Nuffnang

Friday, 24 July 2015

DUA JAM PUJUK AKHIRNYA AHMAD REZA TERIMA KERETA SUMBANGAN PENIAGA



Satu pertemuan telah diaturkan oleh wartawan untuk menemukan seorang peniaga dengan Ahmad Reza Samsuddin, bapa tiga anak yang jadi viral di media sosial baru-baru ini kerana pulang ke kampung menunggang motosikal bersama anak-anaknya.

Dua jam pujuk akhirnya Ahmad Reza terima kereta sumbangan peniaga – Pertemuan itu diaturkan kerana peniaga berkenaan mahu menyumbang sebuah kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali (dalam gambar yang pakai TOPI MERAH) terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit. Akhirnya Ahmad Reza bersetuju dengan sumbangan berkenaan namun beliau menganggap ia hanya sebagai pinjaman.

“Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin. Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya. Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup ‘meminjamkan’ saya kereta demi keselamatan anak-anak. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini,” kata Ahmad Reza Samsuddin, 38 dipetik laporan myMetro.

Sebelum ini nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang