Nuffnang

Sunday 2 November 2014

Adel pelajar pilihan AF Serap

SHAH ALAM: Adel menjadi pelajar yang kembali bersaing dalam Akademi Fantasia 2014 (AF2014) menerusi AF Serap yang diumumkan pada konsert separuh akhir malam ini.

Beliau mengiringi empat pelajar lain iaitu Firman, Ewal, Nuha dan Aman beraksi di pentas final minggu depan.

AF Serap mirip AF Masuk yang pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yang pernah tersingkir.

Bagaimanapun, AF Serap adalah keputusan yang dibuat sepenuhnya oleh pihak fakulti berbanding AF Masuk yang dibuat berdasarkan undian penonton.

Linda Nanuwil dan Aril menjadi antara pelajar yang dimasukkan semula pada edisi AF sebelum ini dan bersaing di pusingan akhir serta masing-masing menjadi naib juara.

Mawi dan Shahir pula antara pelajar AF Masuk yang kemudiannya diangkat menjadi juara.

Konsert malam tadi menyaksikan Azwan yang sebelum ini sentiasa berada di tangga teratas carta undian tersingkir.

Pramugari jelita bikin heboh



Jakarta: Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.

Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.

Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.

Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.

Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.

Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.

Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. - Agensi

Lima pelajar ke peringkat akhir AF2014

Shah Alam: Lima pelajar iaitu Adel, Nuha, Aman, Firman dan Ewal layak ke peringkat akhir Akademi Fantasia (AF2014) yang akan berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad depan.

Adel yang sebelum ini tersingkir pada minggu ketujuh dipilih oleh Fakulti AF2014 menerusi AFSerap yang baru diwujudkan musim ini.

Pada separuh akhir AF2014 yang berlangsung malam ini hanya Ewal, Nuha, Aman dan Firman yang berjaya manakala Azwan yang sebelum ini sering berada di kedudukan teratas tidak berjaya melayakkan diri bersama empat lagi rakannya.

Pada minggu separuh akhir ini pelajar diberi dua tugasan iaitu nyanyian secara solo dan duet bersama penyanyi terkenal.

Juri jemputan ialah Fauziah Latiff.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang