Nuffnang

Wednesday, 8 October 2014

Temuduga Penguasa Kastam W41

Dapat eMail Temuduga


Pengerusi Lembaga Temu Duga : 83 - PEGAWAI DARI JABATAN KASTAM DIRAJA 37 

Tuan/Puan, 

PANGGILAN TEMU DUGA PENGUASA KASTAM GRED W41 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:


TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
11/10/2014
08:00 pagi
1883PENGUASA KASTAM GRED W41PUSAT TEMU DUGA,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,TINGKAT 3
BANGUNAN STALLION,ROCK COMMERCIAL CENTRE
BATU 1 1/2,JLN ROCK,93200 KUCHING, SARAWAK



3. Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut: 

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran; 
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan) 
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf; 
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan 
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi; 
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan) 
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; 
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja) 
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan) 
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja. 

4. Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat. 


5. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya. 


6. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. 

7. Keputusan temu duga boleh diketahui mulai pada 27/11/2014 dengan melayari Laman Web SPA atau menghubungi TeleSPA No. 600-83-7979 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim. 

8. Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti. 

9. Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini. 

Sekian,terima kasih. 

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI” 


ROSE EDAYU BT MUHAMMAD 
Urus Setia Bahagian Pengambilan 
b.p Setiausaha 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, 
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan, 
62520 PUTRAJAYA. 

Tel : 603 8885 6381 


Faks : 603 8888 5036 






(Emel ini adalah cetakan berkomputer, tidak memerlukan tandatangan dan tidak perlu dibalas)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang