Nuffnang

Wednesday, 26 August 2015

TWIN OTTER MASWINGS TERBABAS DARI LANDASAN



TERBABAS: Keadaan pesawat Twin Otter milik MASwings yang terbabas sejurus mendarat di Lapangan Terbang Mukah. — Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

MUKAH: Hujan lebat dan landasan licin dipercayai menyebabkan sebuah pesawat penumpang milik MASwings terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Mukah semalam.

Pada kira-kira jam 2.10 petang pesawat Twin Otter itu dikatakan baharu mendarat dan membawa 10 orang termasuk juruterbang dalam penerbangan dari Miri ke Mukah.

Semua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah Penolong Penguasa Bomba Alimat Sam bergegas ke lokasi.

Menurut sumber bomba, hujan lebat menyebabkan landasan kapal terbang licin sebelum tergelincir sebelum terbabas atas rumput.

Pihak bomba melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan di tempat kejadian selamat.

Seorang penumpang dikatakan akan menaiki pesawat tersebut terbang ke Kuching dari Mukah berkata, usaha menarik pesawat ke landasan semula mengambil masa agak lama.

Beliau agak gementar melihat insiden itu berkata penerbangannya ke Kuching sepatutnya berlepas pada jam 2.20 petang.

Sementara itu, sebelum insiden pesawat terbabas itu tersebar di media sosial dalam kalangan orang ramai di bandar Mukah beberapa foto pusaran angin di kawasan pesisir pantai.

Foto yang dimuat naik di Facebook turut menunjuk awan tebal sebagai latar belakang pusaran angin itu.

Tiada sebarang insiden berhubung kejadian itu dilapor berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang