Nuffnang

Saturday, 21 December 2013

My Convocation Day - @PWTC 14 Disember 2013 Sidang 2

Lima tahun yang lalu aku mengalami masalah kewangan yang serius. Sehinggakan kereta kesayangan aku terpaksa di Surrender ke pihak bank. Gara-gara aku tertipu oleh teman sepejabat untuk menyertai perniagaan shipping peralatan sony ke Brunei. 

Kalau hendak diikutkan duit yang aku labur itu, hasilnya dapat melangsaikan hutang-hutang, sambung belajar tanpa meminjam PTPTN, Kereta Habis Bayar atau dipendekkan bebas daripada hutang. Namun aku di tipu bulat-bulat.

Sejak itu, aku terpaksa berjimat cermat, macam-macam masalah bertimpa-timpa yang aku hadapi waktu itu. Ini betul-betul Ujian buat aku.

2009 aku memohon lagi untuk masuk OUM, permohonan aku berjaya untuk kali ke dua. Mei 2009 aku bergelar pelajar part time. Jika waktu itu aku tidak bertindak, tidak mungkin 2013 aku mendapat segulung Ijazah. 

waktu itu aku serba kekurangan, waktu itu aku cuma ada RM200 cash dalam tangan. aku perlukan rm500 lagi untuk mendaftar sebagai pelajar. Minimum payment waktu itu RM700. 

Aku pinjam duit RM500 dari kawan aku sendiri. Baki yuran aku selesaikan dengan menggeluarkan wang KWSP. Waktu ini aku naik motorsikal ke Kelas. jam 6:00am dah berangkat ke OUM. Batu 10 tu jauh sangat dari rumah..jalan ke batu 10 ni bukan apa lori-lori besar dan laju melalui jalan ini. sebab itu aku turun awal. kalau balik kelas petang aku kena balik jam 5:00pm sebab waktu tu dah sepi. kelas biasa sabtu n ahad. cuma pagi and tengahari je sibuk jalan nie...

Aku pernah turun exam final hujan lebat. tengah perjalanan basah kuyup. macam mana nak exam.. namun semua itu tetap aku tempuh..kalau orang lain aku pasti tak nak turun exam.

itu adalah kisah aku sepanjang aku belajar di OUM demi untuk mendapatkan segulung ijazah. Aku bukan pelajar pandai, namun alhamdulillah aku graduate on time dan CGPA pun layak untuk sambung master. 

14 Disember 2013 hari yang amat bermakna. Akhirnya aku memijak Stage PWTC untuk menerima ijazah disaksikan oleh kedua orang tua aku. 

Niat aku sudah tertunai untuk membawa ke dua orang tua aku untuk melihat aku menerima ijazah. selain itu, itu adalah hadiah untuk kedua orang tua aku.


Aku berterima kasih terutama bos aku yang memahami aku kerja dan belajar. kalau tidak macam mana aku nak study sambil kerja.

Perancangan aku selepas ini untuk menyambung ke peringkat master. Menunggu ada rezeki lebih...

kalau ada duit sekarang... memang nak terus sambung,,,, jangan sesekali mengalah untuk mencapai kejayaan. Kena rehat dulu lah...mana tahu... tahun 2014 ada rezeki....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang