Sebagai penghargaan pihak Astro kepada pelanggannya, mulai 22 Ogos ingga 31 Ogos 2015, selama 10 hari pelanggan boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro.
Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).
Selain daripada menonton di televisyen, pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui telefon pintar dan gajet mereka.
Ini merupakan tanda penghargaan Astro kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.
Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati hiburan tanpa batasan dari dalam dan luar negara yang mana ia hanya dapat dinikmati oleh pelanggan Astro sahaja.
Saksikan filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood, rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List.
Saksikan juga drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA.
Selain dari itu pelanggan Astro turut berpeluang untuk menonton drama bersiri Korea, program realiti seperti Maharaja Lawak dan siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.
Penghargaan dan tanda terima kasih ini adalah dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut.
Selain dari itu, ERA fm dan hitz fm di bawah Astro Radio turut telah menerima anugerah Emas dan Perak dalam kategori yang sama.
ERA fm adalah radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah pendengar sejumlah 4.8 juta pada setiap minggu, manakala hitz fm pula adalah antara rangkaian radio paling popular di Malaysia dengan mencatat sejumlah 1.2 juta pendengar pada setiap minggu.
Putra Brand Awards merupakan sebuah jenama anugerah tersohor di Malaysia yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands.
Penerima anugerah bagi kategori Emas, Perak dan Gangsa di Putra Brand Awards ditentukan oleh 6,000 orang pengguna di seluruh Malaysia.
Nota: Mulai 22 hingga 31 Ogos 2015, lebih dari 150 saluran percuma akan ditawaran kepada semua pelanggan Astro, namun saluran-saluran yang berbayar dan dibeli secara a la carte seperti Astro First, Astro Best, Golf HD, Astro Cricket, WWE Network dan Setanta Sports HD adalah dikecualikan.