Nuffnang

Showing posts with label Beijing. Show all posts
Showing posts with label Beijing. Show all posts

Friday, 31 July 2015

Teritip lekat setahun lalu

Kuala Lumpur: Teritip pada serpihan sayap dua meter yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dianggarkan melekat dalam tempoh enam bulan hingga setahun lalu mengukuhkan lagi dakwaan ia adalah pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Pakar biologi marin di Sekolah Tentera Laut Brest di Perancis, Joseph Poulin berkata, spesis teritip dikenali sebagai ‘Lepas Anatifera’ hidup di dasar laut dengan suhu antara 18 hingga 20 darjah Celsius.

“Saiz dan tumbesaran spesis kerang itu tumbuh satu atau dua sentimeter sebulan bersesuaian dengan tempoh masa tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak setahun yang lalu.

“Dengan penemuan teritip ini berkemungkinan mengukuhkan lagi dakwaan serpihan itu adalah milik MH370,” katanya kepada portal Express.co.uk

Poulin berkata, ‘Lepas Anatifera’ adalah teritip pelagik yang melekat pada pelbagai objek terapung termasuk kayu hanyut, botol, bot, pelampung, rakit dan penyu.

“Spesis ini adalah yang paling banyak di perairan tropika dan subtropika seperti di Lautan Hindi di mana penerbangan MH370 dipercayai sudah berakhir.

“Kawasan ini diketahui adalah tempat berkembangnya teritip iaitu bersesuaian dengan kawasan pencarian 60,000 kilometer persegi di luar pantai barat laut Australia,” katanya.

Sementara itu, satu botol minuman dipercayai dari China dan produk pembersihan dari Indonesia ditemui terdampar di Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan flaperon disyaki milik MH370.

Produk berkenaan ditemui beberapa jam selepas serpihan sepanjang dua meter itu dijumpai di lokasi kejadian. - Express.co.uk


TERITIP yang berada di serpihan sayap dijangka melekat enam bulan hingga setahun lalu.

Sah milik Boeing 777

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yang ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yang secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adalah milik pesawat penerbangan MH370.

“Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

"Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi,” katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untuk mengenal pasti pesawat mana.

Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

"Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

“Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. - AFP

Friday, 7 March 2014

MH370 Hilang Dalam Penerbangan dari Kuala Lumpur [00:40am 8 Mac 2014] ke Beijing




Berita tergempar Pesawat MAS MH370 KUL/PEK yang berlepas dari KLIA tujuan BEIJING pada pukul 00:41am Malaysia Time dan tiba di Beijeing pada pukul 0630am terputus hubungan pada pukul 2:40am. iaitu kira-kira 120KM batu Nautika dari Kota Bharu Kelantan. Pesawat Boieng 777-200 yang telah berusia 10 tahun 1 bulan tersebut adalah paling selamat untuk industri penerbangan.

Menurut CEO MAS dalam sidang akhbar, Pihak keselamatan Vietnam dan Malaysia akan bekerjasama untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat tersebut membawa seramai 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. berikut adalah senarai warganeagara yang menaiki pesawat tersebut :-

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Sepanjang kejadian kehilangan pesawat ini banyak spekulasi yang yang ditimbulkan bahawa pesawat tersebut selamat mendarat cemas di Nanning China. Namun ini adalah berita palsu pihak MAS telah mengesahkan bahawa berita tersebut adalah Palsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang