Mudah saja nak mengenali golongan kaki kikis ini. SHUHADA MANSOR kongsi beberapa situasi untuk kita jauhkan diri apabila bertemu dengan individu seperti ini.
Kita boleh kenal pasti si pisau cukur melalui perilaku dan gaya mereka. Jika sebelum ini hanya perempuan saja dikaitkan dengan 'kaki kikis', jangan buat-buat tidak tahu ramai juga lelaki yang tidak kisah menggunakan duit orang lain asalkan poket mereka tidak diusik.
Perasaan rimas dan menjengkelkan akan timbul jika kita sering berhadapan dengan orang seperti ini sama ada kawan atau saudara. Lebih memalukan apabila pisau cukur ini adalah lelaki. Dari awal perkenalan, dia sering ubah alasan hanya kerana tidak mahu mengeluarkan wang sendiri. Ada berpendapat dompet ibarat jantung lelaki, jika si dia asyik dengan alasan dompet tertinggal di rumah, itu maknanya dia kedekut dan pisau cukup jika alasan sama berlarutan beberapa kali.
Apa lagi situasi yang boleh dikaitkan dengan golongan ini?
ALASAN BISNES KECIL-KECILAN
Rasanya tidak ada siapa perlu merahsiakan pekerjaan daripada pengetahuan umum melainkan jika dia memang seorang perisik dan sedang 'undercover'. Jika ada jejaka yang berkata 'saya buat bisnes kecil-kecilan saja' kepada anda, percayalah ada beberapa kemungkinan yang boleh terjadi di sebalik 'bisnes kecil-kecilan' dimaksudkan.
Antaranya, mungkin dia tidak mempunyai kerja stabil atau tetap, pekerjaan yang teruk atau paling tidak sebenarnya dia memang tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Tujuannya untuk buatkan kita terdetik rasa simpati dan jika dia memerlukan duit kelak, dia boleh menggunakan alasan perniagaan sedang kritikal dan memerlukan bantuan kewangaan.
INTAI ORANG KELUARKAN WANG
Waktu kita sedang sibuk mengeluarkan duit di mesin ATM, si dia asyik menjeling ke arah skrin mesin untuk melihat jumlah akaun kamu. Jangan terlalu positif, situasi ini bukan bermaksud lelaki itu ambil berat, tetapi sebenarnya taktik untuk melihat adakah kamu mempunyai jumlah duit banyak atau sebaliknya. Jangan terkejut jika satu hari nanti si dia mula berani meminta atau pinjam duit kamu.
SUKA MENGELAK
Ajakan anda untuk mengajak dia keluar makan dan belanja menonton wayang akan dijawab setuju dengan pantas. Tapi, apa kata sesekali kamu cuba menyuruh dia pula belanja ketika keluar menonton atau makan. Sekiranya ada saja alasan untuk mengelak sama ada tidak cukup duit atau tidak mahu keluar, anda boleh pertimbangkan untuk terus rapat dengannya.
Sudah terbukti dia hanya ingin berdamping dengan kamu jika kamu melaburkan wang untuknya, jadi apa guna untuk terus berkawan? Jika anda sudah mula dilamun cinta, seelok-eloknya, fikirkan kembali perasaan anda. Jatuh cinta boleh membuatkan kita 'tutup mata' dengan segala kelemahan jejaka walaupun hakikatnya kita sedar motif sebenar si dia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7059#sthash.dlpVkAwe.dpuf
No comments:
Post a Comment