Nuffnang

Friday, 7 November 2014

Mangsa rayu perompak tidak perkosa

Port Dickson: Seorang perompak merogol dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dirogol, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.

Menurut sumber, lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.

“Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7185#sthash.fGDVvTnm.dpuf

Wanita lahir bayi beruban




Beirut: Kelahiran seorang bayi dengan rambut beruban di kem pelarian Syria di Lubnan menjadi viral di negara itu. Ramai pengguna laman sosial menyifatkannya sebagai lambang kepada krisis yang berlaku di Syria.


Akhbar di Lubnan melaporkan, bayi lelaki itu dilahirkan oleh seorang pelarian Syria di Lubnan tetap tidak menyebut di mana.

Gambar bayi berkenaan dimuat naik di beberapa laman sosial negara itu.

Ada yang berkata, ia berpunca daripada penyakit sementara yang lain mendakwa, ia petanda hari kiamat sudah hampir.

“Keadaan bayi itu menggambarkan keadaan di Syria. Semoga Allah membantu ibu dan keluarganya. Ibunya melahirkannya selepas dia mengharungi tragedi. Semoga Allah membantu rakyat Syria,” komen seorang pembaca. - Agensi

Tipu bida punca 
harga tender naik

KUCHING 4 Nov. - Kerajaan memandang serius gejala penipuan bida kerana amalan itu dikenal pasti sebagai punca meningkatnya harga tender antara 12 hingga 15 peratus di negara ini.


Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, amalan tersebut merupakan kesalahan besar di bawah Seksyen 4(2)(d) Akta Persaingan 2010 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 10 peratus daripada nilai pusingan sedunia perusahaan berkenaan.

Katanya, perbuatan itu juga boleh menyebabkan pembaziran dan ketirisan apabila perolehan barangan, perkhidmatan serta pekerjaan yang dibayar lebih daripada harga pasaran tetapi tidak digunakan sepenuhnya atau tidak menepati piawaian.

“Justeru, kita menyeru semua pihak termasuk orang awam supaya memberi kerjasama kepada kerajaan dengan menyalurkan maklumat sekiranya berlakunya penipuan bida kerana perbuatan tersebut sukar dikesan.

“Amalan sebegini merupakan ancaman besar terutama kepada institusi awam kerana kebanyakan kes penipuan bida melibatkan projek yang memerlukan pelaburan kos dan teknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Menentang Tipuan Bida Dalam Perolehan Awam dan buku Bantu Kami Kenal Pasti Tipuan Bida, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Stanley Tan.

Program advokasi anjuran MyCC itu dihadiri oleh 150 pegawai perolehan dari pelbagai agensi kerajaan.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, kerajaan menekankan akauntabiliti dan ketelusan dalam perolehan atau tender diuruskan yang melibatkan dana awam.

“Sepatutnya jika perolehan dikelolakan dengan betul, penjimatan yang didapati boleh disalurkan kepada projek lain.

“Kualiti barangan atau perkhidmatan juga boleh terjejas kerana tender tidak dijalankan oleh pembida yang paling efisien dan berkemahiran,” katanya.

Untuk itu, tegas beliau, mana-mana perolehan awam perlu mengikut lima prinsip utama iaitu akaun­tabiliti awam, pengurusan secara telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama.

Dalam pada itu, orang ramai boleh memuat naik secara percuma dua buku yang dilancarkan pada Jun lalu daripada laman web www.mycc.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh emel kepada spiad@mycc.gov.my.

Aaisyah Dhia Rana, nama pilihan Che Ta



KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pasangan Rozita Che Wan atau Che Ta, 41, dan Zain Saidin memilih Aaisyah Dhia Rana sebagai nama bagi anak sulung mereka.


Dhia Rana membawa maksud sinar kecantikan manakala Aaisyah mengambil sempena nama ibu Zain.

Nama bayi perempuan pasangan itu didedahkan Zain, 30, hari ini dalam sebuah program hiburan.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November lalu di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Menu ala ‘sushi’

Kota Bharu: Asalnya ia hanya makanan khusus untuk golongan nelayan laut dalam yang dihasilkan untuk mengalas perut mereka apabila berada di tengah lautan berhari lamanya tanpa sebarang keperluan memasak.

Digelar lawar ikan, makanan ini hanyalah membabitkan isi ikan mentah, kacang panjang dan cili yang semuanya digaul dan disajikan bersama perahan limau nipis.

Penyediaannya ringkas dan lawar juga tidak perlu dimasak di atas api dapur, sekali gus memudahkan nelayan yang hanya membawa bekalan asas seperti beras, gula, garam, roti, bawang dan mi segera serta makanan kering lain.

Boleh jadi kerana ringkasnya sajian itu dan kelainan dibawa menyebabkan lawar turut popular dalam kalangan penduduk di tepi pantai, malah kini diketengahkan menjadi sebahagian hidangan menyelerakan ketika berkunjung ke Kelantan.

Suri rumah Salma Ismail, 43, yang tinggal di Pantai Sabak, di sini, berkata, lawar hanya boleh ditemui di kawasan penempatan berdekatan pantai sama ada di tempatnya mahupun Bachok atau Tok Bali, Pasir Puteh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SALMA Ismail, menunjukkan makanan lawar ikan yang telah siap untuk dimakan yang terkenal dalam kalangan masyarakat pesisiran pantai di Sabak, Kelantan.

Video buli, jangan mudah panik dan sebar - SKMM

PUTRAJAYA 7 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai tidak mudah panik sekiranya terdapat klip video memaparkan gejala buli atau salah laku pelajar yang baru-baru ini menjadi viral di laman-laman sosial.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata, sebaliknya mereka perlu segera melaporkan kewujudan klip-klip video seumpama itu kepada pihak polis serta SKMM bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai juga tidak seharusnya menyebarkan atau berkongsi dengan orang lain klip-klip video seperti itu kerana dikhuatiri paparan insiden buli tersebut sudah lama berlaku dan bukannya kejadian baharu.

“Sebab itu kita perlu laporkan kepada pihak polis dan SKMM kerana kita tidak tahu bilakah sebenarnya tarikh kejadian tersebut. Mungkin kejadian berkenaan sudah berlaku lima tahun lalu cuma videonya baru dimuat naik semalam.

“Kita tidak tahu apakah motifnya. Oleh itu, saya berharap orang ramai jangan mudah panik dan jangan mudah sebarkan klip-klip video seperti ini dengan cepat hingga menjadi viral. Sebaik-baiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan kesahihannya,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kepada rakyat Palestin di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki terutama seorang remaja bersinglet hitam membelasah beberapa pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.

Walau bagaimanapun misteri rakaman video tersebut akhirnya terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengenal pasti kejadian buli itu yang berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati, suspek utama yang terlibat dalam kejadian tersebut iaitu pelajar yang memakai singlet hitam telah pun dibuang sekolah.

Mohamed Sharil berkata, tidak dinafikan penyebaran klip-klip video seperti itu boleh mendatangkan kemarahan kepada orang ramai terutama golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak mereka di asrama.

“Seperti yang saya sebutkan tadi, kita perlu serahkan kes-kes seperti ini kepada pihak polis supaya satu siasatan dibuat. Ini kes pukul yang bidang kuasa siasatan hanya ada pada pihak polis.

“Walau bagaimanapun jika ada permintaan daripada pihak polis memandangkan kes ini dikesan melalui rakaman video di laman-laman sosial, kita sedia menghulurkan bantuan dengan segala kepakaran yang kita ada,'' katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-buli-jangan-mudah-panik-dan-sebar-skmm-1.21887#sthash.Gp0Qvh7M.dpuf

Menangis diarah ke Henry Gurney

Seremban: Seorang pemuda menangis teresak-esak apabila diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berumur 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas disabitkan atas pertuduhan merogol gadis berusia 14 tahun.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lim Chee Soon, 19, selepas mendengar laporan sosial dibacakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), meneliti fakta kes, hujah pihak pendakwaan dan peguam bela.

Terdahulu, Lim yang berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki kanan mengaku bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ulu Beranang, Lenggeng, Nilai, dekat sini, 10 September tahun lalu, kira-kira jam 2 petang.

Foto
LIM diperintah ke Sekolah Henry Gurney.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.


Tolong jangan beli!



Putrajaya: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ‘SF Protect & Perfect Day Cream’ selepas dikesan mempunyai logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Kementerian Kesihatan melarang penjualan produk kosmetik itu berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan diarahkan memberhentikan penjualan atau pembekalan.

“Syarikat juga diminta memanggil balik semua stok fizikal produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

“Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, produk dicampur palsu dengan merkuri itu biasanya dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan.

Katanya merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Beliau berkata, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk disapu pada kulit meruap dan dihidu atau mereka menyentuh produk atau orang yang menggunakan produk dan kemudian memasukkan jari ke dalam mulut,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pemilikan produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-8835532/5533/5537,”katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7439#sthash.BlPI146c.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang