Kali ini aku nak share salah satu buah exotic yang ada di Sarawak. Sepanjang aku hidup belum pernah lagi jumpa buah ini dijual di semenanjung Malaysia. Dulu masa aku belajar di ITM Shah Alam, aku suruh ibu hantar buah dabai guna post apabila musim buah ini tiba. masa tu pos laju mahal tau lebih-lebih lagi kalau barang yang berat guna parcel dari Sarawak ke Semenanjung mengambil masa seminggu dua macam tu hahaha sampai diterima di tangan sedihhh buah dah kerepot. makan jer lah ingin nak makan.
Apabila tiba musim buah dabai, peniaga tani akan menjual buah ini dengan cukup murah kalau nak dibezakan dengan harga zaman sekarang, Kalau dulu pakai KONG = "CUPAK" RM1.00 sekitar tahun 1990an ada pakai timbang kati (600gm) guna dacing batu tau. masih ingat lagi nie memori zaman dulu dulu.
Dulu aku tinggal di Sibu dalam tahun 1994 masa tu aku kerja di KFC Sibu selepas tamat tingkatan 5, pulang kerja petang memang singah jap di pasar tani beli secupak. Sampai rumah nah ko rendam cepat-cepat tak sabar nak makan tue.
Sekarang pun buah nie dah jadi buah Mahal. Sekilogram boleh mencecah RM50 mengikut daerah. Pernah di khabarkan di bintulu buah ini boleh mencecah RM50++ perkilogram. punya lah mahalkan. Saya pernah labelkan buah ni makanan orang kaya. hahah pandai-pandai je aku labelkan ya.
Cara memasak buah ini cukup mudah. Buah Dabai amat sensitif dengan haba panas. Jika kena panas memang masak dan boleh dimakan. Sedap pulak tu.
Buah yang telah masak di rendam jangan dibiar kena habiskan kalau dibiar lama warna kuning nya akan berubah warna hitam. rasa nya juga sudah menjadi rasa jeruk dabai.
Ibu aku pernah ajar cara memasak buah dabai secara perfect kata kami kat Sarawak. Masukkan buah dabai dalam bekas (ikut suka banyak mana buah nya tak ada sukatan yang khusus.
Kemudian tambah air sejuk or air paip separuh dari bekas dan tambah dengan air panas mengelegak dalam bekas tu kemudian biarlah selama 15 minit (anggaran masa je nie)
Nak tahu dia boleh makan .. kena picit buah tu jangan picit kuat-kuat nanti hancur. kalau rasa lembut-lembut kulit dia boleh ngap lah.. hahahaha kalau dah lembut tu buang air nya dan sedia untuk di makan.
Tetapi peringatan " Jangan direbus macam merebus telor " buah yang direbus akan keras macam batu dan tidak boleh dimakan kalau keras.
Cara Hidangan biasa kami makan buah dabai.
1. Campurkan buah dabai dengan garam sedikit ikut rasa. boleh juga cicah dengan garam. biasa kami akan gaul dengan sedikit garam supaya kulit hitam nya ada rasa masin2 sikit.
2. Kicap + gula kemudian masukkan buah dabai yang masak dalam kicap dan gula tadi.
3. Makan buah macam tu sahaja pun boleh tak ada masalah.
buah dabai di makan bersama nasi putih adalah kombinasi yang perfect. Rasa nya memang sedap kompem nasi akan bertambah. Rasa nya berlemak berkrim disukai ramai.
Selain itu, ada juga yang akan menjeruk "Preserve" buah ini dalam bentuk Dabai Masin. Tapi aku kurang suka rasanya sebab terlalu masin . kalau ibu aku buat memang kurang masin yang ini aku makan.
Tip untuk mengekalkan kesegaran buah dabai. Bungkus buah dabai yang belum di masak dengan menggunakan surat khabar. Balut dengan tebal ye. Kemudian masukkan dalam pendingin beku. kalau nak makan boleh rendam jer dengan air suam. Rasa nya maintain masih segar. Boleh tahan 3 bulan di dalam pendingin beku.
Kerajaan Negeri Sarawak telah merasmikan produk berasaskan buah dabai baru baru ini iaitu Ais Kream Dabai Sarawak. Punya lah aku xcited nak rasa. seluruh kuching aku drive akhirnya jumpa. kata supermarket aiskream dabai memang cepat laku. akhirnya sempat gak rasa memang sedap ais kream perisa dabai.
Kalau nak tanam biji dia pun boleh juga. Tanam jer tunggu dia pecah dan tumbuh.. perlu ingat biji buah ni memang keras. sebab itu ambil masa yang lama dia nak tumbuh.
Satu rahsia lagi.. Biji buah ini di belah dua menggunakan pisau.. isi di dalam dia boleh di makan.. sedap... hahahhah boleh cuba...kalau yang belom pernah makan...
Buah Dabai - Sebelum di makan
Buah Kenyat - Apabila isi nya sudah di makan tinggal biji