SATU naskhah al-Quran adalah barang terbaharu ditemui ketika penduduk Pulau Reunion terus menyerahkan serpihan pesawat di kawasan pantai timur pulau berkenaan pada Jumaat. "Ia mungkin teks al-Quran dari Malaysia, Indonesia atau Brunei - di mana majoriti penduduknya adalah Islam," kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku bersalut plastik itu. "Ia juga mungkin dari Mindanao, Filipina. Tapi realitinya ia mungkin berasal dari mana-mana negara Islam."
Sementara itu, kerajaan Perancis terus menggandakan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan kapal terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot meninjau di laut. "Atas arahan presiden dan perdana menteri Perancis, adalah diputuskan untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan serpihan di sekeliling Reunion," kata menteri pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.
Presiden Majlis Wilayah Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang dijalankan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan. Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan. Pada Khamis, Datuk Bandar Saint Andre - tempat serpihan pesawat ditemui pada 29 Julai lalu berkata, "pencarian menyeluruh" di kawasan pantai akan dijalankan Isnin depan. - The Telegraph
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73229
No comments:
Post a Comment