Nuffnang

Monday, 27 October 2014

Nikmat berbeza


Onani dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh.

Justeru, seseorang yang kerap onani perlu menumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama selain meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara kurang terangsang itu dapat diatasi.

Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2685#sthash.pu1r9dD7.dpuf

Jutawan ‘tahi minyak’



Kuala Lumpur: Lagak tidak ubah seperti jutawan minyak apabila sekumpulan pengedar dadah warga Iran dikesan tinggal di kediaman bernilai jutaan ringgit di Desa Sri Hartamas di sini, selain memiliki deretan kereta mewah.

Kumpulan sindiket dadah syabu ini dikesan mampu hidup kaya hasil daripada kegiatan menyeludup syabu melalui beberapa pelabuhan dalam negara sejak lebih tiga bulan lalu.

Difahamkan sindiket itu mampu memiliki kereta mewah pelbagai model antaranya Mercedes Benz, Volvo dan Volkswagen selain menyimpan barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM1 juta ringgit.

Kegiatan sindiket didalangi salah seorang daripada mereka bertaraf ‘raja dadah’ bagaimanapun ditumpaskan selepas sepasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki dan dua wanita warga Iran serta seorang wanita tempatan dalam tiga serbuan berasingan di ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama jam 2 pagi Rabu lalu, seorang lelaki ditahan di Lebuhraya Penchala Link di sini, hasil risikan sejak sebulan lalu.

“Penahanan lelaki itu membawa kepada serbuan di kondominium mewah di Desa Sri Hartamas di sini, sebelum polis menahan dua lelaki bersama seorang wanita tempatan.

“Hasil soal siasat, pasukan Sting menyerbu sebuah lagi kondominium mewah di Jalan Kuching di sini, yang turut dijadikan stor penyimpanan syabu. Empat suspek termasuk dua wanita warga Iran turut diberkas,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4666#sthash.s1VMT7BC.dpuf

Tangkap haiwan aneh di padang pasir




Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4575#sthash.xbb4ket0.dpuf

Muhammad Rizalman ke mahkamah esok mohon ikat jamin



WELLINGTON: Ketika rakyat New Zealand bergembira menyambut Hari Buruh dengan cuti umum pada Isnin, Muhammad Rizalman Ismail, bekas atase tentera Malaysia di Wellington, terpaksa menghabiskan masa sehari lagi dalam tahanan di Penjara Rimutaka di sini.

Dia dijadual hadir di Mahkamah Daerah Wellington pada Selasa apabila permohonan ikat jamin bagi pihak dirinya akan dikemukakan.

Beberapa permohonan interlokutari mungkin dikemukakan selepas itu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Permohonan interlokutari ialah permohonan untuk mendapatkan arahan atau perintah sebelum perbicaraan substantif diadakan, selalunya berhubung prosedur sesuatu kes.


Dalam sistem undang-undang New Zealand, permohonan interlokutari berbeza akan didengar oleh hakim berbeza.

Penjara Rimutaka di Upper Hutt, di utara Wellington, adalah antara penjara terbesar New Zealand.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita berusia 21 tahun.

Setelah dia dibawa pulang ke Malaysia bersama keluarga pada 22 Mei, Kementerian Pertahanan segera melancarkan siasatan terhadap kes itu.

Muhammad Rizalman dilaporkan menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan setelah kembali ke tanah air dan dibenar keluar dari hospital itu pada akhir Julai.
-- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/14015

‘Usah beritahu mak’



Johor Bahru: Seorang wanita merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memaklumkan kepada keluarganya yang dia ditahan kerana berkhalwat dengan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Skudai di sini, kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun itu yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala mengaku baru mengenali lelaki berumur 37 tahun terbabit yang bekerja sebagai tekong bot di Batu Pahat.

Bagaimanapun, kedua-duanya memberi kerjasama ketika disoal-siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) untuk proses dokumentasi.

Mereka ditahan pada operasi sempena cuti umum Awal Muharram 1436 Hijrah yang dijalankan antara jam 11 malam hingga 2 pagi semalam di hotel bajet sekitar Skudai.

Operasi itu membabitkan 10 anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4179#sthash.V5Fpld9v.dpuf

Keputusan Nina & Zarif Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8



Keputusan Nina dan Zarif tersingkir pada konsert AF 2014 Minggu 8 Suku Akhir. Menerusi pengumuman yang telah dibuat oleh Pengacara Zizan dan Faizal Bin Ismail (FBI), dua pelajar AF 2014 iaitu Nina dan Zarif diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada konsert AF 2014 minggu ke lapan pada ahad 26 Oktober 2014 selepas mendapat kedudukan peratusan undian paling rendah. Untuk info, kini hanya tinggal seramai 5 pelajar sahaja lagi akan bersaing dalam Konsert AF 2014 pada peringkat separuh akhir.

Sumber: Keputusan Nina & Zarif Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8 | melvister.com 

Jepun lenyap 100 tahun lagi

Harian Metro

Jepun: Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.

Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini.

Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.

Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain.


Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia.

Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus.

Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.

Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa.

"Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa," menurut profesor berkenaan.

Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.-Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4352#sthash.v6SKgd5q.dpuf

Sunday, 26 October 2014

Program sentuh anjing: Syed Azmi mohon maaf

PETALING JAYA 25 Okt. - Penganjur program ‘I Want to Touch A Dog’ (IWTTAD) Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu di sini Ahad lalu.


Beliau juga menegaskan bahawa niat penganjuran program kontroversi itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.

Beliau menjelaskan program IWTTAD hanya bertujuan mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara pengendalian termasuk membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks agama Islam.

“Program ini tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah penganjur bersama program itu, Norhayati Ismail dan peguam, Syahredzan Johan yang mewakili Syed Azmi, penganjur IWTTAD dan Ustaz Iqbal Parjin yang dijemput menyertai program itu untuk memberi penerangan dan mengajar kaedah samak kepada peserta program itu.

Syed Azmi juga menjelaskan bahawa semua pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program, bersama-sama dengan kaedah dan amali sertu (samak).

“Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Ingin juga saya memohon maaf kepada mereka yang hadir pada program IWTTAD dengan niat yang ikhlas untuk belajar, bukan sebaliknya,” kata beliau.

Syed Azmi kemudiannya bergegas meninggalkan sidang media tanpa menghadiri sesi soal jawab media dan Syahredzan menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.

“Semasa saya berada dengan beliau (Syed Azmi) semalam, terdapat lebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApps telefon bimbitnya.

“Ini telah menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan untuk tampil di khalayak ramai (dikhuatiri) akan menerima lagi ugutan, yang berbunyi sama ada mahu ‘break his bones to death threats’,” katanya.

Syahredzan juga menafikan dakwaan kononnya Syed Azmi telah murtad.

Program IWTTAD dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Park, One Utama di Petaling Jaya.

Penganjur bersama Norhayati pula berkata, perbuatan segelintir peserta beragama Islam memeluk dan mencium anjing berlaku di luar kawalan mereka.

“Kami tidak berjaya mengawal (sepenuhnya) mereka yang hadir tapi berjaya dalam niat mahu membantu mengatasi perasaan takut kepada anjing dan mengajar cara yang betul pengendalian anjing sekiranya perlu seperti saat kecemasan dan cara melakukan samak.

“Kami tidak ada niat untuk mengadakannya (IWTTAD) lagi ... kami faham sensitiviti orang Islam,” katanya. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-sentuh-anjing-syed-azmi-mohon-maaf-1.16657#sthash.aAS0pVOn.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang