Nuffnang

Sunday, 10 November 2013

Lanjutan Daripada Pembunuhan Pegawai Ambank


Sahabat pembunuh pegawai AmBank tunjuk aksi Ganas

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap Penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.

Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.

Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan ‘kawalan keselamatan’ bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah.

Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Persoalannya apakah tidak ada langsung pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ? Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing melakukan jenayah ?



Selain beraksi dengan senjata, pengawal keselamatan warga Indonesia ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang berada di Indonesia.

Mereka juga dilihat turut tidak suka memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya, kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Lihat saja gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook pembunuh pegawai Ambank , hampir kesemua gambar ‘pembunuh’ itu bergaya elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang ‘eksekutif’.

Kesimpulannya, ‘senjata api’ dan ‘gaya elit’, perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit, sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.

Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya. 


Justeru bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit, takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa mengekalkan penampilan ‘branded’ dan mewah itu .

Untuk mengekalkannya mereka tak mampu, mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Natijahnya, seorang pegawai bank mati ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim, mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?

Lima hari selepas kejadian pembunuh masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar. Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ? Bertindak biar tegas !!!

Dibawah juga adalah rakan Facebook kepada pembunuh, no I/C yang tertera di kad berkenaan tidak ada dalam rekod rekod SPR, nama yang digunakan di Facebook ialah Joemar Omar, berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia, terakhir aktif di FB pada 23 Oktober 2013. Mohon pihak KDN siasat, jika no I/C berkenaan palsu, bermakna……..Anda Mampu Mengubahnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang