Nuffnang

Sunday 17 November 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

JUARA AF 2013-FAIZUL

Tahniah kepada Faizul atau nama penuh Mohd Faizul Sani berusia 28 tahun adalah Juara Akademi Fantasia 2013. Beliau telah menewaskan 5 lagi rakan sepejuangan nya bagi musim ini iaitu Team Duo Azhael, Amira, Indah, Nabila dan Aisyah. Faizul yang berasal dari Tawau Sabah menerima RM100,000.00, Kontrak Rakaman bernilai RM100,000.00 dan Trofi sebagai hadiah juara. 

Peringkat akhir Akademi Fantasia Faizul menendangkan lagu terbaru beliau berjudul Sepasang Sayap dan Hanyut ( Faizal Tahir ) memberi tuah kepada beliau. Lagu single sepasang sayap telah pun ditayangkan di Astro sejak minggu lepas. 


Kritikan daripada pengkritik tetap Edry, Sharifah Amani, dan Roslan Aziz banyak memberi impak dalam persembahan beliau sejak hari pertama beliau berada di Akademi Fantasia 2013. Perjalanan Faizul dalam Akademi Fantasia dari mula dapat digelar sebagai hero. 

Minggu pertama beliau kurang menonjol dan kedudukan undian sering menunjukan adakalanya turun dan menaik. mungkin ini adalah petunjuk beliau adalah Juara Akademi Fantasia 2013 jika hendak dibandingkan dengan Kumpulan Duo Azhael yang sering berada di tangga di atas dan pernah di singkirkan minggu separuh akhir dan diundi masuk untuk minggu akhir. mengikut sejarah Akademi Fantasia belum pernah lagi pelajar yg di undi masuk menjadi juara seperti LINDA & LOTTER mereka cuma mendapat Naib Juara. mungkin ini sekadar kebetulan sahaja.

Faizul dapat menimba ilmu daripada 3 orang Inspire iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslow and Dato Siti Nurhaliza. ketiga-tiga mereka ini adalah artis yang ternama dan terkenal serta mempunyai banyak pengalaman dalam bidang musik.

Akhirnya 17 November 2013 Akademi Fantasia telah menutup tirainya yang telah diumumkan oleh Dato Siti Nurhaliza.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang