penonton.

"Saya memang tidak sangka dan begitu terkejut apabila mendapat tahu daripada Astro rating episod pertama siri ini paling tinggi iaitu 1.28 juta.

"Memang tidak sangka untuk episod pertama saja sudah berjaya menarik ramai penonton menyaksikannya.

"Mungkin juga kerana peminat belum pernah melihat Sharnaaz membawakan watak sebagai lelaki lembut menyebabkan ramai yang setia di depan televisyen untuk terus menonton.

"Tahniah saya ucapkan kepada Sharnaaz dan semua pelakon yang terbabit kerana berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan," katanya.

Zaiton berkata, dia berharap drama ini akan terus meraih lebih ramai lagi penonton pada episod-episod berikutnya di samping mempertingkatkan lagi rating penonton.

"Saya percaya drama ini adalah adaptasi sebuah novel yang menghiburkan di samping terdapat unsur pengajaran dan tauladan untuk semua," katanya.

Suamiku Encik Sotong mengisahkan Erica yang terpaksa berkahwin dengan Farish seorang lelaki berperwatakan lembut yang turut digelar 'sotong'.

Bagi mendapatkan tempat sebagai pengerusi di syarikat Khaleeda Holdings dia perlu berkahwin selama tiga tahun mengikut syarat yang ditetapkan oleh arwah neneknya, Tengku Khaleeda.

Selepas dinikahkan, Erica pulang ke Kuala Lumpur melanjutkan pelajarannya manakala Farish menolong Mama Lia di butik. Farish akhirnya akur dengan kemahuan arwah nenek Tengku Khaleeda yang mahu dia melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.

Di kolej, Farish berkenalan dengan Dhia Adirra, gadis tomboi yang selalu melindungi Farish daripada sering diejek teman sekuliah. Rupa-rupanya Farish belajar sama kolej dengan Erica. Masing-masing menyembunyikan perkahwinan mereka daripada teman-teman.

Izhan, sepupu Erica mula memikat Erica me­ngikut perancangan mamanya, Tengku Atylia yang mahukan jawatan pengerusi Khaleeda Holdings.

Erica memberitahu Farish yang dia sudah jatuh cinta dengan Izhan. Sejak itu, Erica mula perasan Farish banyak berubah menjadi kacak dan macho. Farish juga memberitahu Erica dia juga jatuh cinta pada Dhia Adirra dan gadis itu yang membuatkan dirinya berubah.

Tanpa diduga, Erica terlanjur dengan Izhan ketika mereka bercuti di Bali. Izhan menyesal namun dia berjanji akan bertanggungjawab ke atas Erica. Erica pula terdengar pebualan Tengku Atylia dan Qarina yang Izhan hanya mempermainkan dirinya menyebabkan Erica kecewa.

Saksikan drama Suamiku Encik Sotong yang disiarkan di saluran Astro Ria dan serentak di Maya HD pada setiap Isnin jam 10 malam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7322#sthash.LONk5FbL.dpuf

Pembuli ‘singlet hitam’ dikenal pasti



Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7002#sthash.i3EtaFjF.dpuf

Suami rasa sakit bersalin



Sebuah hospital di Jinan, wilayah Shandong memberi kaum lelaki pengalaman unik yang tidak mungkin dapat dilupakan menggunakan simulasi yang membolehkan mereka mengalami rasa sakit bersalin.

Acara diadakan pada 4 November itu dikenali sebagai 'Pain Experience Camp' bertujuan memberi mereka peluang memahami kesakitan dialami wanita ketika melahirkan anak seterusnya lebih menghormati dan menghargai pengorbanan kaum ibu.

Ramai sukarelawan datang bersama isteri hamil yang tidak henti tersenyum melihat reaksi suami mereka itu apabila ada yang menangis sebaik merasa kontraksi dihasilkan mesin yang merangsang otot abdomen lelaki terbabit dengan renjatan elektrik.

Guang Liao, 29, mengakui pengalaman itu benar-benar membuka matanya.

"Isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami dalam tiga bulan dan kami pernah bertengkar kerana saya menganggapnya mengada-ngada. Sebaik terdengar mengenai projek ini, dia terus memasukkan nama kami untuk memastikan saya belajar daripada pengalaman ini.

"Baru beberapa minit saja saya sudah tidak tahan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika terpaksa melaluinya untuk beberapa jam," katanya.

Idea itu diinspirasikan tindakan dua hos rancangan televisyen Belanda yang melalui pengalaman sama selama dua jam, tahun lalu.

Pada Hari Ibu di Nanchang, wilayah Jiangxi, 20 sukarelawan lelaki menyertai rancangan televisyen bagi menyahut cabaran merasai kesakitan dengan renjatan yang semakin dikuatkan sama seperti kontraksi bersalin.

Peserta tunggal yang berjaya melakukannya sehingga tahap terakhir berkata: "Saya ayah kepada kembar tiga dan mahu merasai kesakitan dialami isteri ketika melahirkan mereka. Memang teruk! Saya kini amat menghormati pengorbanan kaum ibu."- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7806#sthash.mGcW4kyw.dpuf

Singapore Airlines menolak tawaran pengambilalihan Tiger Airways

Singapore Airlines Ltd (SIA) tidak sedang mempertimbangkan pengambilalihan penuh milik sebahagiannya-syarikat penerbangan tambang murah Tiger Airways, meskipun terdapat peningkatan pegangan dalam firma itu, ibu bapa ketua eksekutif Goh Choon Phong berkata pada hari Jumaat.

SIA berkata pada Oktober bahawa ia akan meningkatkan sahamnya di Tiger kepada kira-kira 55% dari 40%. Ia berkata ia juga akan membeli sehingga S$ 140,000,000 (RM361 juta) dari S$ 234,000,000 terbitan hak, dengan pegangannya setinggi 71%.

"Pada masa ini, tawaran pengambilalihan tidak sedang dipertimbangkan," kata Goh pada taklimat kepada penganalisis, sehari selepas SIA melaporkan keputusan suku keduanya.

Goh berkata tumpuan SIA adalah untuk melakukan apa yang perlu untuk Tiger untuk kembali ke kesihatan kewangan, dan memastikan ia jatuh sejajar dengan strategi orang tua yang mempunyai kehadiran yang kukuh dalam segmen tambang murah melalui Tiger, serta sederhana hingga panjang mengangkut kos rendah unit Scoot.

Saham harimau ini telah menjunam 40% dalam tempoh tiga bulan yang lalu. Syarikat penerbangan itu menempah kerugian pada setiap tiga tahun terakhir, termasuk rekod S$ 223,000,000 dalam tahun berakhir Mac.

Termasuk terbitan hak yang dirancang, Tiger akan telah mengumpul kira-kira S $ 900 juta kurang daripada lima tahun. - Reuters, 7 November 2014.

#Throwback Kejutan Minggu Ke Lima AF 2014

Moment yang buat aku keluar air mata kesedihan

Lagu Baru Single Pelajar Akademi Fantasia 2014







Keputusan Akademi Fantasia 2014

Keputusan Akademi Fantasia 2014


Firman




Aman



Ewal



Nuha

Adel


Final Akademi Fantasia 2014 Pusingan 2



Sebelum pusingan kedua bermula, Dayang Nurfaezah telah membuat persembahan diikuti oleh Ning Baizura dengan suara suprano nya dan persembahan dangdut daripada Mas Idayu.

Kedudukan Terkini Firman, Adel, Ewal, Nuha, Aman. Ini memberi debaran kepada semua pengundi-pengundi rasanya. siapakah pemenang malam ini.

Pusingan kedua ini dimulakan dengan Adel, beliau malam ini akan mendendangkan lagu baru berjudul Hati. Adel sebelum ini pernah terkeluar pada minggu ke 7 dan diserap masuk ke Final oleh Fakulti Akademi. Peluang kedua memberi laluan kepada Adel untuk memberi persembahan terbaik.

Adel - Hati
Bagi pusingan kedua ini Ewal mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh HAFIZ juara AF7 berjudul Matahari. Mempunyai vokal yang mantap dan mendapat pujian daripada juri.

Ewal - Matahari

Aman mendendangkan lagu single terbaru beliau Without You. Lagu ini memang sesuai dengan suara beliau yang manja manja hehehe... memang dia nie cute manja...

Aman - Without You

Persembahan terakhir Nuha malam ini memang menguji vocal dengan mendendangkan lagu 3 suara beribu sesalan. diawal persembahan aduhhhhh Nuha lupa lirik sedikit. mungkin emosi dia terganggu sedikit...

Nuha - Beribu Sesalan

Pelajar terakhir adalah Firman yang mendendangkan lagu baru beliau yang memang superb di Pintu Mu. Suara dia ni memang bakal menjadi juara AF 2014. 

Firman - Dipintu Mu
Siapakah Juara Akademi Fantasia 2014 pada malam ini?... 

Final Akademi Fantasia 2014 Pusingan 1

Sedar Tak sedar Akademi Fantasia 2014 berakhir malam ini bagi musim AF 2014. Aku malam ini dah depan TV awal sebab nak tengok AF Final 2014. Malam ini persaingan nya cukup hebat. Di Awal Persembahan Undian Terkini Adel mendahului daripada peserta lain di ikuti oleh Firman, Nuha, Ewal dan Aman.

Pembukaan Gelanggang Akademi Fantasia Akhir dengan persembahan Adel mendendangkan lagu I have nothing.
ADEL - I Have Nothing

Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan Ewal dengan lagu baru beliau Kembalikan Semula. Ciptaan DJ Fuzz
Ewal - Kembalikan Semula
Persembahan diserikan lagi dengan persembahan Aman dengan membawa lagu Mewangi

Aman - Mewangi
Nuha adalah antara peserta yang konsistan sepanjang 9 minggu. Malam ini beliau akan mendendangkan lagu baru hasil ciptaan beliau sendiri berjudul Pertama Kali

Nuha - Pertama Kali

Persembahan terakhir bagi pusingan pertama adalah Firman. Pelajar yang sering dipuji oleh pengkritik kerana komitmen dan sikap nya yang sederhana. Beliau adalah antara pelajar from 0 to hero. Memiliki suara serak-serak basah rock mendendangkan lagu Kumpulan Search berjudul Kejoraku Bersatu

Firman - Kejoraku Bersatu
Malam ini ada anugerah Personaliti D'herb yang dianugerahkan kepada Nuha... terus diberi tau selepas tamat persembahan Firman. Membawa RM10,000.00 cek kecik...hahahhaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang