Song: Selepas gagal memujuk bekas isterinya pulang ke pangkuannya, seorang lelaki bertindak gila apabila merempuh bot dinaiki wanita itu bersama anak mereka berusia dua bulan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Iran, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 1 petang apabila suspek nekad merempuh bot dinaiki bekas isteri yang ketika itu mengiringi anaknya sebaik pulang dari mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.
Difahamkan, turut berada dalam bot itu lapan penduduk termasuk empat murid tadika, namun semuanya selamat apabila bot dinaiki tidak karam dan hanya mengalami kerosakan kecil.
Sumber berkata, sebelum kejadian, wanita berusia 19 tahun itu membawa anaknya berusia dua bulan hasil perkongsian hidup dengan suspek ke Hospital Sibu mendapat rawatan pada jam 9 pagi.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, perjalanan dua beranak itu dihalang bekas suaminya yang meminta mangsa pulang ke rumah mereka di Nanga Wai, di sini.
“Mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek sebaliknya tetap ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan anaknya itu. Bagaimanapun, sewaktu menaiki bot untuk pulang ke rumah, suspek yang mengemudi sebuah lagi bot bertindak merempuh bot yang dinaiki dua beranak itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7441#sthash.fkUq5LxU.dpuf
No comments:
Post a Comment