Senarai penuh Rombakan Kabinet 28 Julai 2015
– Dalam barisan Kabinet baru itu, nama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan beliau digantikan
oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa 29 Julai 2015.
PUNCA #RombakanKabinet dan tukar TPM
Najib dalam sidang media secara langsung
sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu
sememangnya ‘sukar’ namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi
jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
Menurut Najib, beliau boleh menerima
kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan
pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.
“Keputusan ganti TPM kerana
dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran. Untuk
pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri
perlu bertindak secara jitu. Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini
dapat jayakan segala perancangan kerajaan…,” katanya.
Antara kejutan dalam senarai kabinet
kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik
sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh
Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi
Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar.
[sinarharian]
Berikut adalah senarai penuh anggota
jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dalam #RombakanKabinet
yang berkuatkuasa 29 Julai 2015:
SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015
PERDANA MENTERI:
- Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTER:
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
MENTERI KEWANGAN:
- Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
- Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
- Datuk Chua Tee Yong
- Datuk Johari Abdul Ghani
MENTERI PERTAHANAN:
- Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri:
- Datuk Mohd Johari Baharum
MENTERI DALAM NEGERI:
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri:
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Masir Anak Kujat
MENTERI LUAR NEGERI:
- Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menter:
- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
- Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2:
- Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri:
- Datuk Ahmad Maslan
MENTERI KESIHATAN:
- Datuk Seri Dr S.Subramanian
Timbalan Menteri:
- Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
MENTERI PENDIDIKAN:
- Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri:
- P.Kamalanathan
- Chong Sin Woon (Senator)
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
- Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
- Datuk Mary Yap Ken Jin
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
- Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
- Datuk Mas Ermieyati Samsudin
MENTERI PENGANGKUTAN:
- Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri:
- Datuk Abdul Aziz Kaprawi
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
- Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri:
- Datuk Noriah Kasnon
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
- Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri:
- Datuk Jailani Johari
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
- Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri:
- Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri:
- Datuk Alexander Nanta Linggi
- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
- Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri:
- Datuk Dr Abu Bakar Diah
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
- Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri:
- Datuk Ir Hamim Samuri
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
- Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
- Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
MENTERI KERJA RAYA:
- Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri:
- Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
- Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri:
- Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT:
- Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri:
- Datuk Azizah Mohd Dun
- Senator Datuk Chew Mei Fun
MENTERI SUMBER MANUSIA:
- Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri:
- Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri:
- Datuk loga Bala Mohan
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
- Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri:
- Datuk M Saravanan
MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI:
- Datuk Seri Azalina Othman Said
- Nancy Shukri
- Senator Datuk Seri Wahid Omar
- Datuk Wee Ka Siong
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Senator Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Joseph Kurup
- Datuk Joseph Entulu Belaun
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Senator Paul Low Seng Kuan
- Datuk Mah Siew Keong
Timbalan Menteri:
- Datuk Razali Ibrahim
- Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
No comments:
Post a Comment