PENGENALAN IBADAH ZAKAT
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasulullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai '"tumbuh" dan "bertambah". Ianya juga bererti berkat, bersih, baik, suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
DALIL
Maksudnya:-
" Ambilah sedekah (zakat) dari sebahagian harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka (daripada perasaan sombong dan doalah untuk mereka sesungguhnya doa pada hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Mengetahui.) "
(Surah At-Taubah: Ayat 103)
Maksudnya:-
" Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak memperolehi belanja hidupnya. "(Surah dzariyaat: Ayat 19)
SYARAT WAJIB ZAKAT
1. Islam - Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.
2. Merdeka - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
3. Sempurna Milik - Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal sempurnanya oleh masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
4. Cukup Nisab - Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai emas bersamaan dengan 85 gram iaitu bergantung kepada harga emas semasa.
5. Cukup Haul - Genap setahun harta itu disimpan iaitu 345 hari tahun Hijrah dan 365 hari bagi tahun Masehi.
No comments:
Post a Comment