Kuala Lumpur: Permit import (AP) beras termasuk beras hancur yang dimonopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) didakwa turut menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam industri apabila pemborong dan peruncit tidak mempunyai pilihan pembelian.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata, buat masa ini AP beras hanya dimiliki BERNAS yang bermula sejak 1996 dan bakal tamat pada 2021.
Katanya, monopoli selama 25 tahun itu menyebabkan peluang pihak berkenaan untuk melakukan penyelewengan amat tinggi.
“Ini kerana seolah-olah BERNAS ada kuasa kebal. Mahu tidak mahu pengguna termasuk pemborong dan peruncit perlu membeli beras ditawarkan walaupun tidak berkualiti.
“Begitu juga yang berlaku dalam kes ketirisan penjualan beras subsidi Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15). AP beras hancur dimonopoli BERNAS.
“Tujuan pengimportan beras hancur untuk dicampur dengan beras gred lain untuk mendapatkan kuantiti besar sebelum dipek untuk pengedaran,” katanya mengulas laporan bersiri akhbar ini mengenai isu ketirisan beras ST15.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6919#sthash.8ChgSy1G.dpuf
No comments:
Post a Comment