Nuffnang

Saturday, 1 November 2014

22 rumah rosak



Alor Setar : “Saya terdengar bunyi kuat seperti kapal terbang melintas disertai deruan angin sebelum tiba-tiba pusaran angin menerbangkan bumbung dan meranapkan rumah. Tangan kanan dan belakang badan saya luka kecil akibat terkena zink yang melayang.”

Begitu kata Mohd Shafiq Abd Abd Kadir, 15, apabila rumahnya antara 22 buah rumah dibadai puting beliung di Kampung Sungai Baru, Jalan Kuala Sungai, dekat sini, kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Mohd Shafiq berkata, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah kerana bekerja.

Katanya, kejadian berlaku pantas hinggakan dia tidak sempat berbuat apa-apa mahupun menyelamatkan barang berharga dalam rumah berkenaan.

“Ia berlaku sekelip mata, selama 10 minit dan kemudian hilang. Ketika itu saya terdengar suara riuh rendah di luar rumah dan terkejut melihat atap zink beberapa rumah jiran turut diterbangkan puting beliung berkenaan.

“Namun, saya bersyukur kerana terselamat tetapi sehingga sekarang masih terbayang-bayang kejadian menakutkan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5810#sthash.mVHkxMzJ.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang