Nuffnang

Wednesday 5 November 2014

Chong Wei puas hati



PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berpuas hati dengan proses analisis ujian ke atas sampel B miliknya selepas meluangkan masa lebih sejam di makmal Hospital Universiti Oslo.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, yang mengiringi pemain itu bersama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, berkata mereka berpuas hati dengan prosedur awal yang dilakukan oleh makmal berkenaan.

Beliau berkata hasil analisis ujian sampel B itu akan mengambil sehari dan keputusan rasmi dijangka diketahui dalam dua atau tiga hari lagi.

“Saya tidak pasti bila pihak makmal akan mengumumkan keputusan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), jadi kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dipetik menerusi temu bual bersama Ketua Staf Nadi Arena, Ahmad Khawari Isa dalam laporan berita Nadi Arena.

“Sampel B itu dibuka di hadapan mata kita sendiri dan atlet berkenaan berpuas hati keadaan sampel itu. Ia dimasukkan ke dalam bekas lain untuk diuji dari segi integriti, fizikal dan nilai pH,” katanya.

Chong Wei dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang ‘deksametason’ semasa ujian rawak yang dijalankan ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Beberapa media tempatan dikatakan berada di Oslo ketika ini bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai keputusan ujian sampel B atlet tersohor tersebut.

Dalam pada itu, Goh berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya sampel B ikon sukan negara itu disahkan positif.

“Kemungkinan kalau perlu, kita mungkin akan tengok dari aspek undang-undang...Buat masa ini, masih belum ke peringkat itu tapi kalau tiba masa perlu, kita akan memberikan sokongan (khidmat guaman kepada atlet tersebut),” katanya.

Berdasarkan peraturan Agensi Antidoping Dunia (WADA), mana-mana atlet yang didapati positif mengambil bahan terlarang boleh berdepan dengan hukuman penggantungan dua tahun daripada mana-mana kejohanan sukan. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6765#sthash.ODIa619m.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang