Nuffnang

Wednesday, 26 August 2015

'Ini keputusan saya'

Kuala Lumpur: Penyanyi Stacy, 25, menegaskan dia memeluk Islam bukan semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya Akim, tetapi atas pilihan sendiri.

Stacy berkata, dia gembira dengan keputusan itu dan semalam adalah hari seperti meraikan dirinya sebagai saudara baru.

"Alhamdulillah, saya gembira di atas keputusan ini. Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengana langsung dengan Akim seperti yang disebarkan,” katanya dalam sidang media di Astro, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Stacy memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam disaksikan ibu bapanya.

Stacy atau nama sebenarnya Stacy Angie Anam memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.

"Saya menangis kerana gembira dan bangga kerana mendapat sokongan dan restu ibu bapa. Lebih kurang 10 kali saya mengulangi lafaz kalimah syahadah," katanya.

Dalam pada itu, Stacy turut kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan gambar dan video ketika dia melafaz kalimah syahadah.

“Namun, saya maafkannya kerana itulah yang diajar sebagai orang Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang