Nuffnang

Wednesday 30 September 2015

Mari Kita Menanam Sayur

Sepanjang minggu ini sibuk sikit aku nak update blog. ada beberapa tanaman baru sedang tumbuh dari biji benih dan aku pulak sibuk untuk memindahkan mereka dalam polibeg.

Pokok herba kat pasar dah habis aku beli. Sekarang aku mula berjinak hendak menanam pokok sayuran. hahahaha aku tanam sawi, ketombar dan daun sup.

Memandangkan kualiti udara sekarang jerebu yang tak sudah-sudah tanaman aku nampak madot (terbantut) disebabkan pencahayaan matahari tidak cukup.

Terung yang aku tanam dua batang nampaknya boleh dibanggakan sebab macam happy je mereka dalam polibeg. Dah meningkat usianya daun pun dah banyak.

Mulberry yang aku tanam, aku cantas semua nya. sebab serangga suka sangat nak hinggap ke daun nya. aku dah spray dengan racun serangga yang baunya busuk...tetapi tetap juga suka hinggap tak tahu lah dari mana mereka datang. Sedangkan sebelum ini tak ada tanaman pun.

baiklah nanti aku update lagi.. sebab nak kursus hari ini pulak 2 hari. entah sempat ke tidak nya nak update blog.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang