Nuffnang

Wednesday, 30 September 2015

Mari Kita Menanam Sayur

Sepanjang minggu ini sibuk sikit aku nak update blog. ada beberapa tanaman baru sedang tumbuh dari biji benih dan aku pulak sibuk untuk memindahkan mereka dalam polibeg.

Pokok herba kat pasar dah habis aku beli. Sekarang aku mula berjinak hendak menanam pokok sayuran. hahahaha aku tanam sawi, ketombar dan daun sup.

Memandangkan kualiti udara sekarang jerebu yang tak sudah-sudah tanaman aku nampak madot (terbantut) disebabkan pencahayaan matahari tidak cukup.

Terung yang aku tanam dua batang nampaknya boleh dibanggakan sebab macam happy je mereka dalam polibeg. Dah meningkat usianya daun pun dah banyak.

Mulberry yang aku tanam, aku cantas semua nya. sebab serangga suka sangat nak hinggap ke daun nya. aku dah spray dengan racun serangga yang baunya busuk...tetapi tetap juga suka hinggap tak tahu lah dari mana mereka datang. Sedangkan sebelum ini tak ada tanaman pun.

baiklah nanti aku update lagi.. sebab nak kursus hari ini pulak 2 hari. entah sempat ke tidak nya nak update blog.

Friday, 25 September 2015

Malu dan Bangga (Kisah Racun Organic dan Baja AB)

Hari ini aku malu dan bangga juga dengan pakar penjual racun kat kuching ni. 

Hari ini aku ke pasar jalan gamber kuching nak cari peralatan, baja dan racun serangga.

Aku singgah satu kedai yang penuh dengan biji benih dan racun-racun berasaskan kimia kat kedai nie. 

Masih kat depan pintu masuk, taukey berbadan sasa ala-ala gengster dalam cerita tanya..

Pekedai : Ya mau cari apa.
Aku : ermm.. saya mau cari racun organic
Pekedai : hahahahaha mana ada racun organic. belum ada lagi racun seperti itu dijual masa ini.
Aku : oooo ok

aku dengan perasaan malu aku beredar dari kedai itu dan satu aku merasa bangga sebab aku tahu racun organic tu memang ada jual. cuma taukey tu tak update ilmu racun yang telah wujud sekarang. suka hati gelak aku jer ,... tak apa lepas nie aku nak buat you malu lepas nie..

aku terjumpa lagi kedai jual baja kat sebelah kedai tadi. yang ini juga lucu.tetiba aku nak beli baja AB untuk tanaman hidroponic. dengan selamba aku tanya ada tak baja AB untuk tanaman secara hidroponic.

minah ni pun satu.. hahahahah giliran aku pulak nak tergelak. Dia dengan selamba cakap ada. aku minta dia tunjuk mana. dalam hati aku ini bukan baja AB ini baja yang dicairkan menggunakan air. 

Aku cuba pulak tanya, macam mana nak guna..minah tu explain larutkan dalam air kemudian spary ke daun. hahahahahaha aku nak tergelak pulak... ni pun satu baja hidroponic AB tu pun tak tau.. apa punya tak update ilmu pertanian. 

aku yang bodoh ini pun banyak membaca .. lepas ni aku kena order jerlah secara Online. ada pasar pun reti nak explain. banyak kedai sekadar nak menjual dan tak reti nak guna.


Thursday, 24 September 2015

PBR - Memindahkan Pokok Bunga Tanjung

Walaupun orang sibuk berkorban hari ini. aku sibuk dibelakang rumah. Nama projek belakang rumah. hahahah hari ini misi aku adalah memindahkan pokok bunga tanjung ke lokasi baru. 


aku nak pindahkan pokok ni macam tak sihat jee. jadi aku pindah ke tempat lain. supaya lebih bertenaga nanti. hahahah



Aku ada gak tolong mamat nie cabut.. hahahahha sebab aku nak ambik gambar.


tada... dah tak ada.... aku dah pindah pokok ni kat belakang bilik mandi... besok aku ambik.. kat mana aku tanam..


Sun Flower / Bunga Matahari

Terbit sinar mentari

Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi


Lirik di atas ini adalah lirik lagu Matahari yang pernah popular oleh Penyanyi Maya. Tapi bukan lagu nak aku bagitau.. hahhaha 

Biji Benih Bunga Matahari yang aku semai sudah terbit. terkejut aku lihat kat belakang rumah sudah membesar. 

Danny Abdullah Arjuna's photo.

hari sabtu ni nak kena cari tanah lagi nie. :) dah banyak sangat tumbuh nie.



Cepat betul lah benih bunga matahari ni tumbuh, atas tanah jer 2-3 dah bercambah,..


ingatkan biji benih nie tubuh ambil masa seminggu macam tue.. 


Wednesday, 23 September 2015

PBR - Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1436H

Dengan kesempatan ini, Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1436H/2015 kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga amalan korban kita diberkati Allah SWT. Maaf Zahir dan Batin.

Basil Berbunga

Wow entri aku kali ini adalah tentang seikat basil yang aku beli di pasar tani berbunga cantik bak puteri mandi di syurga. hahah macam pernah tengok syurga kan. hahahahah

Danny Abdullah Arjuna's photo.

Lihat lah kuntum bunga selasih yang berwarna purple ni memang mengujakan. bau nya memang kuat kalau cium nescaya akan tak ingat alam nyata.. hahahahah

Gabungan warna daun hijau dan purple memang sepadan dan bertenaga. 

Danny Abdullah Arjuna's photo.

disebabkan cantik yang amat sangat aku sayang nak makan daun-daun nya. jadi aku tanam batang nie supaya tumbuh lagi. kalau banyak boleh lah makan. 



Saturday, 19 September 2015

My Strawberry

Happy Saturday, Petang tadi aku baru je beli 2 pokok strawberry. aku pilih yang sudah berbunga dan dah nak berbuah. hehehe harga juga murah sepohon RM15 je.


Cantikkan bunga dia nie. Aku suka tengok. Kalau sebelum ini Projek Belakang Rumah Lebih banyak menanam Herba. Kali ini maju setapak ke depan nak bertanam sesuatu yang berbunga dan boleh di makan.

Bukan tu jew.. aku dah mula hendak menyerikan lagi belakang rumah dengan pokok bunga lepas nie. supaya lebih cantik dan indah.

hehehhe ok.. lepas nie aku share lah kalau dia berbuah





New Plant in Projek Belakang Rumah

Happy Sunday you all, hari ini aku nak share tanaman baru yang ada dalam Projek Belakang Rumah. Pagi tadi aku ke pasar minggu, temankan adik aku excited sangat nak beli pokok Fig. Aku tak beli pokok fig dulu nanti nanti lah. 

back to my story, daripada last week aku dah intai pokok ni perangkap lalat atau lebih dikenali sebagai Cordyceps/Venus. Biasa pokok nie menyeramkan dalam cerita. Dia boleh telan orang.. hahahha



Harga nya RM25 satu pasu kecik nie. Lama dah intai pokok nie kalau pergi pasar minggu. Hari ini baru je tercapai nak beli...

Lepas nie kita pindahkan ke pasu baru... tunggu ada masa nak beli cari pasu yang besar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang