Nuffnang

Monday, 4 November 2013

1 Muharam 1435H - Wujud nya Two Pack Say @ Tupik Say

Sesuai dengan sambutan tahun baru dalam kalender Islam aku telah membuka satu lagi blog untuk tatapan pembaca yang budiman. Bukan nak suka suka, aku nak jadikan blog ini sebagai platfom aku untuk berkongsi maklumat dengan pembaca.

Aku bukanlah seorang blogger yang aktif tetapi part time jerlah sebab aku ini ikut mood nak update blog. Maklumlan sibuk memanjang. kalau time free sekali update 2 3 topik boleh keluar. Tetapi aku akan cuba lah nak update lah.

Kenapa aku namakan Two Pack Say. kalau disebut mempunyai persamaan dalam Bahasa kaum Melanau TUPIK SAY iaitu sejenis makanan ruji kaum Melanau. heheheh kenapa kaum Melanau... sebab aku tu dari kaum Melanau. Aku bangga jadi kaum Melanau sebab kaum Melanau merupakan kaum minoriti yang ada di Bumi Kenyalang Aka Negara Sarawak. Mungkin ada sesetengah pembaca akan merasa pelik dengan bahasa Melanau, sebab dialek Melanau memang banyak dan banyak bezanya pokoknya tidak sama dengan Melanau di Kawasan Mukah, Dalat, Oya, Matu, Igan, Daro, Belawai, Rajang, Bintulu, Tanjung Manis, Sibu, dan sebagai nya.

Orang Melanau

Kalau nak tahu detail pasal orang melanau boleh search di google. Banyak blog-blog yang bercerita tentang kisah orang melanau. Keluarga aku ini Melanau Islam cara hidup Kuno sudah lama ditinggalkan kerana ada yang menyimpang daripada ajaran islam. Contohnya percaya kepada Beraok @ Makhluk Besar yang makan bulan. lucu tau.. 

Mak aku pernah cerita pasal Beraok ini padahal Beraok yang mereka sangkakan adalah Awan Tebal waktu malam yang menutupi bulan penuh @ FULLMOON. Apabila berlakunya tatkala Beraok ini menelan bulan mereka akan berkumpul diluar rumah beramai-ramai menongak kelangit sambil berteriak supaya jangan menelan bulan.. lucu kan... ini yang mak aku cerita ....dan macam macam lagi lah kisah mereka macam kecil dulu.

Aku berharap korang akan enjoy membaca diblog aku ini nanti.... Salam Muharam 1435H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang