hari ini 24 Disember 2013 cukup mengemparkan seluruh warga di Sabah dan Malaysia. Kejadian itu berlaku di Lahat Datu Sabah dimana ikan banyak menghampiri pinggir laut di saksikan ramai penduduk di kawasan itu.
Persoalan yang timbul kenapa ikan tersebut banyak menghampiri pantai tanpa disedari.
Kejadian aneh ini dikaitkan dengan kejadian Tsunami bakal berlaku samaada besar atau kecil. Mereka yang tinggal di pinggir pantai juga diberi amaran supaya beringat sentiasa berwaspada. walaupun tiada maklumat yang shahih namun disarankan agar semua penduduk berdoa agar kejadian yang tidak diingini dihindarkan.
Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.
Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996.
Kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi kejadian bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....