Nuffnang

Friday, 31 July 2015

MH370: cari siput jumpa serpihan sayap

Saint-Andre (Perancis): Johnny Begue tidak menyangka yang dia akan terserempak serpihan sayap pesawat apabila ke pantai mencari siput.

Penemuan itu kemudiannya membawa dunia terus memberi tumpuan terhadap pulau kecil yang didiaminya.

Begue mengetuai lapan penduduk ke pantai itu untuk melakukan pembersihan di pulau milik Perancis dikenali Reunion.

Penemuan itu berlaku ketika dia berehat pada sebelah pagi. Dia kemudian ke pantai untuk mencari siput yang hendak dicampurkan dengan cili - hidangan yang menjadi kegemaran pelancongan ke pulau itu.

“Ketika itu saya nampak benda pelik di pantai. Saya kemudian panggil rakannya,” katanya.

“Saya terus nampak benda yang pada pendapat saya milik pesawat,” katanya.

Ketika ditemui, sayap sepanjang dua meter itu diselaputi teritip di hujungnya.

Mereka kemudian menarik sayap berkenaan untuk mengelak daripada ditarik laut semula.

Kumpulan itu langsung tidak tahu bahawa benda yang pelik itu adalah serpihan yang kemudiannya menimbulkan spekulasi kemungkinan milik MH370.

Pada awalnya, mereka hendak membiarkan saja sayap itu di pantai bagi tarikan pelancong atau boleh diletakan di kawasan senaman.

Tapi, rakannya Gobalsoumy berkata: “Jumpa serpihan pesawat di pantai tidak normal.

“Kami berkata sesama sendiri, mungkin pesawat ini ada membabitkan nyawa dan penting buat keluarga mereka

“Seorang daripada kemi kemudian mencari maklumat mengenai pesawat di Internet menggunakan telefon bimbitnya dan menemui berita mengenai Malaysia.”

Berita penemuan itu kemudiannya merebak dengan begitu pantas sehingga membawa tumpuan dunia ke pulau yang lebih terkenal dengan serangan jerung.

Pulau berkenaan terkenal dengan 18 serangan jerung dengan tujuh daripadanya membabitkan kematian sejak 2011.

“Inilah kali pertama media tak memperkatakan mengenai serangan jerung yang berlaku di pulau kami,” kata Anna Grondin, 23. - AFP


Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen bagi Ogos

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).


Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawab di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-runcit-ron95-ron97-dan-diesel-turun-10-sen-bagi-ogos-67960

Teritip lekat setahun lalu

Kuala Lumpur: Teritip pada serpihan sayap dua meter yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dianggarkan melekat dalam tempoh enam bulan hingga setahun lalu mengukuhkan lagi dakwaan ia adalah pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Pakar biologi marin di Sekolah Tentera Laut Brest di Perancis, Joseph Poulin berkata, spesis teritip dikenali sebagai ‘Lepas Anatifera’ hidup di dasar laut dengan suhu antara 18 hingga 20 darjah Celsius.

“Saiz dan tumbesaran spesis kerang itu tumbuh satu atau dua sentimeter sebulan bersesuaian dengan tempoh masa tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak setahun yang lalu.

“Dengan penemuan teritip ini berkemungkinan mengukuhkan lagi dakwaan serpihan itu adalah milik MH370,” katanya kepada portal Express.co.uk

Poulin berkata, ‘Lepas Anatifera’ adalah teritip pelagik yang melekat pada pelbagai objek terapung termasuk kayu hanyut, botol, bot, pelampung, rakit dan penyu.

“Spesis ini adalah yang paling banyak di perairan tropika dan subtropika seperti di Lautan Hindi di mana penerbangan MH370 dipercayai sudah berakhir.

“Kawasan ini diketahui adalah tempat berkembangnya teritip iaitu bersesuaian dengan kawasan pencarian 60,000 kilometer persegi di luar pantai barat laut Australia,” katanya.

Sementara itu, satu botol minuman dipercayai dari China dan produk pembersihan dari Indonesia ditemui terdampar di Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan flaperon disyaki milik MH370.

Produk berkenaan ditemui beberapa jam selepas serpihan sepanjang dua meter itu dijumpai di lokasi kejadian. - Express.co.uk


TERITIP yang berada di serpihan sayap dijangka melekat enam bulan hingga setahun lalu.

Sah milik Boeing 777

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yang ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yang secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adalah milik pesawat penerbangan MH370.

“Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

"Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi,” katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untuk mengenal pasti pesawat mana.

Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

"Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

“Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. - AFP

Thursday, 30 July 2015

‘Sama tapi belum pasti’

Pulau Reunion (Madagascar): Selepas lebih setahun hilang, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mungkin ditemui apabila satu objek dipercayai serpihan sayap daripada bahagian pesawat ditemui hanyut berhampiran pantai Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi, semalam.

Daily Mail melaporkan, serpihan sepanjang dua meter itu ditemui penduduk yang membersihkan pantai berkenaan.

Seorang saksi berkata, ia dilitupi cengkerang, menunjukkan ia sudah berada dalam air untuk sekian lama.

Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman berkata, tidak boleh dinafikan serpihan itu daripada pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Katanya, berdasarkan gambar serpihan berkenaan, ia ada persamaan dengan #B777 'flaperon' merujuk kepada Boeing 777, jenis pesawat yang hilang itu.

Sementara itu, Pegawai Tentera Perancis, Christian Retournat berkata, serpihan itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap pesawat dan dibawa ke pulau Reunion pagi semalam (waktu tempatan)

“Terlalu awal untuk mengesahkan ia milik MH370 atau tidak. Kita baru menemui serpihan itu pagi tadi,” katanya.

Telegraph.co.uk pula melaporkan, Tytelman percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Bekas juruterbang yang kini bertugas sebagai pakar keselamatan udara berkata, dia dihubungi oleh seorang penduduk pulau berkenaan dan menghantar gambar serpihan itu kepadanya.

“Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja.

“Kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370.

Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi keyakinan ia dari MH370.

“Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370),” katanya.

Berita mengenai penemuan itu sudah tersebar di laman sosial dan ramai beranggapan serpihan itu adalah bahagian pesawat MH370.

Sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan itu benar-benar dari pesawat MH370.

Serpihan itu sudah diambil pihak berkuasa tempatan untuk dianalisis.

Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac 2014 mengumumkan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66962#sthash.rngfrwkH.dpuf

Adakah ini bangkai pesawat MH370?

Satu serpihan pesawat yang mempunyai persamaan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dijumpai di Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi.


Penemuan itu mencetuskan persoalan ia mungkin pesawat yang dilaporkan hilang di perairan Malaysia pada Mac tahun lalu.

Seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman, percaya ia mungkin serpihan pesawat MH370 berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.

Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap dijumpai penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.

“Kod berkenaan bukan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti,

“Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AFP.

Nombor yang tertera pada serpihan itu; BB670.

Laporan penemuan serpihan tersebut jadi perbualan hangat di media sosial dan #MH370 trending di Malaysia.



Sementara itu The Telegraph melaporkan polis di Pulau Reunion yang membuat pemeriksaan awal terhadap serpihan itu berkata ia mungkin telah berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.

“Kami tidak dapat pastikan tetapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan,” katanya.

Pegawai pengangkutan udara Perancis juga dilaporkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dari mana datangnya serpihan berkenaan.


Satu serpihan pesawat yang mempunyai persamaan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dijumpai di Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi.


Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370, kejadian yang dianggap misteri dalam sejarah penerbangan.

Kehilangan pesawat berkenaan membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengistiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada didalam pesawat berkenaan telah terkorban.

Banyak teori muncul mengenai pesawat itu antaranya ia telah mendarat di Diego Garcia atau ‘konspirasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) serta ada pihak yang menyembunyikan sesuatu.

Bagaimanapun, Tytelman percaya lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan.

Namun jika benar ia adalah serpihan pesawat MH370, lokasi ia ditemui berhampiran pantai Magadascar jauh tersasar daripada lokasi terakhir ia dikesan, perairan Vietnam kira-kira 3,800 batu. 


Hampir pasti milik Boeing 777

London: Pakar berpendapat serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion ialah komponen pada sayap Boeing 777 dikenali sebagai ‘flaperon’ gabungan ‘flap’ dan ‘aileron’ yang terletak pada sayap pesawat.

Menurut laporan Guardian, ‘flap’ membolehkan pesawat terbang pada kelajuan rendah serta menambah seretan yang biasanya terangkat ketika penerbangan. Ia terletak di belakang sayap membolehkan berlepas atau mendarat pada jarak pendek.

‘Aileron’ juga berada di belakang sayap berfungsi membantu pesawat ke kiri atau kanan.

Setakat ini pakar dan penyiasat hanya bergantung pada gambar serpihan yang ditemui di pulau itu untuk membuat kesimpulan.

Banyak spekulasi boleh ditemui di Internet, terutama blog penerbangan yang cuba membandingkan persamaan serpihan ditemui dengan komponen pada pesawat Boeing 777.

Bandingkan serpihan yang ditemui semalam (gambar A) dengan ‘flaperon’ di kilang Boeing (gambar B) yang disiarkan dalam forum perbincangan airliners.net.

Satu lagi petunjuk ialah nombor pada serpihan berkenaan iaitu ‘BB670’. Tidak dapat dipastikan di mana nombor berkenaan ada pada serpihan yang ditemui namun menurut bekas penyiasat Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Greg Feith, setiap komponen pesawat mempunyai tag data. Pada Boeing 777 ialah seperti gambar C.

Dalam Aircraft Maintenance Manual (Manual Penyelenggaraan Pesawat) Boeing, 670 merujuk kepada zon nombor bahagian sayap kanan, termasuk ‘flaperon’.

Bagaimanapun, mekanik dari syarikat penerbangan di Réunion, Air Austral, berkata wartawan tempatan meneliti serpihan itu bersama pegawai tentera Perancis mendakwa nombor pada komponen itu ialah 657-BB, berbeza dengan nombor BB670 yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Australia.

Sementara itu, Reuters melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata: “Setakat ini hampir pasti ‘flaperon’ itu milik pesawat Boeing 777. Ketua penyiasat kami memberitahu saya.”

Sejak Boeing 777 mula terbang 20 tahun lalu, empat nahas berlaku membabitkan pesawat berkenaan. Hanya MH370 disyaki terhempas di Lautan Hindi berhampiran serpihan itu ditemui.

Agensi penyiasat nahas pesawat Perancis, BEA, menyatakan ia akan bekerjasama dengan pasukan Malaysia dan Australia memeriksa serpihan itu. Australia yang mengetuai gerakan mencari di Lautan Hindi menyatakan siasatan serpihan itu akan diketuai pasukan Perancis dan Malaysia.

Menurut Reuters, Feith berkata, sumbernya di Boeing memberitahunya serpihan itu adalah milik pesawat 777 tetapi tidak dapat dapat dipastikan sama ada milik MH370 atau tidak.

“Namun tiada pesawat Boeing 777 hilang atau terhempas di kawasan itu,” kata Feith.

Pakar lautan berpendapat pertukaran arah arus di selatan Lautan Hindi mungkin menghanyutkan serpihan dari MH370 ribuan kilometer dari lokasi pesawat berkenaan disyaki terhempas.

Pakar laut di Universiti New South Wales di Sydney, Robin Robertson, berkata masa dan lokasi serpihan itu ditemui membuatkan ia berkemungkinan besar milik MH370 berdasarkan keadaan arus Lautan Hindi. - Agensi

Wednesday, 29 July 2015

Menteri, timbalan menteri baru angkat sumpah

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin hari ini mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.

Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10 pagi.

Selepas Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.

Mereka kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Upacara itu diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. - Bernama

Malaysia tidak akan meterai TPPA di Hawaii, kata Mustapa

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang mengetuai pasukan perunding Malaysia terdiri daripada lebih 20 kementerian dan agensi, berkata: "Permeteraian TPPA tidak akan berlaku di Hawaii."

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seperti Malaysia, setiap anggota TPPA perlu melalui proses domestiknya sendiri sebelum keputusan akhir untuk memeterai dan mengesahkan perjanjian dibuat.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan.

"Objektif kami pada mesyuarat ini adalah untuk memastikan kepentingan dan kebimbangan Malaysia ditangani," katanya.

Beliau berkata selepas lima tahun, rundingan TPPA bakal dimuktamadkan dan pada tahap ini negara-negara perlu membuat keputusan yang sukar.

"Seperti dalam semua rundingan, keputusan muktamad perlu dibuat," katanya.

Beliau berkata kerajaan mengambil pendirian tegas dalam TPPA, yang mana perlembagaan, kedaulatan dan dasar-dasar teras negara seperti pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan agenda Bumiputera akan dilindungi.

"Saya menyeru rakyat Malaysia agar berfikiran terbuka tentang TPPA. Memahami bahawa walaupun terdapat kos, namun terdapat juga manfaatnya kepada negara," katanya.

Mustapa berkata maklum balas daripada semua pihak berkaitan TPPA membantu membimbing dan mempengaruhi pendirian rundingannya bagi pelbagai isu yang dibincangkan.

Beliau berkata, kemudiannya nanti, dokumen akhir bersama dengan dua analisis kos-dan-manfaat akan dibentangkan kepada umum dan Parlimen.

Keputusan sama ada untuk memeterai atau menolak TPPA akan menjadi keputusan bersama rakyat Malaysia, katanya.

Mustapa berkata TPPA tidak menghalang kerajaan daripada meneruskan dan mengawal selia objektif dasar awam yang sah, terutamanya dalam bahagian seperti keselamatan negara, persekitaran sihat awam dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa perlindungan yang sedang dirundingkan bagi menangani kebimbangan utama termasuk mengelak cabaran remeh oleh pelabur, katanya.

"Perlu diketahui bahawa mekanisme Penyelesaian Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bukan suatu yang baharu bagi Malaysia. 

"Kita telahpun mempunyai 74 perjanjian pelaburan dua hala dan lapan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mengandungi peruntukan ISDS," katanya.

Mengenai pemerolehan kerajaan, Mustapa berkata, Malaysia melindungi keutamaan Bumiputera dengan memastikan keutamaan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera dikekalkan.

Mengenai kawalan modal, Malaysia berjaya mempertahankan haknya untuk memastikan terdapat ruang dasar mencukupi bagi mengurangi sebarang kesan negatif aliran modal dan memelihara kestabilan kewangan dan makroekonomi, katanya.

Beliau berkata satu lagi kebimbangan utama ialah dakwaan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat tinggi akibat daripada perlindungan paten.

Bagaimanapun, pada hakikatnya, klausa perlindungan paten dalam TPPA tidak berbeza daripada peraturan Malaysia sekarang bagi perkara ini, kata Mustapa.

Malaysia mendapati bahawa TPPA menyediakan akses pasaran kepada empat rakan dagangan yang negara tidak mempunyai FTA dengannya - AS, Kanada, Mexico dan Peru, katanya.

Mengenai Islam, Mustapa memberi jaminan bahawa tidak ada apa dalam TPPA yang boleh mengancam kedudukannya sebagai agama rasmi Malaysia dan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang FTA yang boleh menjejaskan peruntukan perlembagaan ini.

Mengenai kebimbangan umum TPPA dirundingkan 'secara rahsia', beliau berkata: "Dalam rundingan antarabangsa, teks rundingan biasanya tidak dikeluarkan kepada orang awam. Bagaimanapun, semua isu yang dirundingkan dibincang secara terbuka."

Beliau berkata rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada teks penuh sekiranya satu persetujuan dicapai.

more 

Najib mahu bentuk pasukan Kabinet yang setia - penganalisis

KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Fuad Othman menyifatkan rombakan Kabinet yang dilakukan perdana menteri menunjukkan beliau mahukan sebuah pasukan yang setia dan sentiasa bersama-sama dengannya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 

"Ada tiga perkara, yang pertama, rombakan ini dibuat demi membentuk satu pasukan Kabinet yang mantap dan boleh bekerja keras lagi kerana banyak lagi agenda negara perlu dilaksanakan.

"Kedua, perdana menteri mahukan satu pasukan Kabinet yang taat setia dan akan sentiasa bersama-sama dengannya walau dalam apa jua keadaan kerana ini penting untuk mewujudkan satu pasukan yang boleh bekerja, bukan sahaja untuk negeri, tetapi juga untuk agama, bangsa, negara," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini.

Langkah itu juga dilihat sebagai suatu langkah politik dalam usaha memenangi hati rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah langkah politik untuk menyediakan Barisan Nasional (BN) dalam menuju Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) supaya menjelang PRU itu, kerajaan mampu membuktikan mereka yang terbaik," kata beliau.

Mengulas lanjut, beliau melihat perdana menteri sebagai pemimpin yang sedia menerima pendapat, namun ia perlu dibuat dalam saluran yang sepatutnya.

"Seperti mana perdana menteri kata, tidak ada masalah dengan perbezaan pendapat. Beliau pun banyak terima pendapat dan pandangan, tetapi apabila saranan ini dikeluarkan di luar kebiasaan, maka boleh timbul masalah dan tanggapan negatif.

"Ia sepatutnya dilakukan dalam saluran dalaman, cara itulah yang saya kira terbaik," tambah beliau.

Ditanya mengenai landskap politik negara selepas ini, beliau menjelaskan, ia banyak bergantung kepada keupayaan barisan Kabinet baharu berkenaan.

"Rakyat akan menilai sejauh mana Kabinet baharu menyampaikan aspirasi mereka dan membawa negara ke arah yang lebih baik lagi," ujarnya.

‘Utamakan parti dan negara’

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan ahli parti khususnya penyokongnya supaya tidak memikirkan sangat soal pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau mahu semua pihak mengutamakan kepentingan parti dan negara dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“€œSaya akan menjalankan tugas saya seperti biasa seba ai Timbalan Presiden seperti yang sudah diamanahkan dalam perhimpunan agung,”€ kata beliau pada sidang media khas yang dihadiri puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa di kediamannya di Bukit Damansara di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abd Rahman.

Dalam pada itu Muhyiddin menjelaskan tidak berminat untuk menimbulkan perbalahan dengan sesiapa dalam parti.

Beliau mahu semua ahli UMNO bersatu padu dalam suasana politik yang tidak menentu.

“€œSaya tidak terbabit dengan apa-apa usaha untuk berbaah dalam parti kerana saya tahu UMNO ketika ini tidak kuat”€ kata beliau.

Sehubungan itu, tugas beliau adalah untuk terus membantu parti dalam kapasiti yang ada dengan sebaik mungkin.

Tuesday, 28 July 2015

Muhyiddin, 4 menteri terkeluar dalam rombakan Kabinet, kata sumber

Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini.

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.

Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keluar dari gerbang Istana Negara pada 10 pagi tadi. Najib pada masa ini sedang mempertimbangkan tindakan saman terhadap akhbar yang melaporkan tentang skandal 1MDB, selepas menggantung 2 akhbar perniagaan tempatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Julai, 2015.

Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama.

Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35.

Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi.

Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – jabatan terbesar dalam sejarah Malaysia moden.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah.

“Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu.

Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya.

Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan.

Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks.

Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit. – 28 Julai, 2015.

SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015

Senarai penuh Rombakan Kabinet 28 Julai 2015 – Dalam barisan Kabinet baru itu, nama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan beliau digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa 29 Julai 2015.

PUNCA ‪#‎RombakanKabinet dan tukar TPM
Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya ‘sukar’ namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.

SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015
“Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran. Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu. Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan…,” katanya.

Antara kejutan dalam senarai kabinet kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar. [sinarharian]

Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dalam #RombakanKabinet yang berkuatkuasa 29 Julai 2015:

SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015
SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015 2

PERDANA MENTERI:
  • Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTER:
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
MENTERI KEWANGAN:
  • Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
  • Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
  • Datuk Chua Tee Yong
  • Datuk Johari Abdul Ghani
MENTERI PERTAHANAN:
  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mohd Johari Baharum
MENTERI DALAM NEGERI:
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri:
  • Datuk Nur Jazlan Mohamed
  • Masir Anak Kujat
MENTERI LUAR NEGERI:
  • Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menter:
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2:
  • Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri:
  • Datuk Ahmad Maslan
MENTERI KESIHATAN:
  • Datuk Seri Dr S.Subramanian
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
MENTERI PENDIDIKAN:
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri:
  • P.Kamalanathan
  • Chong Sin Woon (Senator)
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
  • Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mary Yap Ken Jin
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
  • Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mas Ermieyati Samsudin
MENTERI PENGANGKUTAN:
  • Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri:
  • Datuk Abdul Aziz Kaprawi
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
  • Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri:
  • Datuk Noriah Kasnon
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
  • Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri:
  • Datuk Jailani Johari
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
  • Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri:
  • Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
  • Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri:
  • Datuk Dr Abu Bakar Diah
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri:
  • Datuk Ir Hamim Samuri
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
MENTERI KERJA RAYA:
  • Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri:
  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
  • Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri:
  • Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT:
  • Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri:
  • Datuk Azizah Mohd Dun
  • Senator Datuk Chew Mei Fun
MENTERI SUMBER MANUSIA:
  • Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
  • Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri:
  • Datuk loga Bala Mohan
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
  • Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri:
  • Datuk M Saravanan
MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI:
  • Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Nancy Shukri
  • Senator Datuk Seri Wahid Omar
  • Datuk Wee Ka Siong
  • Datuk Seri Jamil Khir Baharom
  • Senator Datuk Seri Idris Jala
  • Tan Sri Joseph Kurup
  • Datuk Joseph Entulu Belaun
  • Datuk Seri Shahidan Kassim
  • Senator Paul Low Seng Kuan
  • Datuk Mah Siew Keong
Timbalan Menteri:
  • Datuk Razali Ibrahim
  • Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
p/s: Senarai lengkap dah…

‘Keputusan amat sukar’



Kuala Lumpur: Selepas beberapa kali spekulasi berkaitan rombakan kabinet diperkatakan, ia berlaku petang tadi apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digantikan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Empat Menteri dan seorang Timbalan Menteri turut digugurkan dalam sidang media khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, petang tadi.

Najib berkata, rombakan kabinet termasuk pertukaran portfolio Menteri dibuat selepas mengambil kira kepentingan politik dan pentadbiran.

Beliau berkata, ini bagi memastikan pentadbiran di bawah beliau terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang sudah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu negara yang berbangkit supaya dapat bertindak dengan berkesan.

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan, namun sebagai anggota kabinet perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan terhadap kerajaan dan negara,"katanya.

Najib berkata, keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin satu keputusan amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan supaya Jemaah Menteri dapat bergerak dalam satu pasukan yang jitu.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan Tan Sri Muhyiddin, begitu juga menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama saya dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Selain Muhyiddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan diganti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek digugurkan, diganti Datuk Hamzah Zainuddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin digugurkan, diganti dengan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel digugurkan, diganti dengan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Rahim Abu Bakar digugurkan, diganti dengan Datuk Mohd Johari Baharum.
 

'Muhyiddin, berehatlah, biar SPRM siasat 1BestariNet hingga selesai'

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.
"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.



Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-berehatlah-biar-sprm-siasat-1bestarinet-hingga-selesai-67503

Monday, 27 July 2015

TanamSendiri.com -- Grow Your Own: Daun Mulberry Dan Sup Ayam

TanamSendiri.com -- Grow Your Own: Daun Mulberry Dan Sup Ayam: Dua hari lepas, saya kerat pokok mulberry untuk dapatkan keratan kerana ada pesanan keratan untuk disemai.  Daun dikumpul untuk dikompos.  S...

Ketuhar gelombang mikro dan Bahayanya

Ketuhar Gelombang Mikro ( Microwave )


Mengapa orang bimbang tentang radiasi gelombang mikro?

Ketuhar gelombang mikro yang digunakan setiap hari di restoran, kafeteria, ruang istirehat, dapur, bar snek, dan rumah-rumah. Sesetengah pengguna ketuhar gelombang mikro boleh mengambil berat tentang bahaya kesihatan yang berpotensi daripada pendedahan kepada kebocoran radiasi gelombang mikro. Anda boleh membantu untuk menjaga anda terdedah kepada tenaga gelombang mikro sekurang-kurangnya dengan menjaga ketuhar gelombang mikro anda dalam keadaan yang baik.


Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi?

Di dalam ketuhar gelombang mikro, makanan dimasak dengan mendedahkan kepada radiasi gelombang mikro. Ketuhar gelombang mikro adalah satu bentuk frekuensi radio (RF) tenaga elektromagnet. Apabila tenaga ini bersentuhan dengan makanan, tenaga yang diserap menyebabkan molekul air dalam makanan untuk berputar. Gerakan ini menyebabkan geseran antara molekul dan menghasilkan peningkatan pesat dalam suhu. Tenaga gelombang mikro yang dihasilkan oleh magnetron itu dipindahkan ke rongga ketuhar melalui seksyen pandu gelombang (2450 MHz (megahertz) bagi kebanyakan ketuhar konvensional). A kacau mod merebak tenaga gelombang mikro yang lebih kurang sama rata di seluruh ketuhar.

Microwave oven

ketuhar gelombang mikro
Sebagai Kesihatan Kanada menyatakan, "Ketuhar gelombang mikro tidak boleh dikelirukan dengan sinar-X atau lain-lain bentuk sengit tenaga. ketuhar gelombang mikro yang dihasilkan oleh microwave oven tidak menyebabkan makanan atau ketuhar itu sendiri untuk menjadi radioaktif".


Ketuhar gelombang mikro boleh bocor radiasi?

Kesihatan Kanada menyatakan bahawa "beberapa tenaga gelombang mikro mungkin keluar dari ketuhar anda semasa anda menggunakannya, tetapi ini akan menimbulkan risiko kesihatan yang tidak diketahui, selagi ketuhar itu diselenggara dengan baik." Meterai pintu lama atau rosak adalah sebab-sebab yang paling biasa kebocoran radiasi gelombang mikro. Penyalahgunaan Mekanikal, satu pengumpulan kotoran, atau haus dan lusuh daripada penggunaan berterusan boleh menyebabkan meterai pintu menjadi kurang berkesan.


Bagaimanakah sinaran yang diukur di luar gelombang mikro?

Radiasi gelombang mikro diukur sebagai 'ketumpatan kuasa' dalam unit milliwatts per sentimeter persegi (mW / cm2) yang pada dasarnya adalah kadar tenaga yang terdapat dalam satu sentimeter persegi. Peralatan khas yang diperlukan untuk mengesan dan mengukur kebocoran.


Apakah yang akan berlaku kepada orang-orang yang menggunakan perentak jantung ketika mereka berhampiran ketuhar gelombang mikro?

Sebagai Kesihatan Kanada menyatakan:. "Sesetengah model awal perentak jantung adalah mendapat gangguan dari ketuhar gelombang mikro Penambahbaikan dalam melindungi dan penapisan perentak moden dan pengurangan tahap kebocoran dari ketuhar gelombang mikro yang lebih baru telah dikurangkan atau dihapuskan kebimbangan ini Kebanyakan model hari ini. tidak terjejas berada dekat dengan ketuhar gelombang mikro, selama kebocoran itu adalah dalam had yang ditetapkan oleh peraturan. Sesiapa kesihatan Kanada dengan perentak jantung yang mendapat ketidakselesaan pening atau pengalaman sekitar ketuhar gelombang mikro patut menghindarinya ketuhar dengan segera dan berunding dengan penjagaan kesihatan profesional. "


Apakah antara langkah-langkah keselamatan umum untuk ketuhar gelombang mikro?
Tips keselamatan untuk operasi ketuhar gelombang mikro:

  • Ikut arahan pengilang untuk prosedur operasi dan langkah-langkah keselamatan. Sebarang salah guna oven boleh menyebabkan kecederaan peribadi.
  • Seperti yang dinyatakan di atas, orang yang menggunakan perentak jantung moden tidak mengalami kesukaran apabila berhampiran ketuhar gelombang mikro yang dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah atau gejala notis (contohnya, pening atau rasa tidak selesa), beralih daripada gelombang mikro dengan segera dan berunding dengan doktor anda.
  • Semak untuk melihat bahawa meterai pintu dan permukaan bahagian dalam pintu dan rongga ketuhar bersih selepas setiap kali digunakan.
  • Membaiki atau menggantikan mana-mana gelombang mikro yang tidak dalam keadaan yang baik.
  • Pembaikan hanya boleh dilakukan oleh pegawai perkhidmatan yang layak.
  • Jangan gunakan gelombang mikro jika pintu tidak ditutup (contohnya, bengkok, meleding atau rosak dalam apa cara sekalipun).
  • Jangan melumpuhkan atau oleh-lulus mana-mana kunci keselamatan.
  • Jangan masukkan objek melalui lubang atau sekitar meterai pintu.

Tips keselamatan untuk penyelenggaraan ketuhar gelombang mikro termasuk:

  • Berhati-hati untuk memastikan tiada kerosakan berlaku kepada sebahagian daripada membuat hubungan oven dengan pintu atau pintu anjing laut.
  • Pembaikan hanya boleh dilakukan oleh pegawai perkhidmatan yang layak.
  • Jangan oleh-lulus saling kunci pintu.

Tips keselamatan untuk pembaikan dan pengujian ketuhar gelombang mikro dan komponen mereka termasuk:
  • Hanya kakitangan perkhidmatan yang berkelayakan harus cuba pembaikan dan / atau pengujian ketuhar gelombang mikro dan komponen mereka.
  • Kakitangan perkhidmatan perlu sedar risiko yang berkaitan dengan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro apabila melakukan ujian atau pembaikan.
Pastikan pelarasan voltan digunakan, penggantian komponen penjanaan kuasa gelombang mikro, merungkai komponen ketuhar, dan refitting dari pandu gelombang yang dilakukan oleh orang-orang yang dilatih khusus untuk tugas-tugas tersebut. Jangan menguji komponen kuasa gelombang mikro menjana tanpa beban yang sesuai berhubung dengan output. Kuasa yang dijana tidak harus dibenarkan untuk memancarkan bebas ke kawasan yang diduduki.

Adakah terdapat mana-mana standard yang berkenaan dengan ketuhar gelombang mikro?

Kesihatan Kanada menubuhkan Radiasi Pemancar Peranti Peraturan, di bawah Akta Radiasi Pemancar Peranti untuk "mengawal reka bentuk, pembinaan dan fungsi ketuhar gelombang mikro yang dijual, disewa atau diimport ke Kanada."

Bahagian III (Microwave Oven) daripada Sinaran Emitting Peranti Peraturan-Peraturan (CRC, C. 1370) menetapkan had berikut untuk kebocoran sinaran pada 5 cm dari permukaan ketuhar gelombang mikro:


  • 1.0 mW / cm2 dengan beban ujian
  • 5.0 mW / cm2 tanpa beban ujian


Maklumat mengenai peralatan untuk mengukur kebocoran ketuhar gelombang mikro boleh didapati dari pembekal dan pengeluar instrumen tersebut. Sinaran Emitting Peranti Peraturan memerlukan alat pengukur mestilah mampu mengukur kepadatan kuasa 1.0 mW / cm2 dengan ketepatan ± 2dB atau yang lebih baik dan mempunyai petunjuk dengan masa tindak balas tidak lebih besar daripada 3 saat.

Orang yang terdedah kepada radiasi gelombang mikro atau frekuensi radio juga mungkin ingin berunding Kesihatan Kanada Keselamatan Kod 6: Garis Panduan Radiofrequency Pendedahan Kesihatan Kanada

Kesihatan Kanada menyatakan:. "Had yang dinyatakan dalam garis panduan ini adalah berdasarkan kepada kajian semula berterusan kajian sains pada kesan kesihatan tenaga RF Menggunakan data daripada kajian ini, Kesihatan Kanada menetapkan had pendedahan awam untuk termasuk margin keselamatan konservatif antara had pendedahan dan had yang sebenar untuk kesan kesihatan yang berpotensi yang buruk. "

Mulberry - Bahagian 3

Cara penanaman Mulberry


potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) 

kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). 

Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). 

Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je. Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . 

Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat. 


Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup.

Pokok mulberi dikatakan banyak kegunaan dan khasiatnya. Bukan setakat buahnya boleh dimakan segar, malahan pucuknya juga boleh dibuat sayur.

Selain itu daunnya boleh dikeringkan untuk dibuat teh. Kulit batang dan akarnya juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri bagi merawat dan mencegah penyakit tertentu.

Berikut adalah antara tips penanaman dan penjagaan pokok mulberi:

Cara yang paling mudah untuk menanam pokok mulberi adalah daripada keratan batangnya.

Seeloknya keratan mulberi terus disemai sebaik sahaja di potong daripada pokok induknya. Ini kerana keratan batang mulberi mudah kering dan rosak sekiranya dibiarkan terlalu lama.

Pangkal batang mulberi boleh disalut dengan serbuk penggalak akar dan buatkan lubang sedalam 3 cm dan letakkan batang seterusnya timbuskan lubang dengan Tanah.

Letakkan pasu semaian di tempat redup. Setelah keluar tunas dan daun barulah dialihkan ke tempat panas.

Pokok mulberi perlukan cahaya matahari penuh untuk membesar dan berbuah.


PENANAMAN

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.

Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).

Tinggi pokok Mulberi biasanya antara 5-6 kaki.

Jarak penanaman pokok Mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.PENJAGAAN

Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memangkas)

Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan/sekali. boleh juga guna bahan tinja/kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.

pokok mulberi jarang kena penyakit.


Sambungan

Mulberry Bahagian 1
Mulberry Bahagian 2

Mulberry - Bahagian 2

Khasiat buah Mulberry ialah :

1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk,demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Sambungan

Mulberry Bahagian 1
Mulberry Bahagian 3

Mulberry - Bahagian 1

Pengenalan Kepada Mulberry




Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis. 


Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Sambungan

Mulberry Bahagian 2
Mulberry Bahagian 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang