Nuffnang

Wednesday, 5 November 2014

27 sen sesaham tawaran terbaik untuk pelabur MAS

Tawaran 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk menyahsenaraikan syarikat itu daripada Bursa Malaysia dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian adalah tawaran terbaik.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Malaysia (MSWG), Datuk Abdul Wahab Jaafar Sidek berkata, pada 27 sen, ia sudahpun berada pada premium kerana saham itu berkedudukan rendah pada 15 sen sebelum tawaran dibuat.

“Sekiranya saya pelabur, saya akan mengambil wang itu dan melaburnya di tempat lain bagi mendapatkan pertumbuhan tinggi,” katanya menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) penting MAS di Kelana Jaya, apabila pemegang saham minoriti akan memutuskan nasib syarikat penerbangan yang berdepan masalah kewangan itu.

Undian ‘terima’ mereka akan memberikan bantuan hayat baru kepada MAS dan membolehkan Khazanah Nasional Bhd memulakan pelan penyusunan semula besar-besarannya yang bernilai RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan itu dalam tempoh tiga tahun.

Abdul Wahab berkata, MAS sebagai ikon negara tidak seharusnya dibiarkan berdepan dengan kegagalan sekali lagi kerana perkhidmatannya bukan hanya sekadar sebagai sebuah syarikat penerbangan.

Beliau berkata, oleh sebab landskap yang sangat kompetitif, ia dijangka mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengembalikan MAS kembali ke landasannya. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6844#sthash.NH6LGr0b.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang