Nuffnang

Sunday 9 November 2014

Pastikan kawan dalam laman sosial anda bukan individu palsu




Curiga dengan sesetengah akaun di laman sosial yang hendak berkawan dengan anda? Jom semak dengan Basyar Mustapha akaun itu palsu atau tidak?

Anda yang memiliki akaun Facebook atau Twitter mesti pernah ragu-ragu dengan kesahihan beberapa akaun individu yang ingin berkawan dengan anda di laman sosial. Apabila sekali imbas, timbul persoalan adakah akaun itu akaun individu yang betul-betul wujud atau mungkin palsu. Perasaan serba salah sama ada hendak luluskan permintaan itu atau tidak pasti timbul.

Mungkin anda patut periksa guna beberapa kaedah ini pada akaun yang nampak mencurigakan.

Lihat gambar profil akaun itu.

Jika hanya ada gambar pemandangan, objek ataupun hanya satu saja gambar profil individu itu, nampak sangat akaun berkenaan mencurigakan dan kemungkinan besar individu itu menyamar.

Cuba lihat kemas kini status dan komen di muka depan akaun mereka.

Jika individu itu sudah lama atau tidak konsisten kemas kini status mereka dan tidak ada orang pula yang berhubung dengan mereka, kemungkinan besar akaun itu akaun palsu.

Kalau akaun itu betul, mesti ada rakan atau saudara-mara yang berhubung dengan individu itu. Jarang sangat individu yang aktif Facebook atau Twitter tapi tidak kemas kini status.

Lihat pula aktiviti terbaru mereka.

Adakah individu ini banyak tambahan rakan secara rambang dan macam ada satu paten orang lain yang dia berkawan.

Contohnya, hanya tambah rakan dengan wanita saja atau hanya tambah rakan lelaki saja. Lepas itu tidak ada pun kongsi apa yang minat mereka atau 'Like' di dalam akaun itu. Nampak sangat menyamar!

Cuba kaji latar belakang individu itu.

Jika tidak ada maklumat tentang sekolah, kolej atau apa mereka buat sekarang, lebih baik jangan layan sebab kalau mereka jujur hendak berkawan, kenapa perlu terlalu berahsia? Bahaya!

Tengok tarikh lahir yang terpampang di akaun itu dan gambar atau aktiviti mereka dalam akaun.

Contohnya, kalau muka dalam gambar profil sekeping saja itu nampak macam matang tapi buat komen dan kemas kini perkara macam tidak sesuai dengan usia, mungkin dia menyamar.

Kalau akaun gadis atau lelaki kacak tapi ada letak nombor telefon dan suruh pula hubungi, memanglah patut dicurigai.

Cuba fikir, mana ada rakan perempuan atau lelaki kacak begitu mudah letak nombor telefon di bahagian profil untuk diberi kepada orang yang tidak dikenali. Pelik sangat!

Cuba tengok muka depan profil itu kalau ada orang lain katakan terima kasih kerana tambah mereka sebagai kawan dan tanya adakah mereka saling mengenali tapi individu ini tidak pula memberi sebarang jawapan.

Kalau dia tidak menyamar, dia akan jawab dan kalau tidak jawab langsung, nampak sangat menyamar dan tidak tahu hendak cakap apa.

Lihat bahagian tarikh lahir individu itu kalau tarikh lahirnya 1 Januari atau 31 Disember, kemungkinan besar itu akaun palsu.

Ini kerana apabila seseorang itu mendaftar akaun di laman sosial dan perlu meletakkan tarikh lahir, laman web itu akan secara automatik mengeluarkan salah satu

tarikh ini sebagai pilihan permulaan dan individu yang sedang membuat akaun palsu memang malas hendak memikirkan apa tarikh hari dan bulan yang patut diletak dan hanya menggunakan tarikh itu.

Cuba tarik gambar akaun individu itu dan letakkan ke dalam kotak carian Google dan tekan butang cari. Jika gambar itu wujud di satu sumber laman web lain, anda boleh melihat sumber itu dan tahu kepunyaan siapa sebenarnya gambar itu. Ini kerana setiap gambar yang wujud di Internet ada kodnya dan boleh dicari.

Sekarang ini sudah ada beberapa aplikasi yang boleh membantu anda menentukan sama ada sesuatu akaun individu adalah benar atau palsu. Aplikasi seperti FakeOff dan Fb Checker yang boleh dimuat naik di telefon bimbit dan komputer tablet boleh menentukan sama ada akaun itu palsu atau tidak dalam beberapa minit saja. Memang ini kes berat di laman sosial sampai ada aplikasi khas!

Jadi itulah langkah yang boleh kita lakukan jika hendak pastikan akaun individu yang mencurigakan di akaun laman sosial kita itu individu yang betul-betul wujud atau hendak menyamar saja. Hati-hatilah berkawan di laman sosial dan jangan terlalu mempercayai orang yang kita tidak kenali.

Jika anda sudah tahu sememangnya akaun individu itu palsu, jangan berlengah dan keluarkan saja mereka daripada senarai kawan anda. Kemudian beritahulah kawan anda supaya berhati-hati dengan akaun individu ini. Jaga diri!
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7788#sthash.ITacQ96Y.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang