Nuffnang

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Friday, 21 August 2015

Bunga Citra Lestari dikecam kongsi foto berbikini di Greece

PENYANYI Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi topik perbualan hangat setelah memuat naik beberapa foto memakai bikini di akaun Instagramnya.


Bunga Citra Lestari, yang merupakan isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, kini sedang menikmati percutian di Greece bersama suaminya.

Bagaimanapun, ada pengikut Instagramnya meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan BCL yang memuat naik beberapa foto seksi bersama suaminya, terutama yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Selain berbikini, foto BCL yang berciuman dengan suaminya juga turut menerima pelbagai reaksi peminat.

Rata-ratanya berpendapat foto seperti itu tidak patut didedahkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang pelbagai tanggapan kurang enak terhadap pasangan tersebut.

Bagaimanapun, BCL ada memuat naik sekeping foto bertulisan yang seakan-akan memahami keadaan yang berlaku.

Tulisan tersebut berbunyi: “Don’t judje someone just because they sin differently than you.”

Berikut adalah foto-foto percutian pasangan romantis itu yang diambil daripada akaun Instagram mereka.







Sunday, 16 August 2015

Trigana Air TGN267: Perkara yang diketahui setakat ini

Sebuah pesawat domestik Indonesia, Trigana Air penerbangan TGN267 dengan 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini:

1. Daripada 54 penumpang, 44 adalah orang dewasa, dua kanak-kanak, tiga bayi dan lima krew.

2. Ketika hilang ia sedang dalam perjalanan dari Sentani ke Oksibil. Masa perjalanan sepatutnya hanya mengambil 50 minit.

3. Pihak berkuasa percaya faktor cuaca yang buruk menjadi sebab mengapa pesawat itu gagal dikesan.

4. Pesawat berlepas pada jam 2.22 petang waktu tempatan.

5. Terputus hubungan dengan menara pusat kawalan trafik udara pada jam 2.55 petang.

6. Membawa muatan bagasi seberat 533kg.

7. Pesawat tersebut berusia 25 tahun dan tidak dilengkapi dengan transponder Automatic Dependent Surveillance-broadcast (ADS-B) yang dijangka akan menyukarkan operasi mengesan pesawat tersebut.

8. Operasi mengesan pesawat itu ditangguhkan ke pagi Isnin jam 6 waktu tempatan kerana hari semakin gelap.

9. Maklumat daripada orang awam memberitahu terdengar bunyi pesawat terbang rendah di kawasan Pegunungan Bintang di wilayah Papua. Pihak berkuasa sedang menyiasat maklumat tersebut.

10. Trigana Air merupakan salah satu penerbangan dalam senarai hitam Kesatuan Eropah sejak tahun 2007.

Saturday, 8 August 2015

MH370: Naskhah al-Quran ditemui di Pulau Reunion

SATU naskhah al-Quran adalah barang terbaharu ditemui ketika penduduk Pulau Reunion terus menyerahkan serpihan pesawat di kawasan pantai timur pulau berkenaan pada Jumaat. "Ia mungkin teks al-Quran dari Malaysia, Indonesia atau Brunei - di mana majoriti penduduknya adalah Islam," kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku bersalut plastik itu. "Ia juga mungkin dari Mindanao, Filipina. Tapi realitinya ia mungkin berasal dari mana-mana negara Islam." 

Sementara itu, kerajaan Perancis terus menggandakan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan kapal terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot meninjau di laut. "Atas arahan presiden dan perdana menteri Perancis, adalah diputuskan untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan serpihan di sekeliling Reunion," kata menteri pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama. 

Presiden Majlis Wilayah Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang dijalankan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan. Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan. Pada Khamis, Datuk Bandar Saint Andre - tempat serpihan pesawat ditemui pada 29 Julai lalu berkata, "pencarian menyeluruh" di kawasan pantai akan dijalankan Isnin depan. - The Telegraph

Sunday, 10 November 2013

Pembunuh Pegawai Ambank Berjaya Diberkas

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

“Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman… terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia,” ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.


Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Pada pendapat aku Mujur pegawai dan anggota PDRM bertindak cekap sebelum dia melarikan diri ke Indonesia , Ini kerana berdasarkan pendapat aku.


Titik A di atas, Jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi. Kampung Belungkor terletak bersebelahan Tanjung Belungkor. Penjenayah itu berasal dari Sulawesi di sebelah kanan peta di atas.


Jika diteliti peta di atas dan di bawah, lokasi lelaki Indonesia itu diberkas memudahkan dia menggunakan jalan laut, untuk menyusup ke Pulau Tekong, Pulau Batam dan Pulau Bintan. Mujur pegawai dan anggota PDRM bertindak cekap sekaligus meredakan kebimbangan masyarakat.

Jika penjenayah itu berjaya memboloskan diri ke negara asal, dia pasti tersenyum kerana memiliki wang tunai lebih RM400,000 di dalam tangan.


Apapun, itu hanya jangkaan saya. Maklumat lebih terperinci, In Sha Allah akan diperolehi dan dipaparkan oleh media cetak dan elektronik.

Berikutan tangkapan itu, aku jangkakan pelbagai maklumat akan terdedah.

1. Sumber MyKad palsu digunakan penjenayah itu selama ini?

2. Bagaimanakah dia mampu mengelirukan majikannya, Kawalan Prima Sdn. Bhd sehingga diberikan akses menggunakan senjata api?

3. Adakah dia berniat menembak mangsa? Atau akan mendakwa tertembak?

4. Wujudkah sindiket membawa masuk lelaki warga Sulawesi, mendapatkan MyKad palsu dan kemudian bertugas sebagai pengawal keselamatan haram di Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang