Nuffnang

Wednesday, 30 September 2015

Mari Kita Menanam Sayur

Sepanjang minggu ini sibuk sikit aku nak update blog. ada beberapa tanaman baru sedang tumbuh dari biji benih dan aku pulak sibuk untuk memindahkan mereka dalam polibeg.

Pokok herba kat pasar dah habis aku beli. Sekarang aku mula berjinak hendak menanam pokok sayuran. hahahaha aku tanam sawi, ketombar dan daun sup.

Memandangkan kualiti udara sekarang jerebu yang tak sudah-sudah tanaman aku nampak madot (terbantut) disebabkan pencahayaan matahari tidak cukup.

Terung yang aku tanam dua batang nampaknya boleh dibanggakan sebab macam happy je mereka dalam polibeg. Dah meningkat usianya daun pun dah banyak.

Mulberry yang aku tanam, aku cantas semua nya. sebab serangga suka sangat nak hinggap ke daun nya. aku dah spray dengan racun serangga yang baunya busuk...tetapi tetap juga suka hinggap tak tahu lah dari mana mereka datang. Sedangkan sebelum ini tak ada tanaman pun.

baiklah nanti aku update lagi.. sebab nak kursus hari ini pulak 2 hari. entah sempat ke tidak nya nak update blog.

Friday, 25 September 2015

Malu dan Bangga (Kisah Racun Organic dan Baja AB)

Hari ini aku malu dan bangga juga dengan pakar penjual racun kat kuching ni. 

Hari ini aku ke pasar jalan gamber kuching nak cari peralatan, baja dan racun serangga.

Aku singgah satu kedai yang penuh dengan biji benih dan racun-racun berasaskan kimia kat kedai nie. 

Masih kat depan pintu masuk, taukey berbadan sasa ala-ala gengster dalam cerita tanya..

Pekedai : Ya mau cari apa.
Aku : ermm.. saya mau cari racun organic
Pekedai : hahahahaha mana ada racun organic. belum ada lagi racun seperti itu dijual masa ini.
Aku : oooo ok

aku dengan perasaan malu aku beredar dari kedai itu dan satu aku merasa bangga sebab aku tahu racun organic tu memang ada jual. cuma taukey tu tak update ilmu racun yang telah wujud sekarang. suka hati gelak aku jer ,... tak apa lepas nie aku nak buat you malu lepas nie..

aku terjumpa lagi kedai jual baja kat sebelah kedai tadi. yang ini juga lucu.tetiba aku nak beli baja AB untuk tanaman hidroponic. dengan selamba aku tanya ada tak baja AB untuk tanaman secara hidroponic.

minah ni pun satu.. hahahahah giliran aku pulak nak tergelak. Dia dengan selamba cakap ada. aku minta dia tunjuk mana. dalam hati aku ini bukan baja AB ini baja yang dicairkan menggunakan air. 

Aku cuba pulak tanya, macam mana nak guna..minah tu explain larutkan dalam air kemudian spary ke daun. hahahahahaha aku nak tergelak pulak... ni pun satu baja hidroponic AB tu pun tak tau.. apa punya tak update ilmu pertanian. 

aku yang bodoh ini pun banyak membaca .. lepas ni aku kena order jerlah secara Online. ada pasar pun reti nak explain. banyak kedai sekadar nak menjual dan tak reti nak guna.


Thursday, 24 September 2015

PBR - Memindahkan Pokok Bunga Tanjung

Walaupun orang sibuk berkorban hari ini. aku sibuk dibelakang rumah. Nama projek belakang rumah. hahahah hari ini misi aku adalah memindahkan pokok bunga tanjung ke lokasi baru. 


aku nak pindahkan pokok ni macam tak sihat jee. jadi aku pindah ke tempat lain. supaya lebih bertenaga nanti. hahahah



Aku ada gak tolong mamat nie cabut.. hahahahha sebab aku nak ambik gambar.


tada... dah tak ada.... aku dah pindah pokok ni kat belakang bilik mandi... besok aku ambik.. kat mana aku tanam..


Sun Flower / Bunga Matahari

Terbit sinar mentari

Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi


Lirik di atas ini adalah lirik lagu Matahari yang pernah popular oleh Penyanyi Maya. Tapi bukan lagu nak aku bagitau.. hahhaha 

Biji Benih Bunga Matahari yang aku semai sudah terbit. terkejut aku lihat kat belakang rumah sudah membesar. 

Danny Abdullah Arjuna's photo.

hari sabtu ni nak kena cari tanah lagi nie. :) dah banyak sangat tumbuh nie.



Cepat betul lah benih bunga matahari ni tumbuh, atas tanah jer 2-3 dah bercambah,..


ingatkan biji benih nie tubuh ambil masa seminggu macam tue.. 


Wednesday, 23 September 2015

PBR - Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1436H

Dengan kesempatan ini, Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1436H/2015 kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga amalan korban kita diberkati Allah SWT. Maaf Zahir dan Batin.

Basil Berbunga

Wow entri aku kali ini adalah tentang seikat basil yang aku beli di pasar tani berbunga cantik bak puteri mandi di syurga. hahah macam pernah tengok syurga kan. hahahahah

Danny Abdullah Arjuna's photo.

Lihat lah kuntum bunga selasih yang berwarna purple ni memang mengujakan. bau nya memang kuat kalau cium nescaya akan tak ingat alam nyata.. hahahahah

Gabungan warna daun hijau dan purple memang sepadan dan bertenaga. 

Danny Abdullah Arjuna's photo.

disebabkan cantik yang amat sangat aku sayang nak makan daun-daun nya. jadi aku tanam batang nie supaya tumbuh lagi. kalau banyak boleh lah makan. 



Saturday, 19 September 2015

My Strawberry

Happy Saturday, Petang tadi aku baru je beli 2 pokok strawberry. aku pilih yang sudah berbunga dan dah nak berbuah. hehehe harga juga murah sepohon RM15 je.


Cantikkan bunga dia nie. Aku suka tengok. Kalau sebelum ini Projek Belakang Rumah Lebih banyak menanam Herba. Kali ini maju setapak ke depan nak bertanam sesuatu yang berbunga dan boleh di makan.

Bukan tu jew.. aku dah mula hendak menyerikan lagi belakang rumah dengan pokok bunga lepas nie. supaya lebih cantik dan indah.

hehehhe ok.. lepas nie aku share lah kalau dia berbuah





New Plant in Projek Belakang Rumah

Happy Sunday you all, hari ini aku nak share tanaman baru yang ada dalam Projek Belakang Rumah. Pagi tadi aku ke pasar minggu, temankan adik aku excited sangat nak beli pokok Fig. Aku tak beli pokok fig dulu nanti nanti lah. 

back to my story, daripada last week aku dah intai pokok ni perangkap lalat atau lebih dikenali sebagai Cordyceps/Venus. Biasa pokok nie menyeramkan dalam cerita. Dia boleh telan orang.. hahahha



Harga nya RM25 satu pasu kecik nie. Lama dah intai pokok nie kalau pergi pasar minggu. Hari ini baru je tercapai nak beli...

Lepas nie kita pindahkan ke pasu baru... tunggu ada masa nak beli cari pasu yang besar...


Tuesday, 15 September 2015

Buat Pasu Daripada Botol Air

Hari ini aku nak ajar macam mana nak buat pasu dari botol terbuang. Tidak semestinya kita beli pasu baru nak mula menanam. harga pasu memang mahal kat pasaran tapi kalau orang kaya tu boleh lah beli berpasu-pasu.

Kalau korang jenis kreatif botol ni boleh korang spray jadi cantik juga. boleh jadikan hiasan. aku suka transperent sebab nak lihat tanah dia macam mana..

Nak buat pasu dari botol peralatan kena ada seperti gambar kat bawah nie. Gunting, Pisau dan Pelebur Timah. Pelebur Timah ni aku beli kat kedai Super Save. 


Botol yang aku guna botol Coca Cola, Botol Air mineral yang 1.5 liter. Sebab besar nya aku suka lah. macam sesuai jer nak buat pasu.


Kemudian Potong botol tu seperti gambar di bawah.Nak potong guna pisau dan gunting. hahahah jangan lak tanya macam mana nak potong. 



lepas potong macam ni kena buat lubang kat penutup putih tu supaya nanti air dapat keluar. Gunalah pelebur Timah buat lubang tu. ikutlah nak berapa banyak lubang tak ada syarat pun kena buat berapa lubang.



Dah siap pun pasu nie. Boleh letak tanah dan tanam apa-apa je kat dalam pasu nie. Jimat kan tak payah beli pasu mahal-mahal. 








Menanam Cili

Kini tiba masa untuk menanam cili. hahahaha gara-gara cili di pasar mahal RM2 cuma 3-5 biji. Sekali ke pasar kena belanja RM2 nak dapatkan cili. guna cili pun sebiji je dan selebihnya jadi buruk sebab tak di makan.



Kali ini Projek Belakang Rumah mengambil inisiatif untuk menanam cili. Cili biasa jer nie. tak lah cili yang hybrid. hahahaha masih amator nak bercucuk tanam..

so far dah tumbuh pun biji benih cili. cantik sangat, memang mengujakan pulak jadinya. comel je cili aku tanam tumbuh.. hahahah


Aku dah masukkan anak pokok cili dalam polibeg ni.. tunggu dia membesar. lepas nie kalau dah besar boleh tuai hasil. tak payah beli kat pasar dan boleh jual ngan kengkawan kat office.






Wednesday, 9 September 2015

Pudina or Mints

kali ini aku nak share kat korang khasiat herba pudina atau orang putih kata Mints . Memandangkan baru pak cik aku tanya tadi apa khasiat Pudina mula nak sibuk cari khasiat.

Ab Abdullah's photo.

setelah aku google ternyata khasiat pudina memang bagus untuk kesihatan. yang kita tahu sebagai penambah perasa dalam minuman. Namun ada yang lebih baik dari itu. berikut adalah khasiat daun pudina

  1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. 
  2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. 
  4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 
  5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 
  6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 
  7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  8. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 
  9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 
  11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
  13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 
  14. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  15. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 
  16. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
  17. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Tuesday, 8 September 2015

Biji Strawberry

aku nak share kat korang pasal biji buah Strawberry, hahahaha aku memang tak tahu pun biji buah Strawberry melekat pada kulit buahnya. hahahah jangan lah ketawa aku ok.


aku ingat selama ini pokok strawberry ditanam menggunakan anak nya saja dan strawberry tak ada biji nya. sampai macam tu saya fikir. 

Macam mana aku tahu, aku terjumpa blog orang putih, dia tunjukakan cara-cara mendapatkan biji Strawberry dengan mencungkil. mula lah aku excited, aku beli buah strawberry dan aku cungkillah biji nya.




planning nak tanam, lepas ni tak payah aku sibuk sibuk nak kepasar minggu beli pokok strawberry yang dah besar. 


Sunday, 6 September 2015

Ketumpang Air / Sirih Cina

Aku baru tahu Ketumpang air ni adalah keluarga herba. dulu masa aku kecik ingat ini rumput beracun. sebab tu tak pernah pegang, biasalah mak aku dulu memang larang aku main tumbuhan sebarangan. 

aku taklah menyalahkan mak aku juga. sebab dia pun bukan nya tahu semua tumbuhan lagipun tak pernah taupun ketumpang air ini adalah herba.


Ni lah Sirih Cina atau ketumpang air yang aku tanam. subur sekali hahaha aku kutip kat tepi pasu jer. Tumbuh liar je..



Aku nak share khasiat pokok herba ini yang banyak kegunaan.

Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis

Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.


Cara nak makan
1. Buat salad sayur segar
2. buat sayur tumis

Wednesday, 2 September 2015

Pucuk Manis atau Cangkok Manis


Tentu ramai yang suka makan sayur Pucuk Manis atau Cangkok Manis. Ada juga orang sebut MANICAI. Bahasa aku ni cangkok manis. 

Aku memang suka pucuk manis di masak bersama Bubur Pedas. Ada yang suka masak sayur nie masak tumis, masak lemak, masak tumis kering, paling sedap juga dimasak tumis kering bersama telor.

macam nak tunjuk cara memasak pulak.. hahahahhahah sebenar nya cangkok manis ini mempunyai khasiat yang tinggi. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, cangkok manis ini sesuai untuk melancarkan susu ibu. mentang-mentang aku cakap kat sini sesuai untuk ibu bersalin, sekejap lagi ramai ibu-ibu yang cari cangkok manis nie untuk di tanam. hahahahaha aku dapat infomasi ini dari internet juga hasil daripada pembacaan. kalau betul fakta nie apa salahnya sememang nya sayur ini kan kita makan.

Daun ini mengandung hampir 7 % protein dan serat kasar sampai 19 %. Daun ini kaya kaya vitamin K. Selain pro-vitamin A (beta-karotena), B, dan C. Mineral yang dikandungnya adalah kalsium hingga 2,8 %, besi, kalium, fosfor dan magnesium.

masih ingat lagi masa aku kecik-kecik ibu suka masak sayur nie. siap suruh ibu buat banyak kuahnya. heheheh sedap.. lepas ni aku nak tanam lagi kat belakang rumah. biar bertambah sikit tanaman di belakang rumah.

Tuesday, 1 September 2015

1 September 2015


Hari ini 1 September 2015 (Selasa) sedar tak sedar tinggal 3 bulan lagi tahun 2015 akan sampai ke penghujungnya. Sepanjang tahun 2015 banyak kisah suka dan duka yang aku alami.

Kalau dari segi bidang kerjaya, aku terkebelakang daripada kawan-kawan yang ada di sekeliling. Mereka semua sudah naik pangkat ke posisi yang lebih selesa. bukan itu sahaja, adik aku juga sudah naik pangkat dan aku merasa cemburu di atas kejayaan mereka. tetapi aku masih juga macam nie. 

apalah nasib badan, harap sampai ke akhir hayat macam nie. Allah dah tulis dah perjalanan hidup aku. aku redha asalkan hutang hutang aku selesai jadi lah. tak ada kereta tak apa, tak ada rumah tak apa. asalkan aku tidak tidur di bawah kolong.

sedih mengenang diri sendiri....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang