Nuffnang

Wednesday, 2 September 2015

Pucuk Manis atau Cangkok Manis


Tentu ramai yang suka makan sayur Pucuk Manis atau Cangkok Manis. Ada juga orang sebut MANICAI. Bahasa aku ni cangkok manis. 

Aku memang suka pucuk manis di masak bersama Bubur Pedas. Ada yang suka masak sayur nie masak tumis, masak lemak, masak tumis kering, paling sedap juga dimasak tumis kering bersama telor.

macam nak tunjuk cara memasak pulak.. hahahahhahah sebenar nya cangkok manis ini mempunyai khasiat yang tinggi. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, cangkok manis ini sesuai untuk melancarkan susu ibu. mentang-mentang aku cakap kat sini sesuai untuk ibu bersalin, sekejap lagi ramai ibu-ibu yang cari cangkok manis nie untuk di tanam. hahahahaha aku dapat infomasi ini dari internet juga hasil daripada pembacaan. kalau betul fakta nie apa salahnya sememang nya sayur ini kan kita makan.

Daun ini mengandung hampir 7 % protein dan serat kasar sampai 19 %. Daun ini kaya kaya vitamin K. Selain pro-vitamin A (beta-karotena), B, dan C. Mineral yang dikandungnya adalah kalsium hingga 2,8 %, besi, kalium, fosfor dan magnesium.

masih ingat lagi masa aku kecik-kecik ibu suka masak sayur nie. siap suruh ibu buat banyak kuahnya. heheheh sedap.. lepas ni aku nak tanam lagi kat belakang rumah. biar bertambah sikit tanaman di belakang rumah.

Tuesday, 1 September 2015

1 September 2015


Hari ini 1 September 2015 (Selasa) sedar tak sedar tinggal 3 bulan lagi tahun 2015 akan sampai ke penghujungnya. Sepanjang tahun 2015 banyak kisah suka dan duka yang aku alami.

Kalau dari segi bidang kerjaya, aku terkebelakang daripada kawan-kawan yang ada di sekeliling. Mereka semua sudah naik pangkat ke posisi yang lebih selesa. bukan itu sahaja, adik aku juga sudah naik pangkat dan aku merasa cemburu di atas kejayaan mereka. tetapi aku masih juga macam nie. 

apalah nasib badan, harap sampai ke akhir hayat macam nie. Allah dah tulis dah perjalanan hidup aku. aku redha asalkan hutang hutang aku selesai jadi lah. tak ada kereta tak apa, tak ada rumah tak apa. asalkan aku tidak tidur di bawah kolong.

sedih mengenang diri sendiri....


Sunday, 30 August 2015

Jenis Basil atau Selasih

Sebelum ini pernah aku post entri pasal Basil atau selasih. Tahukan anda bahawa basil ini ada banyak jenis. Bukan satu atau dua tapi banyak. oklah sebagai informasi aku nak kongsi jenis-jenis pokok basil atau selasih yang popular

1. Selasih Genovese Manis (Genovese Sweet Basil)

GENOVESE BASIL

Ocimum basilicum 'Genovese' adalah Annual Native ke India, Afrika dan Asia. Salah satu herba yang paling popular, ia kini ditanam di semua iklim sederhana di seluruh dunia. 

Dari semua jenis selasih berkembang, dan terdapat kira-kira 150 jenis, Genovese selasih adalah salah satu yang terbaik kerana ia menghasilkan 7-8 keratan dan membuat pesto terbaik. 

Satu campuran benar-benar menarik perisa - menawarkan petunjuk halus pudina, bunga cengkih dan bunga lawang. Sangat popular dalam salad dan hidangan sayur-sayuran.

2. Selasih Rubin Merah (Red Rubin Basil)
PURPLE BASIL

Separuh tahan lasak, perhiasan daun ungu yang mempunyai rasa yang mendalam yang baik dan beraroma. Digunakan dalam hidangan Oriental dan Pesto dan baik dalam salad. bagus untuk pengeringan. 2-3 kaki. Tumbuh subur di bawah Mod matahari. Air yang mencukupi. sesuai untuk membuat cuka.

3. Selasih Kayu Manis (Cinnamon Basil)

CINAMON BASIL

Tumbuhan Basil menarik dengan nilai masakan tersendiri. Rasa kayu manis yang unik dan bau adalah dialu-alukan di dapur dan kering dalam perkiraan. rasa nya sepeeti kayu manis  dan mempunyai bau yang paling kuat daripada kayu manis. Daun kecil sederhana. Gabungan perisa selasih dan kayu manis membuat kayu manis selasih popular untuk digunakan dalam minuman panas dan buah-buahan.

4. Selasih Thai (Thai Basil)

Thai Basil

Selasih Thai adalah satu herba masakan dan juga dikenali sebagai basil berbulu, tumbuhan ini mempunyai daun yang memanjang dan bentuk nya sederhana hijau dan sering digunakan untuk pesto. Herba ini mempunyai aroma lemon dan rasa sedikit pedas. Di Thailand ia digunakan dalam salad dan sebagai hiasan. 


5. Selasih Lemon (Lemon Basil)

lemon Basil

Ocimum americanum adalah pokok separuh tahan lasak. Serupa dalam kebiasaan dengan selasih limau tetapi dengan aroma limau zesty. selasih limau adalah sesuai dalam salad dan hidangan ikan.

6. Selasih Suci atau Selasih Tulsi (Tulsi or Holy Basil)

Tulsi

Tumbuhan ini dihormati di India, di mana anda boleh mendapati ditanam di kuil-kuil, tempat-tempat suci dan mezbah-mezbah. Herba masakan lembut dan satu daripada ramuan botani utama yang digunakan di India untuk mengurangkan kesan negatif daripada tekanan dengan mengurangkan tahap kortisol. Asid ursolic di selasih suci menghalang COX-2, enzim radang dan ia membantu mengekalkan tahap gula darah yang normal apabila digunakan sebagai sebahagian daripada diet anda. Ia juga menggalakkan kejelasan fokus.





Basil atau Selasih

Di negara kita Malaysia penduduk tempatan jarang mengenali herba-herba orang putih nie. kalau herba tempatan memang kita kenal. 

Basil adalah ahli keluarga pudina dan adalah hampir sama dalam penampilan. Jenis yang paling popular di selasih yang digunakan dalam masakan adalah selasih manis tetapi sesetengah orang suka untuk memasak dengan selasih lemon, cengkih selasih atau kayu manis selasih.


Nama herba "basil" berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "raja" atau "diraja", mencerminkan bahawa herba ini dianggap amat sangat. Di Itali, selasih melambangkan cinta dan kadang-kadang digunakan sebagai afrodisiak.

Basil adalah herba hebat berbau wangi yang amat popular dalam masakan Itali. Dalam masakan Itali Ia ditambah dalam sos berasaskan tomato pasta, menawarkan rasa yang manis dan pedas, dan juga salah satu bahan utama dalam minyak zaitun dan herba pasta sos "pesto".

PURPLE BASIL

Terdapat pelbagai jenis selasih, masing-masing dengan rasa yang tersendiri, yang digunakan dalam masakan dan untuk tujuan perubatan. Basil berasal dari India dan Parsi tetapi juga secara komersial ditanam di Mediterranean.


Basil diiktiraf bagi sifat-sifat menenangkan dan sedatif dan adalah berguna untuk menenangkan sistem saraf dan membantu penghadaman. Selain ini, selasih dikatakan:
  • Merawat pernafasan dan dada masalah seperti bronkitis atau batuk.
  • Melegakan gejala sejuk dan selesema.
  • Menghalang pertumbuhan bakteria tertentu.
  • Melindungi sel-sel daripada pengoksidaan dan kerosakan.
  • Bertindak sebagai reumatik anti-radang dan melegakan dan syarat artritis.
  • Mencegah perkembangan penyakit di atas.
  • Meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan melonggarkan otot-otot dan saluran darah.
  • Mencegah penyakit jantung dan kegagalan.
  • Bertindak sebagai pencernaan.
  • Meringankan kekejangan perut dan sakit.
  • Merawat ketakutan, kebimbangan, kemurungan, keletihan dan keletihan.
  • Melegakan migrain.
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  • Menghalau serangga.
  • Merawat gigitan serangga.
  • Menyembuhkan insomnia.

Basil boleh dimakan dalam kuantiti yang lebih besar daripada beberapa herba berperisa kuat dan oleh itu mungkin mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi.

Basil adalah sumber zat besi, kalsium, kalium dan Vitamin C, di mana kesemuanya adalah sangat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang. Ia juga mengandungi jumlah yang lebih kecil daripada Vitamin A, magnesium dan mangan.

Google Sambut Malaysia Merdeka ke 58 Tahun


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 58. Mr. Google pun sambut hari merdeka, Lihat lah google nya... ada bendera Malaysia dan Identiti Malaysia Tea Tarik ...






Saturday, 29 August 2015

PBR : Pokok Mulberry

entri kali ini aku nak cerita pokok Mulberry yang aku tanam dalam polibeg beberapa bulan lepas dah tumbuh. Memandangkan menanam ini cuma hobi taklah aku 100% berada di belakang rumah. aku jenguk cuma nak siram pagi dan petang je.

nampaknya semua yang aku tanam dalam polibeg ni menjadi. jiran aku yang sering melawat projek belakang rumah aku ni. sejak akhir-akhir ni pun aku lihat jiran aku beli tomato dan pokok markisa untuk dia tanam. 

punyalah aku cemburu kakak sebelah rumah aku ini dah tanam pokok markisa hahahahahah aku cemburu dia tanam dulu dari aku pulak.. aku memang nak tanam pokok markisa ni tapi tak tau nak beli kat mana.



Pokok Mulberry aku dah tanam dalam pasu. Kawan aku suruh tanam atas tanah tapi aku nak juga tanam dalam pasu. sayang pasu kat belakang rumah ni tak diguna jadi aku guna sekurangnya ada juga hasil menghias di belakang rumah.

Sejak adik aku tahu aku ada tanam pokok Mulberry dia nak aku semai pokok mulberry untuk dia. 


Selingan kejap, Gambar kat atas nie pokok Habatus Sauda yang nenak aku tanam kat kampung. hahahahaha saja nak iklankan dia ada tanam pokok habatus sauda. aku mintak lah ngan nenek aku nie biji benih aku nak tanam. nanti kat entri yang akan datang aku ceritalah ye...

Aku ni jenis orang yang suka kongsi ngan budak opis aku apa yang aku tanam. aku tunjuk gambar pokok Mulberry nie kat mereka. bukan main seronok mereka ni. mereka kata kalau mereka tanam mesti mati. aku tanam semua menjadi. hahahaha tangan ada rezeki kata mereka. bagi aku senang je kalau nak tanaman senang tumbuh. kena banyak membaca pasal nak menanam nie. kalau tak ada ilmu memang lah apa yang kita tanam tak tumbuh.

mereka tanya aku guna hormon ke tidak nak bagi cepatkan akarnya tumbuh. aku tak gunapun hormon tu hahahah aku rendam batang tu dalam air 3 hari. lepas tu baru aku tanam dalam polibeg. Tempat aku menanam nie bawah pokok suasana nya redup redup manja getoh...

bila aku traveling aku biar lah jer.. nasib baik ada jiran prihatin mereka ada juga siram pokok pokok aku nie. Thank Abang Kamil kerana sudi siram siram. hahahha




Aku semai 5 batang Mulberry ni untuk adik, sepupu dan ada 2 orang budak opis aku nie minta aku tanam untuk mereka. Lepas ni aku nak berjual tiada lagi FOC. hahahahah

Dalam aku sibuk-sibuk cari herba ke sana ke mari setiap hari sabtu. ada dua polibeg pokok Mulberry yang aku semai ini berbuah. 



aku memang terkejut dengan pokok mulberry ni berbuah. Hahaha kecik kecik dah berbuah.

berita pokok berbuah ni aku whatapps ngan adik aku. punya lah dia gembira. hahahahaha

Aku tak sabar nak makan buah mulberry nie nanti.. tak payah nak ke pasar cari buah petik je dari belakang rumah...

Bersih 4: Hak asasi perlu berlandaskan undang-undang - Musa

KUALA LUMPUR: Peserta demonstrasi Bersih 4 yang mempertahankan tindakan berhimpun di atas faktor hak asasi perlu menyedari setiap perbuatan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, walaupun undang-undang memberi kebenaran untuk perhimpunan aman, namun perlu mengikut keputusan polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Kita ada peraturan dan undang undang. Walaupun perhimpunan aman dibenarkan, tetapi mereka yang terlibat perlu mengikut arahan selain menghormati tugas polis yang menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang berdemonstrasi.

"Namun Bersih 4 sudah diharamkan, jadi mereka sudah melanggar undang-undang jika berhimpun walaupun dari mereka dari segi hak asasi mereka mempunyai hak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Musa mengulas perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung hari ini dan esok.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, peserta perhimpunan BERSIH 4bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mereka tetap mahu berhimpun walaupun tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi berhimpun.

Bagaimanapun menurut Tajuddin, orang ramai dibenarkan hadir di sekitar Dataran Merdeka bagi tujuan melihat perbarisan pada Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, kata Musa, polis boleh mengambil tindakan kepada peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang.

"Jelas apabila undang-undang tidak dipatuhi, polis boleh bertindak," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharamkan penggunaan warna kuning dengan disertai perkataan Bersih 4 serta sebarang penerbitan berkaitan perhimpunan haram itu.


Arahan itu mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015 dan mula berkuatkuasa pada Jumaat.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan di dalam catatan di laman Facebooknya menyatakan, mereka yang ditahan polis kerana berpakaian kuning boleh mempertikaikan tindakan itu jika tiada tulisan Bersih 4 pada baju berkenaan.


Bersih 4: Peserta degil, ibarat abai notis larangan buang sampah - Pakar psikologi

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Bersih 4 didorong emosi yang terlalu tinggi sehingga merelakan diri menyertai gerombolan kumpulan baju kuning.

Pakar psikoterapi, Azman Shah Aziz berkata tarikan dan minat sama untuk berhimpun yang dianggap menyeronokkan menyuntik semangat peserta Bersih 4 untuk bersama walaupun dilarang pihak berkuasa.

"Ia seperti semangat yang didorong emosi tinggi di dalam pemikiran peserta perhimpunan.

"Mereka mempunyai minat yang sama dan merasakan ia menyeronokkan. Pada fikiran mereka tindakan itu untuk mencabar selain mempunyai hak untuk melakukannya.

"Dari segi sikap mereka anggap tindakan itu tidak salah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bersih 4 dijadual berlangsung dari pukul 2 petang ini sehingga tengah malam Ahad.

Ia akan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.

Di Kuala Lumpur, lima lokasi telah ditetapkan sebagai lokasi berhimpun iaitu di Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan mengandaikan tindakan berhimpun seperti mentaliti degil masyarakat terhadap beberapa isu setempat.

"Semuanya mengenai minda, apa yang dilarang itu yang masyarakat suka buat.

"Contohnya, apabila ada notis larangan buang sampah, di bawah notis itulah orang ramai akan membuang sampah, situasi itu boleh dilihat di mana-mana," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang