Nuffnang

Friday 7 November 2014

Menangis diarah ke Henry Gurney

Seremban: Seorang pemuda menangis teresak-esak apabila diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berumur 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas disabitkan atas pertuduhan merogol gadis berusia 14 tahun.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lim Chee Soon, 19, selepas mendengar laporan sosial dibacakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), meneliti fakta kes, hujah pihak pendakwaan dan peguam bela.

Terdahulu, Lim yang berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki kanan mengaku bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ulu Beranang, Lenggeng, Nilai, dekat sini, 10 September tahun lalu, kira-kira jam 2 petang.

Foto
LIM diperintah ke Sekolah Henry Gurney.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang