Nuffnang

Friday, 28 August 2015

Penutupan jalan di Kuching sempena himpunan Bersih 4.0


KUALA LUMPUR: Polis Sarawak akan menutup tujuh jalan menuju ke Padang Merdeka sempena 'Op Aman 8 Bersih 4' setelah himpunan Bersih 4 dibenarkan diadakan di Padang Song Kheng Hai.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata tujuan penutupan tersebut adalah bagi menjaga ketenteraman awam di bandaraya tersebut.

Penutupan jalan akan bermula pada jam 8 pagi Jumaat, 28 Ogos dan berakhir jam 12.01 tengah malam Ahad, 30 Ogos 2015.

Jalan-jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan RTM/Jalan Satok traffic light
2. Jalan Reservior
3. Jalan Mcdougall
4. Jalan Wayang
5. Jalan Main Baazar
6. Jalan Market/Jalan Power
7. Jalan Masjid

"Orang ramai dikehendaki untuk menggunakan jalan alternatif ke kawasan sekitar Padang Merdeka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, katanya orang ramai juga dinasihatkan mengikut tanda-tanda isyarat lalu lintas oleh pegawai polis bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

Penjawat awam Sarawak tidak dibenarkan sertai Bersih 4.0 - Adenan

KUALA LUMPUR: Walaupun perhimpunan Bersih 4.0 diberi lampu hijau untuk dianjurkan di Kuching, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertainya, kata Tan Sri Adenan Satem.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan walaupun perhimpunan seumpamanya yang mengikut undang-undang merupakan hak masyarakat sivil, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertai Bersih 4 kerana mereka tertakluk dalam Perintah Am.

Kenyataan Adenan merujuk pada kekeliruan yang timbul daripada jawapan beliau sebelum ini tentang perhimpunan tersebut.

Di Sarawak, perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mendapat kebenaran untuk mengadakannya di padang Song Kheng Hai pada 29 Ogos.

Bagaimanapun pada masa yang sama, Adenan menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan urusan iaitu segalanya perlu berjalan dengan lancar dan aman.

Adik Ashraf Sinclair Cabar Rakan Sekerja Rasa Kesakitan Ketika Bersalin!

Mengapa kita perlu menghormati dan menjaga wanita yang sedang atau telah bersalin? Kerana golongan ini sahaja yang dapat merasai pengalaman dan keperitan di saat mereka sedang bertarung nyawa melahirkan sebuah zuriat.

Tidak mustahil ibu yang berbadan dua sering diberi keutamaan dari pelbagai aspek terutamanya melibatkan perkhidmatan atau pengangkutan awam.

Oleh dengan itu, stesen radio berbahasa Inggeris iaitu MIX Fm telah mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan orang ramai bagaimana rasanya seorang lelaki ingin mendapatkan pengalaman melahirkan anak.

Cabaran yang dikenali dengan #MIXLifeSwap ini memerlukan dua penyampai MIX Fm iaitu Aishah Sinclair dan Prem untuk bertukar kehidupan mereka di mana Aishah akan menyelami kehidupan Prem dan Prem pula sebaliknya.

Menerusi #MIXLifeSwap, Prem telah menyahut cabaran untuk melakukan percubaan misi melahirkan seorang bayi seperti yang dilalui Aishah yang kini bergelar seorang ibu.

Apa yang menarik, Prem menerima pujian orang ramai dilaman sosial kerana berani mencuba detik-detik untuk merasai kehidupan seorang ibu yang melahirkan anak.

Rakaman video ini merupakan kisah terakhir Aishah Sinclair dan Prem apabila tamatnya #MIXLifeSwap. 

Mari kita tonton, apakah perasaan Prem yang telah mengandung selama sehari dan dirinya telah merasai mesin yang boleh memberikan rasa kesakitan ketika seorang wanita untuk melahirkan seorang anak!

Diharapkan agar kita semua menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan setiap nyawa di dunia ini.

Wednesday, 26 August 2015

TWIN OTTER MASWINGS TERBABAS DARI LANDASAN



TERBABAS: Keadaan pesawat Twin Otter milik MASwings yang terbabas sejurus mendarat di Lapangan Terbang Mukah. — Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

MUKAH: Hujan lebat dan landasan licin dipercayai menyebabkan sebuah pesawat penumpang milik MASwings terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Mukah semalam.

Pada kira-kira jam 2.10 petang pesawat Twin Otter itu dikatakan baharu mendarat dan membawa 10 orang termasuk juruterbang dalam penerbangan dari Miri ke Mukah.

Semua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah Penolong Penguasa Bomba Alimat Sam bergegas ke lokasi.

Menurut sumber bomba, hujan lebat menyebabkan landasan kapal terbang licin sebelum tergelincir sebelum terbabas atas rumput.

Pihak bomba melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan di tempat kejadian selamat.

Seorang penumpang dikatakan akan menaiki pesawat tersebut terbang ke Kuching dari Mukah berkata, usaha menarik pesawat ke landasan semula mengambil masa agak lama.

Beliau agak gementar melihat insiden itu berkata penerbangannya ke Kuching sepatutnya berlepas pada jam 2.20 petang.

Sementara itu, sebelum insiden pesawat terbabas itu tersebar di media sosial dalam kalangan orang ramai di bandar Mukah beberapa foto pusaran angin di kawasan pesisir pantai.

Foto yang dimuat naik di Facebook turut menunjuk awan tebal sebagai latar belakang pusaran angin itu.

Tiada sebarang insiden berhubung kejadian itu dilapor berlaku.

'Ini keputusan saya'

Kuala Lumpur: Penyanyi Stacy, 25, menegaskan dia memeluk Islam bukan semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya Akim, tetapi atas pilihan sendiri.

Stacy berkata, dia gembira dengan keputusan itu dan semalam adalah hari seperti meraikan dirinya sebagai saudara baru.

"Alhamdulillah, saya gembira di atas keputusan ini. Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengana langsung dengan Akim seperti yang disebarkan,” katanya dalam sidang media di Astro, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Stacy memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam disaksikan ibu bapanya.

Stacy atau nama sebenarnya Stacy Angie Anam memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.

"Saya menangis kerana gembira dan bangga kerana mendapat sokongan dan restu ibu bapa. Lebih kurang 10 kali saya mengulangi lafaz kalimah syahadah," katanya.

Dalam pada itu, Stacy turut kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan gambar dan video ketika dia melafaz kalimah syahadah.

“Namun, saya maafkannya kerana itulah yang diajar sebagai orang Islam.


Tuesday, 25 August 2015

Gempita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2015

KUALA LUMPUR: Dua buah Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) yang diberi nama Gempita akan dipamerkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos. 

Gempita adalah aset baharu yang diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun lepas daripada pengeluarnya, Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech). 

Ketua Bahagian Hal Ehwal ATM, Lt Kol Bakhtiar Nor Md Alias, berkata dua buah kenderaan itu adalah sebahagian daripada 100 aset yang akan dipamerkan oleh ATM pada sambutan Hari Kebangsaan itu. 

"Aset utama lain ATM tidak boleh didedahkan atas aspek keselamatan. Orang ramai boleh melihatnya pada 31 Ogos," katanya kepada Bernama hari ini. 

Beliau berkata, seramai 3,400 anggota tentera darat, laut dan udara akan mengambil bahagian pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. 

Selain itu, sebanyak 30 pesawat dan helikopter milik ATM akan digunakan untuk pertunjukan udara. "Ada pertunjukan iaitu demo anti-pengganas daripada ATM dan ia memang aktiviti yang kita adakan setiap tahun," katanya. 

Tema Sehati Sejiwa dipilih sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. - BERNAMA

Nuffnang Meningkat ke RM2.95

nak cerita lah sedikit CPC aku kat blog http://myupdatestory2u.blogspot.com/ membuahkan hasil duit tabungan aku. walaupun hanya sedikit. Aku tak putus asa untuk mencari duit tabungan. 

Blog yang ini kurang sedikit sambutan tapi tak ada masalah yang penting aku sentiasa berusaha supaya usaha ku selama ini berbaloi. Tetapi aku tidak lupa kepada mereka yang setia komen dalam Chat Box so thank you so much.

Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. semoga dapat menghasilkan sesuatu.

Thank you Followers 

Sunday, 23 August 2015

Astro Hadiahkan 150 Saluran Percuma Selama 10 Hari Sebagai Tanda Terima Kasih


Sebagai penghargaan pihak Astro kepada pelanggannya, mulai 22 Ogos ingga 31 Ogos 2015, selama 10 hari pelanggan boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro.

Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).

Selain daripada menonton di televisyen, pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui telefon pintar dan gajet mereka.

Ini merupakan tanda penghargaan Astro kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.

Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati hiburan tanpa batasan dari dalam dan luar negara yang mana ia hanya dapat dinikmati oleh pelanggan Astro sahaja.

Saksikan filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood, rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List.

Saksikan juga drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA.

Selain dari itu pelanggan Astro turut berpeluang untuk menonton drama bersiri Korea, program realiti seperti Maharaja Lawak dan siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.

Penghargaan dan tanda terima kasih ini adalah dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut.

Selain dari itu, ERA fm dan hitz fm di bawah Astro Radio turut telah menerima anugerah Emas dan Perak dalam kategori yang sama.

ERA fm adalah radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah pendengar sejumlah 4.8 juta pada setiap minggu, manakala hitz fm pula adalah antara rangkaian radio paling popular di Malaysia dengan mencatat sejumlah 1.2 juta pendengar pada setiap minggu.

Putra Brand Awards merupakan sebuah jenama anugerah tersohor di Malaysia yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands.

Penerima anugerah bagi kategori Emas, Perak dan Gangsa di Putra Brand Awards ditentukan oleh 6,000 orang pengguna di seluruh Malaysia.

Nota: Mulai 22 hingga 31 Ogos 2015, lebih dari 150 saluran percuma akan ditawaran kepada semua pelanggan Astro, namun saluran-saluran yang berbayar dan dibeli secara a la carte seperti Astro First, Astro Best, Golf HD, Astro Cricket, WWE Network dan Setanta Sports HD adalah dikecualikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang