Nuffnang

Sunday 23 August 2015

Kuching, Samarahan dan Sri Aman jerebu

Kuching: Tiga kawasan di negeri ini mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, setakat 6 petang tadi.

Dalam laman web Jabatan Alam Sekitar, Kuching mencatatkan IPU 102, Samarahan 117 dan Sri Aman 125.

Tujuh kawasan lain di negeri ini mencatatkan bacaan sederhana antara 75 hingga 94.

Jurucakap Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berkata, jerebu di negeri ini dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan untuk pertanian di negara jiran, Indonesia.

Menurutnya, sekiranya pembakaran ini berterusan keadaan jerebu akan bertambah buruk kerana cuaca diramalkan panas dan kering sehingga September.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan berkaitan pembakaran terbuka di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang