Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan menegaskan bahan terlarang jenis dexamethasone yang didapati dalam sampel pemain badminton negara bukan diberikan oleh doktor Institut Sukan Negara (ISN) sebaliknya daripada sebuah klinik pakar swasta di Kuala Lumpur.
Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bahan itu biasanya diberikan bagi rawatan kecederaan sukan dan hanya dibenarkan untuk digunakan atlet di luar waktu pertandingan.
"Saya difahamkan, atlet yang berkenaan akan dirujuk oleh ISN ke sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur untuk rawatan sel stem yang mana rawatan ini tidak dibuat ISN sebaliknya di klinik rujukan ISN.
"Ia adalah sebuah klinik khusus dalam perubatan sukan. Mereka juga tahu dexamethasone adalah sejenis ubat yang dibenarkan di luar waktu itu dan ia diguna ramai atlet di luar waktu pertandingan," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Genexter 2014 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Katanya, kebiasaannya dalam tempoh 10 hari, bahan ini patut keluar dari badan atlet bagaimanapun, pihaknya tidak tahu kenapa ia masih ada dalam tubuh atlet itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7818#sthash.qrxpc7Vd.dpuf
No comments:
Post a Comment