Nuffnang

Tuesday, 15 September 2015

Buat Pasu Daripada Botol Air

Hari ini aku nak ajar macam mana nak buat pasu dari botol terbuang. Tidak semestinya kita beli pasu baru nak mula menanam. harga pasu memang mahal kat pasaran tapi kalau orang kaya tu boleh lah beli berpasu-pasu.

Kalau korang jenis kreatif botol ni boleh korang spray jadi cantik juga. boleh jadikan hiasan. aku suka transperent sebab nak lihat tanah dia macam mana..

Nak buat pasu dari botol peralatan kena ada seperti gambar kat bawah nie. Gunting, Pisau dan Pelebur Timah. Pelebur Timah ni aku beli kat kedai Super Save. 


Botol yang aku guna botol Coca Cola, Botol Air mineral yang 1.5 liter. Sebab besar nya aku suka lah. macam sesuai jer nak buat pasu.


Kemudian Potong botol tu seperti gambar di bawah.Nak potong guna pisau dan gunting. hahahah jangan lak tanya macam mana nak potong. 



lepas potong macam ni kena buat lubang kat penutup putih tu supaya nanti air dapat keluar. Gunalah pelebur Timah buat lubang tu. ikutlah nak berapa banyak lubang tak ada syarat pun kena buat berapa lubang.



Dah siap pun pasu nie. Boleh letak tanah dan tanam apa-apa je kat dalam pasu nie. Jimat kan tak payah beli pasu mahal-mahal. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang